TAMD 2

2.7K 116 1
                                    


" aku mula mengaguminya wahai Tuhanku. Apakah ini namanya jatuh cinta?"
- Nur


Aku memandang lama kertas sticky note yang tertampal di dalam kitab yang dipinjam Zulfan siang tadi.

" terima kasih, orang baik. Moga kebaikanmu dibalas oleh Allah." 

tulisan cantik dari Zulfan menyentuh hatinya. Sticky note tu dia jumpa sebaik saja menyelak kulit kitab. Dia teringat petang tadi ketika lelaki tu memulangkan semula kitab kepadanya.

" terima kasih sebab sudi pinjamkan saya kitab ni. Nah, saya pulangkan balik." hampir-hampir waktu asar masuk, Zulfan mengembalikan kitab yang dia pinjamkan dariku.

Aku memandangnya sekilas sebelum kembali menundukkan pandangan. ya Allah, perasaan apakah ini. desis hatinya perlahan.

" ya, sama-sama. dah siap ke kerjanya?" soalku saja berbasa-basi dengannya.

" belum tapi part rujukan kitab dah settle." jawab Zulfan.

" baguslah kalau macam tu. kalau tak ada apa lagi, saya dah nak balik asrama." aku ingin meminta diri. Tak betah nak berlama dengan Zulfan. Dia dapat rasakan hatinya sedang merasakan perasaan yang tak sepatutnya.

" baik, hati-hati Safiyyah." pesan Zulfan lembut. Bukan ingin mengayat tapi tak salah kot untuk dia kata macam tu.

" terima kasih, saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." aku berlalu pergi sebaik saja mendengar balasan salam dari Zulfan.



" pya." bahuku ditepuk kuat dari belakang. Berkecai lamunannya siang tadi dek tepukan kuat di bahu. Lama-lama boleh mati sakit jantung dia sebab selalu sangat disergah dari belakang.

" kau ni tak sah kalau nak bagi aku mati cepat kan?" marahku apabila Najwa duduk di sebelah mejanya.

" kau tu yang kuat mengelamun sangat. Mana tak aku sergahnya." balas Najwa selamba.

" okey ke movie Mallbat tu?" soalku membuka topik.

" best doh. rugi kau tak ikut. Lakonan shaheizy sam mantap siot." Najwa keluarkan bunga-bunga nak buat kawannya tu merasa menyesal.

" takpe lah nanti aku tengok. Aku mana minat tentera-tentera ni, kau pun tahu benda tu." balasku.

" aku tengok dari tadi kau tenung sticky note tu macam nak tembus. dah kenapa? siapa bagi note tu?" Najwa panjangkan lehernya, ingin mencuri tengok tapi laju saja aku menutup tulisan Zulfan.

" takde apa lah. Nota biasa je." dalihku tak ingin beritahu. 

" eleh kau, ada secret admire bagi ke?" Najwa tetap nak mengorek dari aku.

" takdenya secret admire, gila. dah la kau, pergi main jauh-jauh." halauku sebelum lagi jauh dia mengusik.

" hahahahaha, halau aku yer. Takpe, takpe." Najwa mencebik. Najwa bingkas bangun menuju ke katilnya tak menunggu lama. Mungkin penat siang tadi turut menguasai dirinya.

" ya Allah, jadikanlah hati aku mencintaiMu dan rasulMu terlebih dahulu sebelum mencintai insan lain." doaku di dalam hati. Nota tadi dilekatkan di buku notanya yang lain. Entah kenapa, dia terasa nak menyimpan nota yang Zulfan bagi. 

Kepalanya kembali fokus mendengar kuliah maghrib online yang disampaikan Ustaz Ahmad Rizam Ghazali beberapa hari yang lalu. 

" takde ke perasaan takut dengan Allah." suara lemah lembut ustaz sangat menyentuh hati-hati pendengar.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now