Selamat Datang Ahli Baru!

1.2K 56 11
                                    

Kai berjalan menuju ke sebuah blok bersebelahan blok akademik. Blok itu nampak suram dan sunyi kerana jarang para pelajar mundar-mandir di situ. Matanya liar memerhati sekeliling apabila dia melangkah melepasi pejabat staf dan guru untuk mencari sebuah bilik.


Setelah beberapa minit dibazirkan untuk mencari bilik yang disangkanya tidak wujud itu, akhirnya dia berhenti betul-betul di hadapan sebuah pintu oak. Dia menoleh ke kiri, dilihatnya dua orang guru melangkah keluar daripada pejabat bersebelahan. Dia menoleh semula menghadap pintu. Terdapat sekeping plak berwarna emas, dengan sedikit habuk dan bersawang, tertampal kemas di permukaan pintu. 'Aster High Student Council'


Namun, sebenarnya ada sesuatu yang lebih menarik perhatian jejaka hitam manis itu. Bersebelahan pintu tersebut, terletaknya lapan buah loker panjang, berwarna kelabu (asalnya). Tetapi ada satu loker berwarna ungu, dua lagi berwarna pink, satu yang lain berwarna hijau dan ada yang berwarna hitam? Kai menapak perlahan ke arah barisan loker, menghiraukan tujuan asalnya.


Dia memerhati deretan loker pada bahagian atas. Loker berwarna kelabu iaitu loker pertama, tampak kemas dengan tampalan 'wall sticker' bercorak graffiti dan flora yang menurut Kai, pemilik loker ini memang suka bunga kerana lebih banyak corak bunga berbanding graffiti itu sendiri. Kemudian, dia mengalih pandangan kepada loker kedua. Dinding pintu loker ungu itu dipenuhi dengan sticker gambar penyanyi, band dan-


Ada sesuatu yang menarik perhatian lelaki berambut hitam itu. Disebalik stiker-stiker Beast, 4minute, Super Junior, 2NE1, Big Bang, Ze:a, Kai secara tidak sengaja menemui satu stiker yang amat mengejutkan baginya. Silap-silap dia boleh jatuh pengsan jika dia disahkan menghidap penyakit jantung. Jarinya yang panjang bertulang itu menyentuh stiker yang terlekat betul-betul di bahagian hujung loker, berdekatan lubang kunci.


"Inikan," keningnya sedikit terjungkit, "aku."


Kai mula tersengih sendirian. Gembira pula rasanya. Apa yang dia ingat, gambar itu diambil sewaktu dia menjadi model sambilan sebuah majalah. Berkat wajahnya yang mempunyai nilai komersial dan seksi, dia terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan modelling. Kalau dia tidak silap, Chanyeol yang juga rakan sekelasnya juga merupakan seorang model pakaian. Pakaian rekaan designer terkenal pula tu, untung betul Chanyeol. Tapi, kenapa pula gambar wajahnya ada di situ? Dalam bentuk stiker pula. Punya peminat fanatik ke?


Sambil menjongket bahu, Kai menuju semula ke pintu kayu tadi. Hajatnya untuk meninjau semua loker terus terbantut, diganti dengan rasa bahagia yang tiba-tiba menyelinap dalam diri.


Kai menghela nafas panjang. Tangannya mengetuk pintu beberapa kali. Senyap. Masih tidak dibuka. Kai mengangkat kening lalu mengerut dahi. Sekali lagi dia cuba mengetuk pintu itu. Kekal senyap. Mata Kai tertumpu kepada tombol pintu berwarna perak itu. Perlukah tombol itu dipulas?


Baru sahaja jemari Kai hendak menyentuh tombol, daun pintu terus terbuka, mendedahkan figura lelaki bertubuh rendah, bermata bulat seakan-akan hendak terkeluar dari soket mata, tersenyum ke arahnya.


"Hai." Kai mengangkat tangan separas kepalanya.


"Aku tau kau mesti datang punya!." Kyungsoo terus menarik tangan Kai lalu menutup pintu.


