TAMD 19

1.6K 78 4
                                    

" Iskandar dengan Athirah tunggu sekejap. Yang lain boleh rehat kat khemah masing-masing." tutur ustaz Yasir usai kami habis main kuiz. Markah tertinggi jatuh pada group aku. Markah akan dikumpul sepanjang aktiviti kami bersama dan yang tertinggi akan dapat hadiah di hari terakhir.

" nanti jangan tidur dulu. Kita sembang-sembang dulu berempat." pesan Zulfan sebelum dia beredar ke tempat ustaz Yasir.

" jom, Wa." aku mengajak Najwa bangun kembali ke khemah.

" eh, nak ikut. Jangan lah tinggal aku sorang-sorang." kalut-kalut Haziq bangun mengejar langkah mereka berdua.

" kau tunggu lah si Is tu." balas Najwa. Dia memang suka gaduh mulut dengan Haziq.

" Is tu lambat lagi nak habis. Apa kata aku join korang sembang-sembang. Takkan nak tidur dah kot?" Haziq mengangkat sebelah keningnya agar kami bersetuju dengan permintaannya.

" ye lah, jom." aku mengalah. Kesian betul dia tengok Haziq yang beriya-iya nak mengejar Najwa.

" yeay." Haziq bersorak gembira bila dia diterima. Pada Safiyyah, dia kenyitkan mata tanda terima kasih sebab bagi dia peluang untuk dekat dengan Najwa.



" saya nampak kamu berdua kurang komunikasi. As a leader, you should be a professional Iskandar." tegur ustaz Yasir. Sepanjang perjalanan mereka, dia boleh nampak betapa tak berminatnya Zulfan berurusan dengan Athirah, timbalannya.

" maafkan saya ustaz." Zulfan akui kesalahannya. Kepalanya ditunduk melihat ke bawah.

" takpa, lepaih ni banyakkan kerjasama sikit. Tak pa aih, buat kerja sama-sama. Semua paham aih bukan saja-saja nak menggatai." pesan ustaz Yasir lagi.

" baik, ustaz." patuh Zulfan sekali lagi.

" haa, esok kita punya flow macam mana?" tanya ustaz Yasir. Zulfan belum inform padanya lagi.

Zulfan mengangkat muka. Dipandang Athirah sekilas sebelum berkata.

" esok, kita akan gerak ke pusat pemulihan akhlak wanita dalam 3 jam. Lepas tu, kita pergi pusat muallaf yang tak jauh dari pusat pemulihan akhlak tu dalam 3 jam jugak. Last, kita pergi rumah kebajikan orang-orang tua dalam 3 jam jugak untuk santuni diorang semua." maklum Zulfan ringkas.

" dah bagitahu unit pengangkutan flow ni?" celah ustazah Fazilah yang mendengar saja dari tadi.

" dah ustazah." Zulfan menjawab laju.

" Athirah, kamu dah bagitahu student perempuan yang lain untuk sharp dengan masa?" ustazah Fazilah beralih ke Athirah pula.

" dah, ustazah." Athirah tayang senyuman lebar.

" okey, good. Lepas tu, arah tuju kita ke mana?" sambung ustaz Yasir.

" lepastu kita akan balik ke sini, persiapan untuk program bersama student-student pulak." jawab Zulfan lagi.

" oh, kiranya bonding time lah?" ustazah Fazilah pulak bersuara.

" ya, betul ustazah." Zulfan dengan Athirah jawab serentak.

" okay, good planning. kamu boleh la pi rehat." ustaz Yasir tamatkan perjumpaan mereka.


" Is." panggil Athirah ketika mereka sama-sama berjalan beriringan.

Zulfan angkat kepala. Mulutnya dipaksa ukir senyuman buat Athirah.

" ya?" balasnya ringkas.

" kita dah nak grad tak lama lagi kan. Apa planning awak lepas ni?" tanya Athirah ingin tahu.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now