TAMD 3

2K 84 1
                                    

" Usahanya yang ikhlas telah membuatkan aku menaruh perasaan padanya."

- Zulfan Iskandar

" Wa, aku nak pergi library. Kau nak ikut tak?" ajakku sebaik saja kelas terakhir kami habis.

" erm, kau pergi sorang okey ke? aku nak keluar date dengan Adam, dia ajak. Boleh?" Najwa serba-salah. 

" eh takpe je. Aaa kau pergi lah mana kau nak pergi. Jangan balik malam sudah." pesanku. Nak cakap lebih-lebih, kawannya dah besar pandai fikir sendiri.

" okey, Pya. Sorry tau tak boleh teman." Najwa mencantumkan kedua tangannya memohon maaf.

" sokay, aku nak pergi dah ni. Jumpa balik nanti." kataku tergesa-gesa. Kalau lambat nanti tempatnya dikebas lagi.

" ye lah, hati-hati tau." Najwa melambai kepadaku sebelum pergi. Tak menunggu lama, aku terus berlari anak menuju ke library. Harapnya masih sempat. katanya dalam hati.

" yeay, takde orang." kataku perlahan bila tempat yang aku selalu duduk tak ada orang. Cepat-cepat dia menarik kerusi sebelum orang lain duduk dulu.

Macam biasa, aku menyumbat earphone ke telinga. Kehidupanku sebagai seorang anak introvert sangatlah menenangkan meskipun tak ramai kawan yang aku ada. Dia dan Najwa pun tak berapa rapat macam kawan-kawan lain. Dia tak merancang untuk mempunyai kawan rapat di universiti kerana lebih kecil circle lebih sikit dramanya.

Ralit dia membaca buku sampaikan tak sedar Zulfan berdiri depan mejanya dah lama sehinggalah lelaki tu mengetuk meja.

Aku mengangkat kepala bila terdengar ketukan di mejanya.

" Zulfan." getus hatinya. Earphone di telinga ditarik keluar.

" ya saya?" soalku hairan. Dia nak apa lagi hari ni?

" sorang?" tanya Zulfan berbasa-basi.

" ye, saya sorang ke awak ada nampak malaikat duduk dengan saya? Ataupun awak nampak qarin saya kat sebelah ni?" balasku dengan sarkastik.

Zulfan terlepas tawa mendengar lawak sarkastik aku.

" boleh tahan pedih jugak mulut awak eh." katanya selepas hilang tawa.

" ada apa?" soalku terus.

" awak memang suka duduk sini ke?" soalan Zulfan berjaya membuatkan otakku berkerja akhirnya.

" macam mana awak tahu saya suka?" soalannya dibalas dengan soalan.

" saya selalu perasan awak duduk sini. Maybe awak je kot yang tak perasan saya." beritahu Zulfan jujur.

" so, awak memang perasan lah saya ni wujud kat uni ni?" balasannya membuatkan aku terkedu. Kenapa dia tak perasan langsung kewujudan Zulfan.

" saya perasan dekat sini aje. Dekat tempat lain tak pernah nampak pun." 

" ouh, ye saya memang suka duduk sini. Semalam aje ada makhluk mana entah duduk sini. Harini dia datang nak duduk sini la kot." sempat aku memerli dia yang datang tiba-tiba.

Zulfan ketawa lagi. Murah betul dia dengan senyuman dan ketawa.

" saya datang ni bukan sebab nak duduk sini tapi saya nak kenal dengan awak. Boleh?" Zulfan mencuba menghulurkan salam perkenalan.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now