TAMD 13

1.1K 59 1
                                    

Zulfan Iskandar

" saya otw nak ke asrama perempuan."

Mesej dari Zulfan menambahkan resah di hatinya. Najwa dah balik ke rumahnya petang semalam.

Kejap-kejap mata dilirik ke pagar utama memandang takut-takut kereta Zulfan dah sampai.

Zulfan Iskandar

" saya dah sampai.  kereta audi RS7 warna putih." 

Mesej dari Zulfan masuk. Mataku meliar mencari kereta yang dimaksudkannya.

" dah lama tunggu?" sebaik saja masuk ke dalam kereta, Zulfan menyoalku.

" takde la lama sangat. okay je." balasku tak kisah.

" kenapa duduk seat belakang?" Zulfan memandangku melalui cermin pandang belakang.

" saje." balasku pendek.

" assalamualaikum , Ibu. Is on the way balik rumah ni."

" ye, sekali dengan bakal menantu ibu la." Zulfan tersenyum lebar bila aku tiba-tiba tersedak mendengar perkataan bakal menantu ibu yang dia sebut tadi.

" awak, kalau saya tak ikut boleh tak?" aku turut memandangnya melalui cermin pandang belakang bila dia selesai menelefon ibunya.

Zulfan menoleh ke belakang. Matanya tepat memandang anak mataku.

" trust me. awak percayakan saya kan?" dia memujuk.

Lambat-lambat aku mengangguk. Selain keluargaku, aku mula percayakan dia sejak aku kenal dia orang yang macam mana.

" good girl. macam ni lah bakal isteri saya." Zulfan tayang senyuman mahalnya. Dia kembali berpaling ke depan, bersedia untuk balik ke Pahang.

Aku sembunyi senyum bila mendengar perkataan isteri dari mulutnya.

" dah makan ke belum ni?" Zulfan memecahkan kesunyian kami.

" belum lagi." jawabku jujur.

" kenapa tak cakap awal? kalau tak saya cari kedai makan dulu tadi." hampir-hampir masuk jalan highway, Zulfan u-turn kembali. 

" saya tak nak susahkan awak." aku serba salah bila dia patah balik.

" tiada istilah menyusahkan kalau tu awak. Saya tak rasa terbeban dengan awak, sayang." dia memandangku sekilas. Matanya meliar mencari kedai makan yang ada di tepi jalan.

" tetap jugak saya tak nak susahkan. Awak dah banyak buat saya rasa tak layak untuk orang sebaik awak, Zulfan. Saya tak nak terlalu bergantung dengan awak." aku meluahkan apa yang aku rasa tentangnya.

" kenapa tak nak bergantung dengan saya? saya lagi suka kalau saya boleh buat macam-macam untuk awak." Zulfan berhenti di salah satu deretan kedai di tepi jalan.

" kalau satu hari nanti awak kahwin dengan orang lain macam mana? lepas awak buat saya bergantung dengan awak, macam mana saya nak hidup lepas tu?" perkara ni selalu buatkan aku overthinking.

" kenapa saya nak kahwin dengan orang lain pulak, hm? yang saya sayang tu awak, kenapa saya nak kahwin dengan orang lain, sayang? macam mana saya nak buat overthinking awak ni hilang, eh?" dia menghadap aku.

Wajah hensemnya aku tatap lama. 

" jom lah turun makan." aku mengalih topik.

Zulfan mengangguk. Lock pintu dibuka lalu kami keluar bersama.

" nak makan apa?" tanyanya bila pekerja kedai meminta order kami.

" mee goreng dengan teh panas." aku beritahu pekerja itu.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now