Kai memerhati sekeliling ruang pejabat yang agak luas itu. Dinding bilik pejabat itu dihiasi dengan warna kuning pudar yang seakan-akan berwarna putih. Memainkan ilusi mata yang menampakkan ruang pejabat itu kelihatan lebih besar dan luas.


'Wow, ini ke pejabat Persatuan Pelajar?' detik hati Kai apabila dia melihat beberapa orang ahli Persatuan Pelajar mundar mandir di sekeliling kubikel di dalam pejabat itu. Di bahagian tengah, terdapat empat buah kubikel dan dua lagi kubikel di bahagian belakang. Empat buah bilik sederhana besar terletak bertentangan antara satu sama lain sementara kubikel tadi didirikan di tengah-tengah. Suasananya agak tenang diselangi bunyi ketukan papan kekunci dan tetikus, tapi diganggu oleh suara lelaki dan perempuan berteriak dalam nada gembira.


"Um.. pedulikan diorang tu. Rasanya diorang baru menang bet." Kyungsoo menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal. Malu dengan kelakuan ahlinya yang kadang-kadang di luar batasan. "So, jom, ikut aku."


Kyungsoo berjalan di hadapan Kai sambil membuka butang blazer hitam yang dipakainya. Melepasi bilik pertama, Kai sengaja menoleh ke kanan, dilihatnya kubikel dengan beberapa orang ahli sedang sibuk menaip. Kyungsoo membelok ke kanan., merentasi lorong kecil antara kubikel tengah dengan kubikel belakang.


"Eh, Kai!" Sehun yang baru hendak menapak keluar daripada kubikelnnya menegur Kai dengan nada ceria. Luhan yang pada mulanya tekun menaip di dalam kubikelnya, mengangkat kepala, mengintai di antara penghadang.


"Kau terpilih jadi ahli Persatuan Pelajar?" tanya Luhan. Rambutnya yang berwarna coklat terang menampakkan lagi kesempurnaan raut wajahnya yang lebih cantik daripada perempuan..


Kyungsoo tidak perasan bahawa dia telah meninggalkan Kai yang berhenti separuh jalan untuk berbual dengan Sehun.


"Aku bukan nak sangat pun. Tapi dah terpilih. Join je la. Mana tau markah kokurikulum aku boleh naik ke." Kai menjawab malu-malu. Dia menggosok belakang lehernya.


Baru sahaja Kyungsoo hendak memasuki bilik di hadapannya, dia baru tersedar yang Kai tidak mengekorinya. Lalu dia menoleh ke belakang dan terlihat Kai sedang bersembang dengan Sehun dan Luhan di tengah-tengah lorong antara kubikel. Kyungsoo mendengus kasar sebelum berjalan semula ke arah Kai.


"Okay-okay, cukup bersembang di sini sahaja," Kyungsoo memegang bahu Kai yang lebih tinggi daripadanya, matanya sempat melirik ke arah jam dinding yang berada tepat di tengah dinding di atas kubikel belakang. Dia tersenyum kepada Sehun dan Luhan yang mengangkat kening, hairan dengan Kyungsoo yang mengganggu perbualan mereka. "Aku tak nak balik lambat lagi." sambung Kyungsoo.


Kai mengekori Kyungsoo menuju sebuah bilik di hadapan mereka. Sambil dia memasukkan tangan ke dalam poket, dia mengerling kepada kubikel berhampiran. Tao dan Chen sedang khusyuk bermain video games di komputer mereka.


"Baekhyun! Orang baru!" Kyungsoo masuk lalu menghampiri sebuah kabinet kecil betul-betul di sebelah pintu untuk mengambil sehelai kertas. Baekhyun yang pada mulanya sedang menaip, mengangkat muka untuk melihat figura yang memakai cap hitam di kepalanya berdiri di hadapan pintu.


"Eh, Kai?" Mata Baekhyun yang bercelak hitam tampak bersinar-sinar.


