TAMD 27

1.6K 80 2
                                    

" along." aku memanggil Muiz dari muka pintu bila nampak dia dan Zulfan tengah santai berborak di laman rumah.

" kacau lah adik aku ni." Muiz merungut perlahan. Dia tak habis soal siasat lagi si Zulfan ni.

" ya, dik. Kenapa?" Muiz toleh ke belakang. Wajah dimaniskan buat Safiyyah.

"  adik nak balik dah ni." aku beritahu along. Tak boleh nak bermalam sebab esok aku ada kelas ganti dengan Sir Ghazali.

" lah, tak tidur sini ke? Along baru nak borak panjang dengan adik nanti. Dah lama tak borak sekali." time dia cuti, adik dia pulak yang sibuk.

" tak, long. esok ada kelas ganti dengan lecturer." aku tunduk memakai sneakerku. 

" mama dengan papa mana?" tanya Muiz. Takkan diorang tak nak tengok adiknya nak balik.

" kejap lagi keluar la dengan kak long." aku pandang Zulfan dengan isyarat meminta kunci kereta.

Zulfan hulur kunci kereta padaku tanpa tanya banyak bila dia dapat tangkap isyaratku.

" mintak je lah guna mulut. Macam lah takde mulut." celah Muiz. Dia tak faham kenapa nak kena guna bahasa isyarat bagai depan dia.

" sibuk lah along."  aku jeling Muiz tak puas hati sebelum pergi ke arah kereta Zulfan. Dia nak letak barang-barangnya dalam kereta dulu.

" Is, meh bagi aku nombor kau. Kalau ada apa-apa senang aku contact kau terus nanti." Muiz memandang Zulfan kembali.

" bagi fon kau, aku taipkan." Zulfan hulur tangan, meminta telefon Muiz.



" ni berborak apa kat tengah ni?" tegur Encik Ahmad ketika dia keluar rumah bersama menantu dan isterinya.

" saja borak kosong dengan Is, pa. Bagi warning sikit kat dia, biasa lah lelaki ni kita kena ingatkan selalu. Betul tak, yang?" balas Muiz. Matanya melirik ke arah isterinya dengan senyuman mengusik.

" betul lah tu, papa. Kalau nak ikutkan abang Muiz ni pun nak kena papa yang bagi warning dekat dia." sindir Suraya halus.

" kenapa? Muiz nak kahwin dua ke?" laju Puan Kalsom menyampuk.

" ish mama ni. Mana ada Muiz nak kahwin lain. Merepek je." Muiz telan air liur. Mati lah dia kejap lagi dengan bini dia.

Zulfan tahan gelak. Tau takut pulak si Muiz ni dengan isteri dia.

" Mama, papa." aku kembali setelah menyimpan semua barang-barang dalam kereta. Kunci kereta aku kembalikan pada Zulfan.

" haa, nak balik dah ke?" Puan Kalsom menyoal anak bongsunya.

" haah, ma. Nanti kalau lewat takut kitorang stuck dengan jem nanti." aku dengan mama tak sempat nak berborak panjang tadi. Tak apa lah, nanti cuti sem dia habiskan masa dengan mama.

" ye lah. Iskandar, kamu jangan drive laju. Ingat, kamu bawak anak orang. Apa-apa jadi dengan Safiyyah, mama cari kamu dulu tau." Puan Kalsom bagi amaran pada Zulfan untuk jaga anak perempuannya.

" papa, adik balik dulu eh." aku tunduk ingin menyalam tangan papa. Papa memang tak banyak cakap tapi papa selalu caring dalam diam. Kadang papa akan tanya tentang dia dan Muiz pada mama tanpa kami tahu. Kalau tak kerana mama yang selalu bagitahu aku yang papa sentiasa ambil berat tentang kami adik beradik, aku pun tak akan tahu.

" ye lah. Baik-baik dalam perjalanan. Belajar elok-elok." pesan papa lembut. Tubuh tua itu aku tarik ke dalam pelukan.

" sayang papa." ucapku sambil mencium kedua belah pipi papa.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now