TAMD 8

1.3K 59 1
                                    

" sungguh, aku takut ketika aku mula melangitkan namanya di dalam doa dan tanpa sedar doaku bertarung di antara doa-doa wanita yang lebih baik akhlaknya, yang lebih sempurna imannya dan yang lebih cantik perilakunya berbandingku."

- Nur

" Is nak jumpa kat mana, Pya?" berkat kesungguhan Zulfan dalam mengetuai study group kami, akhirnya semua bersetuju untuk berjumpa untuk mengumpul isi untuk present hari jumaat nanti.

" library. kau tak baca group ke?" tanganku terkial-kial membelit tudung di kepala. Janji nak jumpa pukul 9. Dia dan Najwa hanya ada 15 minit saja lagi. Masing-masing tak nak terlambat sebab Zulfan mengugut siapa yang lambat belanja mereka berempat air tin.

" kau lambat lagi ke, Pya?" Najwa menyoal. Dia bersandar tenang di kerusi menunggu aku.

" kau bukan nak tolong aku belitkan benda alah ni." aku merungut tak puas hati.

" dah, jom." aku selesaikan lilitan terakhir aku. Sempat menilik pakaian sekilas takut-takut melanggar syariat sebelum tangan menyauk beg di kerusi.

Korang lambat. Belikan kitorang coffee." Arah Haziq sebaik saja aku dan Najwa sampai di library.

" Kitorang lewat 5 minit je. Tu pun sebab cari korang kat mana la." bangkang Najwa. Dia menarik kerusi di depan Haziq dan sengaja biarkan tempat aku di depan Zulfan.

" Lewat la jugak tu. Kita dah deal eh dalam group. Haa tak baik tau mungkir. Nak ke jadi munafik?" Ugut haziq. Padahal dia sengaja nak membuli mereka berdua.

" Kau jangan nak membuli sangat, Ziq." celah Zulfan yang dari tadi hanya diam.

" Alah kau ni. Aku saje je usik." haziq mencebik. Takut sangat orang kacau buah hati.

" Duduk lah dulu. Saya pergi beli air kejap." Zulfan berura-ura ingin bangkit dari kerusinya. Biar je lah dia yang pergi beli, tak ada masalah pun untuk dia.

" eh, takpe lah. Biar saya yang pergi beli sebab kitorang yang lambat." aku cepat-cepat menghalang dia. Malu pulak dia rasa bila tak tepati apa yang mereka deal semalam walaupun dia dan Najwa tak sengaja lewat.

" It's okay, biar saya je yang pergi beli kat bawah. Korang discuss dulu." zulfan berkeras nak pergi.

Haziq dan Najwa memandang aku dan Zulfan atas bawah.

" senang cerita, korang pergi je dua orang sekali." putus haziq senang. Malas dia nak layan drama tahan-menahan ni.

Najwa di sebelahku mengangguk setuju dengan cadangan haziq.

Aku dan Zulfan berpandangan. Dia mengangguk tanda turut bersetuju dengan cadangan haziq. Akhirnya kami setuju untuk pergi berdua meninggalkan haziq dan Najwa.

" kenapa berkeras jugak nak beli air?" soal Zulfan semasa kami dalam lif.

" takde lah. Saya rasa bersalah sebab semalam kita deal lain. Even kitorang bukan sengaja, tetap deal kita macam tu." aku memberitahunya tak ingin dia salah sangka denganku.

Zulfan mengangguk faham. Tiba-tiba lif ni terasa lama pulak nak sampai lantai G.

" Awak masih tak nak kenal dengan saya?" zulfan membangkitkan kembali soalannya.

Aku kaku. Tak tahu nak membalas apa.

" belum masanya lagi, Zulfan." aku memberinya kata selamat. Tak menolak juga tak menerima.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now