"Kenapa kau kat dalam bilik? Sehun dan Luhan pulak kat kubikel?" tanya Kai kepada rakan sekelasnya sebaik sahaja dia menapak ke dalam. Kyungsoo menghulurkan sehelai kertas kepada Kai.


"Aku ketua Unit Pengurusan." jawab Baekhyun ringkas. Dia meneruskan kembali kerja menaipnya. Kai berwajah bingung. Kyungsoo tersenyum.


"Dia busylah. Biasalah pertengahan bulan. Esok nak kena hantar report. Jom ke bilik aku." ajak Kyungsoo sambil melambai ke arah Baekhyun. Baekhyun melambai kembali.


Di dalam bilik pejabat milik Kyungsoo yang terletak di sebelah kubikel Sehun, Kyungsoo sedang menanda sesuatu pada sebuah fail hitam di atas meja. Manakala Kai duduk di hadapannya, mengisi borang keahlian disertai dahi yang berkerut. Bagi memecah kesunyian, Kyungsoo memulakan perbualan sambil tangannya ligat menconteng kertas di dalam fail tadi.


"Amacam? Okay tak bilik aku?" tannya Kyungsoo.


Kai memerhati sekeliling. Sebuah meja dengan komputer di hadapannya, beberapa bingkai gambar abstrak tergantung kemas di dinding, almari penuh dengan fail dan buku di bahagian belakang, dekor yang kemas serta di selubungi wangian bungaan.


"Ini bilik kat rumah ke bilik ofis?" sindir Kai, dia senyum sinis. Kyungsoo yang bermata besar terbeliak. Berani Kai mengejek hiasan dalaman ofisnya.


"Biarlah. Asalkan aku selesa." Kyungsoo memeluk tubuh. Terasa kedinginan pendingin hawa yang bersuhu rendah. "Kau belum tengok bilik ketua unit yangyang lain. Lagi best. Macam bilik Chorong."


"Chorong?" Kai mendongak. Mata tepat memandang Kyungsoo. Menghentikan jarinya daripada terus menulis.


"Dia Naib Pengerusi Persatuan Pelajar." jawab Kyungsoo setelah mengesan nada bingung dalam suara Kai.


"Ya. Aku tau. Dia agak popular jugak." Kai menyentuh dagunya dengan hujung pen. Kalau tak silap Chorong adalah gadis yang dia tolong ketika motosikal gadis itu rosak di tengah jalan tahun lepas.


"Betul." Kyungsoo mengangguk. "Esok aku bawak kau jumpa dia."


"Perlu ke?" Kai memandang Kyungsoo. Kai fikir dia hanya perlu bertemu Kyungsoo sahaja.


"Agaknya? Nanti aku minta Suho kenalkan kau kat semua orang." Kyungsoo merehatkan kedua-dua sikunya di atas meja lalu menggenggam jemarinya sendiri. Di fikirannya, dia sudah membayangkan suasana di bilik mesyuarat esok.




"Hei, petang nanti ada meeting kat bilik mesyuarat." Kyungsoo melipat lengan kemeja putihnya hingga ke siku. Serentak, Kai menoleh ke luar tingkap, terkejut dibuatnya apabila Kyungsoo muncul entah dari mana.


"Kelas kau dah abis?" tanya Kai sambil memasukkan beberapa buah buku ke dalam beg galasnya.


"Ada lagi. Kelas Sejarah. Tapi malaslah. Aku nak lepak kat ofis aku." sambut Kyungsoo. Dia menggenggam kuat tali beg galasnya di bahunya.


Kai dan Kyungsoo berjalan seiringan menuju ke Pejabat Persatuan Pelajar. Setibanya di hadapan susunan loker khas untuk ahli persatuan pelajar, Kyungsoo terus membuka pintu loker lalu memasukkan begnya ke dalam loker berwarna kelabu di hujung sekali. Kai pula hanya memerhati sambil bersandar pada loker di sebelahnya.


"Beg aku nak letak kat mana?" tanya Kai. Kyungsoo menolak kasar pintu lokernya.


