Hari Valentine II

295 37 10
                                    

Akhirnya hari istimewa yang dinantikan oleh Namjoo menjelang jua. 14 Februari atau lebih tepat lagi Valentine Day atau nak lagi tepat, Hari Kekasih. Dia pasti semua gadis di Aster High juga turut sama teruja. Mana taknya ramai juga yang telah menempah coklat daripadanya sejak minggu lepas. Ada yang mahu memberikannya kepada teman lelaki, crush dan ada juga mahu diberikan kepada ahli lelaki Aster High Student Council.

Walaubagaimanapun, dia tidak dapat meneka siapakah gerangan makhluk yang bakal menerima coklat hasil air tangannya kerana dia tidak menafikan yang mereka semua itu menjadi pujaan gadis di Aster High.

Satu kotak kecil dikeluarkan daripada beg tangannya lalu diletakkan di atas meja. Komputer di hadapannya dihidupkan, mengklik ikon dokumen yang perlu disiapkan. Tetapi dia teringat yang dia perlu menghantar tugasan sejarah yang cikgu Hyori mahukan minggu ini juga. Kemudian, dia mencapai semula beg tangannya untuk diselongkar.

"Eh, coklat! Macam tau-tau je aku suka makan coklat." Baru sahaja Hayoung hendak mengambil bungkusan coklat berwarna maroon di atas meja Namjoo. Gadis berambut pendek itu merampasnya terlebih dahulu sebelum memeluk kotak kecil itu ketat-ketat.

"Bukan untuk kau." Kata Namjoo. Dia melemparkan beg tangan berjenama Coach dari tangan kirinya ke atas meja.

"Untuk boyfriend ke?" soal Hayoung. Dia meletakkan sikunya di atas penghadang. Tangan mencekup pipi.

"Aku ada boyfriend ke"? Namjoo menunjuk kepada diri sendiri. Hayoung ini sebenarnya memang tidak tahu atau buat-buat lupa? Bukankah dia sudah beritahu orang yang dia suka?

"Tak ada." Hayoung mendongak memandang siling. Cuba mengingati semula makhluk yang membuatkan Namjoo jatuh hati kepadanya. "Untuk Baekhyun ke?"

"Yah, perlahan sikit la. Nanti orang lain dengar." Namjoo tangkas bangun untuk menutup mulut Hayoung dengan tapak tangannya.

Kemudian, Hayoung menepis tangan Namjoo lalu berkata "Bukannya ada orang lain pun kat sini. Semua budak laki AHSC tak masuk lagi. Tu kat luar tu tengah kecoh kat loker."

Benar juga kata Hayoung. Di luar pintu masuk, Chorong dan Bomi sedang cuba mengawal pelajar yang semakin hilang kawalan kerana hendak memberikan hadiah kepada ahli lelaki AHSC. Sebenarnya, ada juga yang cuba untuk merempuh masuk tapi apabila Chorong membuka langkah judonya,semua pelajar tadi lari lintang pukang. Kecuali kenalan Chorong yang langsung tidak takut dengannya sempat lagi menyuruh dia 'passing' kan berkotak-kotak hadiah kepada ahli AHSC.

Namjoo mengeluh. "Macam mana aku nak bagi kat dia kau tengok kat luar tu. Bukan main ramai lagi yang nak bagi hadiah."

Apabila memikirkan banyak lagi hadiah yang akan Baekhyun terima, Namjoo jadi rendah diri. Pasti hadiah-hadiah mereka hebat-hebat dan mahal-mahal. Sedangkan hadiahnya cumalah sebuah kotak kecil berisi coklat buatannya.

"Hmm.. Aku pun nak bagi coklat kat Hoya." Hayoung merendahkan kepala. Turut merasakan suasana kecewa.

"Apa kata kita cari Hoya?" Hayoung memberi cadangan.

"Buat apa aku nak cari Hoya?"

"Aku cari Hoya kau carilah Baekhyun."

Namjoo tersengih. "Call!"

Chorong meletakkan sebungkus coklat di atas meja Suho dengan berhati-hati. Dia bimbang kalau-kalau terdapat dokumen penting di atas meja tersebut. Apalagi meja Suho yang selalunya bersih nampak agak serabut pula hari ini. Beberapa helai kertas nampaknya dibiarkan sahaja di atas meja sementara beberapa buah buku tersusun malas di sebelah komputer.

Coklat yang telah dimasak dengan bantuan Kyungsoo itu berbalut cantik dengan pembalut plastik berwarna ungu berbelang putih. Dan dengan bantuan Naeun, sehelai reben emas kecil terikat cantik di atasnya berserta dengan stiker 'Happy Valentine from: Cho to the Rong' pada permukaan plastik coklat.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKDonde viven las historias. Descúbrelo ahora