TAMD 32

1.3K 51 0
                                    

Aku dan Zulfan kembali menjalani hari seperti biasa. Aku kembali dengan rutin harianku sebagai student akhir tahun, dan dia masih lagi bergelar cikgu praktikal di salah sebuah sekolah di Selangor. Walaupun dia cikgu yang mengajar di sesi petang, jadualnya tetap sibuk dan padat. Kami hanya berbalas pesanan sebelum tidur bercerita tentang perkara-perkara yang terjadi di siang hari.

" Pya." panggilan Najwa menyedarkan aku dari lamunan. Kepala dipusing ke sisi memandang Najwa.

" apa?" tanyaku ringkas. Kami masih menunggu Prof. Hassan yang dah maklumkan dia akan lambat sedikit dari waktu kelas kami.

" apa perasaan kau dah ada tunang ni? Makin bahagia ke?" tanya Najwa ingin mengorek rahsia.

Aku ketawa perlahan bila dia ajukan soalan macam tu.

" Alhamdulillah, makin bahagia." aku menjawab pertanyaan. Lepas saja dia dan Zulfan bertunang, lagi kerap lelaki tu bagi dia ayat potong kaki dan kadang-kadang Zulfan selalu mengajak dia keluar di hujung minggu.

" kau dengan Haziq bila lagi?" aku pula tanya tentang hubungan dia dengan Haziq.

" dia pun nak hantar rombongan meminang dah lepas kita habis sem ni." beritahu Najwa sambil tersenyum-senyum sendiri. Sebelum ni mereka memang tak declare apa-apa hubungan mereka tapi masing-masing tahu jaga hati dan perasaan sendiri.

" wah, akhirnya. Aku harap Haziq tu orang yang tepat dan terakhir lah untuk kau and aku yakin lah, Haziq orang yang terbaik untuk kau." aku tepuk bahunya sekali. Aku dah tak nak tengok dia kecewa dengan cintanya.

" aku dah janji dengan diri sendiri dah. Kalau yang ni pun fail, aku nak tutup hati aku buat selamanya. Biar single sampai ke tua." balas Najwa serius.

" Berani lah si Haziq tu mainkan perasaan kawan baik aku ni. Kalau aku tau lah dia curang jugak, siap dia aku dengan Is yang pergi serang dulu sebelum kau." sempat aku mengugut si Haziq.

" kau pun sama lah. Esok-esok si Is tu buat perangai, aku pergi bantai dia dulu. Ye lah, orang laki ni mana cukup dengan sorang. Perangai tah apa-apa." Najwa memulangkan ugutan pada aku.

" InshaaAllah lah, Zulfan takkan buat perangai. Dia baik, tak macam semua lelaki yang kau kenal dulu." Aku membela tunangku.

" mana engkau tahu, pya? Lelaki ni dah 6 tahun lebih kahwin pun curang lagi tau, macam yang dalam drama aku tengok baru-baru ni." kata Najwa bila teringat drama wanita syurga yang dia tengok baru-baru ni. Drama tu memang menaikkan darah tinggi orang perempuan betul.

" itu drama, Wa. Kita ni real life, mana boleh kau samakan dengan fantasi." ujarku bila nampak macam drama dah pengaruh fikiran kawan baiknya sorang ni.

" memang la fantasi tapi mana datangnya idea fantasi ni kalau tak nampak dekat real life? Betul ke idok? Tu, kau tengok si influencer famous tu. Apa namanya, Alif Teega? Syamsul Yusof? Abang Tesla? Aslam dengan anak Norman Hakim tu? Haa semua tu real life, kau nak bukti apa lagi Pya?" Habis disebut semua nama-nama orang lelaki yang kahwin dua si Najwa ni.

" biar lah, kita tak payah ambik tahu orang lain lagipun kita tak duduk tempat diorang Wa. Dah,dah tutup mulut." Aku tenangkan dirinya. Tak macam Najwa, aku lebih memilih untuk tak ambik tahu tentang isu poligami ni. Aku tak mahu ulas lebih-lebih takut terkena pada keluarga aku nanti.