"Hm.. kau letaklah dulu kat ofis aku." Kyungsoo meletakkan jari telunjuknya ke dagu. "Tapi kat dalam sebelah bilik Chorong ada loker baru untuk ahli baru macam kau." Kyungsoo mengajak Kai masuk ke dalam pejabat.


Kemudian dia menuju ke arah tiga buah loker dua tingkat, bertentangan dengan loker itu terdapat sebuah kabinet dan peti ais di sudut ruang. Lalu dia meminta beg milik Kai untuk dimasukkan ke dalam loker. Setelah itu mereka mengisi masa sementara menunggu untuk mesyuarat dengan melepak di dalam ofis Kyungsoo.



Suho memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Matanya meninjau sekeliling meja mesyuarat. Masih ada kerusi yang kosong. Ke mana pulak budak-budak ni, fikirnya sambil berjalan ke bahagian depan bilik mesyuarat. Dahinya mula berkerut.


"Kai? Selamat datang." Suho menghulurkan tangan kepada Kai. Kai agak terkejut namun dia menyambut tangan Suho sambil senyum hormat. Suho kemudiannya menoleh ke arah Kyungsoo yang duduk di sebelah Kai.


"Mana Chorong?," Suho menunjuk dua buah kerusi kosong di bahagian kirinya, setentang dengan Kyungsoo dan Kai. "And Chanyeol?"


Terkebil-kebil mata Kyungsoo melirik ke arah Bomi yang berada di sebelah kerusi kosong tadi. Bomi yang tersedar isyarat mata ketuanya hanya menggeleng tanda tidak tahu.


Kemudian terdengar suara Kris menyampuk, "Pergi datinglah tu. Kejap lagi sampailah."


Naeun yang duduk disebelah menyiku lengannya, membuatkan dia menggosok lengannya yang langsung tidak terasa sakit.


"Erm.. diorang ada kerja kot. Kejap lagi samp-"


"Yo! Everybody!" Suara Chanyeol yang garau bergema ke seluruh ruang bilik sebaik sahaja pintu dihempas buka. Chorong mengekori dari belakang dengan segelas bubble tea di tangannya, sambil menyedut minumannya itu, dia sempat menyepak betis Chanyeol agar di beri laluan.


"Woo! Best couple dah sampai! " Xiumin menepuk tangan. Luhan, Sehun dan Namjoo tergelak. Baekhyun pula membuat aksi melontar hati kepada mereka berdua.


"Apa kau cakap?" Chorong mendekati Xiumin lalu memijak kasut sneakers hitam yang dipakai. Xiumin mengerang kesakitan lalu meminta maaf. Seluruh ruang bilik menjadi meriah dengan gelak tawa apabila melihat ekspresi Xiumin yang kelihatan kecut perut dengan Chorong.


Ehem!


Suasana kembali senyap apabila Kris berdehem. Mereka semua sudah tahu, itu tandanya sudah sampai masa untuk mereka kembali serius.


"Okay. Thanks, Kris. Korang semua tahu tak? Kita ada ahli baru yang mengisi kekosongan Yookyung yang dah balik ke Amerika." Suho menuding ibu jarinya ke arah Kai. "Ini Kai, ahli baru yang sertai kita. Rasanya korang dah kenal kan?"


"Eh, kau budak kelab dance kan?" tanya Lay dengan headphone ungu membalut lehernya. Kai mengangguk. Dia kenal Lay. Lay juga ahli kelab dance yang disertainya.


"Kami kenal!" sambut Baekhyun, Chanyeol, Sehun dan Luhan serentak.


"Memanglah. Korangkan sekelas." Sampuk Hayoung yang berwajah matang dari usianya. Gadis berambut panjang itu menggeleng.


"Macam mana kau boleh tau?" tanya Tao. Sengaja buat-buat tak tahu. Macamlah dia tak tahu yang Hayoung dengan gengnya selalu 'spy' senior mereka sejak mereka berada di tahun satu lagi.


"Erm.. Err.. " Hayoung menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cuba mencari kata-kata alasan namun buntu. Semua mata tertumpu ke arah gadis itu. Menyedari situasi itu, Chorong membuat isyarat kepada Suho untuk meneruskan mesyuarat.


"Okay, biar saya perkenalkan diri saya, ahli dan jawatan kami. Saya, presiden Persatuan Pelajar,"


"Yang lemah dan tak berguna." suara Chen menyampuk. Wajah Suho bertukar sedih.


"Aku tau, aku presiden yang tak boleh diharap-"


"Aku pembantu naib presiden! Ini Naib Presiden!" Chanyeol pula menyampuk. Dia menunjuk Chorong di sebelahnya. Chorong tersenyum ke arah Kai. Jelas menyembunyikan rasa malu yang mula hadir. Kai mengerdip mata. Kemudian dia turut tersenyum. Saat itu juga, mereka saling berpandangan, pipi mereka masing-masing mula memerah.


"Ehem, Ini Luhan. Pembantu saya." Suho mendehem. Luhan melambai sambil tersenyum. "Macam yang Chanyeol bagitau tadi, dia pembantu Chorong." Chanyeol tersedar dirinya di sebut ketika dia hendak berbisik kepada Chorong, lalu dia melemparkan senyum mesra sebelum mendekatkan kerusinya dengan Chorong.


"Baekhyun ketua unit pengurusan. Kris pulak in charge of accounting dan Naeun pulak publishing. Diorang berdua bawah pengawasan Baekhyun. Lay ketua unit disiplin. Anak buah dia Tao dan Hayoung."


"Ketua unit perubatan dan kecemasan." Suho menghalakan tangannya ke arah Xiumin yang sedang memuncungkan bibir. "Xiumin," kemudian dia menunjuk Chen yang duduk di hadapan Xiumin; dan Namjoo yang berambut pendek di sebelah Lay. "Diorang bawah Xiumin."


Suho menepuk lembut bahu Kyungsoo. "Budak ni, ketua unit kebersihan/hygiene." Kyungsoo tersedak. Kai di sebelahnya hanya senyum sinis.


"Annyeong." Kyungsoo tersenyum. Kai tergelak kecil melihatkan gelagat rakannya yang agak comel.


"Bomi dan Sehun anak buah dia." sambung Suho lagi.


"Abes Kai nak campak kat mana?" tanya Chen walaupun dia tahu tujuan asal mesyuarat hari ini. Untuk menyediakan tempat bagi ahli baru.


"Unit pengurusan?" Suho memandang Baekhyun yang sedang membetulkan rantai leher disebalik T-shirt dan blazer yang dipakainya. "Tak perlu. Aku tak perlukan pembantu."


Suho menoleh kepada Lay. "Disiplin?" Lay memusing-musingkan pen dijarinya. "Aku tak rasa Kai sesuai untuk unit disiplin." Lay memerhati Kai dari hujung rambut hingga hujung kaki. Walaupun dia tidak nampak bahagian kaki Kai disebabkan mereka semua dalam posisi duduk, namun Lay dapat merasakan Kai tidak berpakaian cukup kemas. Berdasarkan penampilan Kai dengan kemejanya yang tidak berbutang, mendedahkan logo superman di T-shirtnya. Sementara Lay pula lengkap dengan T-shirt di bawah blazer. Nampak kemas baginya.


"Erm.. Xiumin?" Suho bertanya dalam nada berharap.


"Apa cita-cita kau?" tanya Xiumin tiba-tiba, mata fokus kepada Kai.


"Penari." jawab Kai ringkas. Kyungsoo terbeliak. 'Stupid Kai!'


Sekali lagi, seluruh ruang penuh dengan gelak tawa.


"Kita, hahaha! tak perlukan penari, hahaha! dalam unit perubatan! Hahahahahaha!!!" gelak Xiumin sambil memegang perutnya yang mula senak akibat keterlaluan ketawa. Kai hanya menjeling lalu berbisik kepada dirinya sendiri tanpa menyedari Kyungsoo dapat mendengarnya. "Salah ke aku nak jadi penari." Kemudian dia terasa bahunya dicuit.