" Aku paling anti si Alif Teega tu, kemain main agama bagai. Dia ingat dia boleh beli jiwa orang perempuan dengan ayat-ayat dia tu? eeee, sakitnya hati aku." Najwa masih lagi teruskan bebelannya.

" Sudah, Wa. Tu, Prof dah sampai." ujarku bila nampak Prof. Hassan melangkah masuk ke dalam kelas kami.

" Sorry class, saya lambat sikit." ucap Prof. Hassan sebelum mulakan pengajarannya.












" Iskandar." Panggil seseorang dari belakang ketika dia ingin menuju ke kelas tingkatan 5 Battani. Kelasnya lagi 10 minit tapi sengaja dia datang awal sikit.

" ya?" sahutnya bila tubuh dipusing menghadap empunya suara yang memanggil dirinya.

" congrats for your engagement." ucap Athirah walaupun hatinya terasa sungguh sakit. Senyuman palsu diukir agar lelaki itu tak berfikir yang bukan-bukan.

" ouh yah. Thanks but it's a month ago." balas Zulfan. Tangan naik menggosok belakang leher. Selain dia dengan Haziq, Athirah juga praktikal di tempat yang sama dengan mereka cuma dia saja tak menegur gadis itu.

" siapa orang yang bertuah dapat you as tunang tu? ye lah, you can crop muka tunang you tu." saja dia buat-buat tanya walaupun dia dah dapat teka siapa.

" Nur Safiyyah. You knew her." beritahu Zulfan. Dia tahu Athirah masih simpan perasaan pada dia, tapi dia takkan mampu balas sampai bila-bila pun.

" ouh, Safiyyah. ya, ya I kenal dia." Athirah mengangguk berpura-pura baru tahu.

" okay lah, I ada kelas ni. I pergi dulu." kata Zulfan berura-ura nak melangkah pergi. Tak betah dia nak berlama dengan Athirah.

" by the way, I ada benda nak sembang dengan you. If you don't mind nanti lepas you habis kelas I nak jumpa sekejap, boleh?" Athirah merancang sesuatu di otaknya.

" tengok lah macam mana. I ada date dengan tunang I hari ni." balas Zulfan acuh tak acuh. Dia penat nak bagi hint pada Athirah yang dia tak suka. 

" ouh, ye ke? Next time? Tell me bila you free." Athirah masih lagi memaksa. Hatinya mendongkol geram bila dengar balasan Zulfan tadi.

" tengok lah macam mana. I got to go." usai saja kata macam tu, dia terus melangkah pergi tanpa menunggu.

" tak faham bahasa betul." desis hatinya ketika berjalan.

" kau jual mahal eh, Is. Takpe, kita tengok nanti. Dia mungkin boleh tunang dengan kau tapi belum tentu boleh kahwin dengan kau." Athirah senyum sinis sebelum naik ke bilik guru. Kalau dia perlu jadi penyondol, dia akan jadi untuk dapatkan si Zulfan.










Tak terlambat lagi kan, saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN. Raya kelima korang di mana? Saya dah kena balik kampus, huhuhu. btw, chapter kali ni pendek sikit. Kita baru nak masuk mood menulis balik, ye lah dah lama break kejap kan.

Btw, siapa dah tengok wanita syurga? Amar mintak kaki betul dah la main agama pulak. Dasar lelaki pendek otak. Nasib ada mader Luk buat pengubat hati hahahahaha.

P/s: I'm not anti poligamy, but anti orang yang mainkan agama untuk counter perempuan.

Saya suka tengok Ashraf Muslim walaupun dia kahwin dua jugak kan. Dia nampak tenang and adil gila. Huwaa, I like him so much dari dulu and dia adalah orang yang berpoligami tapi saya respect. Who with me hahahaha?




Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now