"Budak-budak ni agak sarkastik. Lay dulu pun kena gelak macam kau jugak. Sebab dia pun nak jadi penari." kata Kyungsoo dalam nada separuh berbisik. Kai mengalihkan pandangannya kepada Lay yang sedang menahan ketawa. "Ceh!" bisik Kai.


"Kyungsoo okay tak?" Suho memandang Kyungsoo sambil memeluk tubuh. Suasana kembali tenang. Kyungsoo mengangguk deras.


"Mesyuarat tamat! Semua boleh berambus!" Suho menepuk tangan lalu mencapai dokumennya di atas meja mesyuarat, terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Ahli-ahli persatuan pelajar yang lain beransur-ansur keluar dari bilik mesyuarat menuju ke pejabat mereka.



"Chorong unnie!!!" Jerit Bomi dari luar bilik hingga dia merempuh masuk ke dalam bilik ofis Chorong. Suaranya cukup nyaring dan kuat hingga membuatkan Xiumin yang berada di bilik sebelah mengintai ke luar ofisnya. Hanya untuk melihat Bomi berlari masuk ke dalam ofis Chorong.


Chorong yang ketika itu sedang menaip, mendongak, membuat muka 'tidak berminat nak dengar' lalu menyambung kembali kerjanya.


"Hei, Unnie!" Bomi mendekati meja Chorong. Senyum nakal terukir di bibirnya.


"Kau nak apa?" Chorong bertanya malas. Cukuplah dengan Namjoo yang asyik hendak bergosip, ditambah pula mulut kepoh Bomi. Ini belum lagi dengan Chanyeol yang suka membuatnya naik angin.


"Kau tak rasa apa-apa ke?" Bomi menarik kerusi di hadapan meja Chorong. Dia melabuhkan punggung sambil menanti jawapan Chorong dengan rasa ingin tahu yang teramat.


"Apa benda kau ni?"Chorong memandang Bomi. Matanya penuh rasa curiga.


"Aku cakap pasal Kai. Crush kau tu. Dia kan dah join kita!" sengih Bomi. Pipi Chorong sedikit merah.


"Kau nak apa?" Chorong memeluk tubuh, bersandar pada kerusi empuknya.


"Huh?" Bomi buat-buat bingung.


"Kau nak pinjam kerja sekolah aku kan?"


"Hehehe.. Aku nak pinjam kerja Sains. Kau dah siapkan?" Bomi tersengih-sengih.


"Heh, dah tau dah. Pergi ambil kat dalam beg aku." tunjuk Chorong ke arah beg galas ungu yang tercampak di atas sofa di sebelah pintu. Cepat-cepat Bomi bangun untuk mengambil kerja rumah yang dikehendakinya.


"Okay, thanks! Sayang unnie!" Bomi terus ke pintu sebaik sahaja dia mengambil dua buah buku daripada beg milik Chorong. "Seriously kau tak rasa apa-apa?"


"Kau nak aku ambil balik ke buku tu?" tanya Chorong dalam nada mengugut.


"Okay, fine. Tanya pun tak boleh." Bomi menghendap daripada bingkai pintu. Selepas itu dia terus ke kubikelnya yang terletak di hadapan bilik Suho.


Chorong menarik nafas lega. Dia bersandar pada kerusinya setelah penat menaip laporan yang perlu dihantar kepada pentadbiran sekolah. Dia mendongak memandang siling yang kosong, satu-persatu memori muncul di dalam benaknya.

----------------

A/N: so, I'm sorry if first chapter ni lacking sangat2 sbb chapter ni dah ditulis bertahun yg lalu. Saya pn tak ada niat nak ubah atau edit apa yg saya tulis dulu. Kalau ada yg macam pelik tu paham2 la budak2 yg tulis. 😅😅

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now