Siasat: Curiga Cinta II

379 42 1
                                    

Sehun mengintai di sebalik pasu besar di sebelah pejabat staf dan guru. Kepalanya termangu-mangu bagi mendapatkan pemandangan terbaik agar dia dapat melihat cikgu Eunhyuk dengan lebih jelas. Untung badannya kurus kering walaupun dia tinggi lampai. Sekurang-kurangnya badannya terhalang dari pandangan orang ramai di sebalik pasu bersaiz besar itu. Sehun mengintai menerusi pintu pejabat yang terbuka. Dilihatnya cikgu Eunhyuk terus mencapai kot yang disangkut pada kerusi setelah  melihat jam di pergelangan tangannya. Kemudian, dia tergesa-gesa meninggalkan pejabat.

"Berdasarkan cikgu Ga In, biasanya sebelum balik, cikgu Eunhyuk akan pergi ke meja cikgu Ga In dulu, kan?" Tiba-tiba sahaja suara Namjoo muncul dari belakang Sehun membuatkan Sehun melatah menyebut perkataan oh nenek kau!, sambil badannya terjelepok ke belakang. Dia mengurut dada, cuba mencari ketenangan daripada jantung yang sedang berdegap degup.

"Kau ni, nasib baik aku tak de sakit jantung." Sehun membuka matanya, mengerling Namjoo yang turut mencangkung di hadapannya. Namjoo mengangkat kedua-dua tangannya separas dada seraya mengukir senyuman yang membuatkan Sehun sedikit gementar.

"Sorry!" ucap Namjoo lalu mengeluarkan telefon bimbit putih daripada poket blazernya. Jarinya ligat menaip mesej kepada Bomi.

                                                        

Tiba-tiba Bomi terasa poketnya jeans nya bergetar. Diseluk poket jeans hitam itu lalu dikeluarkan telefon bimbit miliknya.

"Cikgu Eunhyuk baru keluar. Sekarang tengah on the way ke parking lot." Bomi membaca mesej yang baru diterima daripada Namjoo. Luhan yang duduk di tempat duduk pemandu, mendengar dengan teliti, matanya liar memerhati sekeliling. Mana tahu tiba-tiba sahaja cikgu Eunhyuk muncul.

"Ah, itu cikgu! Cepat tunduk!" Luhan menundukkan kepalanya separas stereng. Tangan kanannya menolak lembut belakang kepala Bomi agar dia sama-sama menyorokkan kepala.

Cikgu Eunhyuk menekan butang alarm keretanya, menuju ke kereta Mercedes miliknya yang diletak tidak jauh daripada kereta Luhan. Setelah menghidupkan enjin, laju saja dia menderum keluar pagar Aster High. Terkocoh-kocoh Luhan memutar kunci bagi menghidupkan enjin. Bomi pula terus mendesak Luhan agar cepat-cepat mengekori kereta berwarna perak itu.

Kereta berwarna perak yang diekori itu membelok tajam memasuki lebuh raya, memecut laju menuju ke destinasinya. Luhan mengekalkan jarak yang tepat antara kereta mereka supaya Cikgu Eunhyuk tidak menyedari dirinya diekori.

Kemudiannya, kereta itu membelok, memasuki kawasan kedai. Perlahan sahaja kereta perak itu apabila tiba berhampiran sebuah restoran. Sengaja kereta itu diletak bertentangan di hadapan restoran makanan barat yang tampak eksklusif itu. Luhan pula berhenti tidak jauh daripada restoran tersebut. Cukup sekadar melihat kelibat cikgu Eunhyuk berjalan masuk ke dalam premis makanan itu.

"Wah, kayanya cikgu Eunhyuk. Makan kat tempat mewah macam ni." ucap Bomi. Dilihatnya cikgu Eunhyuk melangkah masuk sambil memegang telefon bimbit di tangan.

Lalu Bomi cepat-cepat membuka pintu kereta Subaru Impreza putih itu, mengekori cikgu Eunhyuk dari belakang. Cikgu Eunhyuk masuk ke dalam sebuah bilik, kemudian tampil keluar dengan pakaian seperti seorang chef. Bomi menjongket kening. Dia tidak peduli orang yang lalu lalang memandang pelik ke arahnya yang sedang mencangkung di sebalik tiang di sebelah restoran.

"Aik, dia kerja kat sini? Tak cukup lagi ke gaji jadi cikgu?" Bomi bertanya sendiri. Kemudian dia mengambil keputusan untuk berpatah balik kepada Luhan yang sedang menunggu di dalam kereta.

"Kenapa?" tanya Luhan ringkas sebaik sahaja Bomi bersandar pada kerusi penumpang.

"Dia kerja kat situlah."

"Eh, Bukan gaji cikgu dah besar ke? Kenapa kena kerja sambilan?" Luhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Selepas itu dia merapikan semula rambutnya yang berwarna coklat terang.

"Itulah yang aku hairan." balas Bomi. Dia memandang jejaka dengan t-shirt putih bersarung kemeja petak-petak berwarna biru di sebelahnya.

"Mesti ada something ni." Luhan menyentuh dagu.

"Suruh Chorong atau Hayoung sambung la. Aku dah lapar ni. Pergh.. tak tahan aku bau chicken chop tadi." Bomi menggosok perutnya. Luhan tertawa kecil. Dia mengeluarkan iphone putih lalu menelefon seseorang.

"Hello, Hayoung?"

"Hello?"

"Kau boleh sambung spy tak? Aku dengan Bomi nak pergi makan." Luhan melirik ke arah Bomi. Tersengih-sengih Bomi sambil menggaru kepala menahan malu. "Ah, panggil Chorong."

"Hello..." Suara Chorong kedengaran mendatar.

"Hei, kau kata nak belanja makan."

"Aku ada cakap ke?" Chorong buat-buat lupa.

"Wei, Unnie! Kau jangan main-main lah! Nanti aku tak nak belikan kaki ayam lagi!" Suara Bomi kedengaran sayup-sayup.

"Dengar tu?" sambung Luhan. Bomi ketawa mengekek.

"Aish, yelah-yelah. Tunggu aku kat restoran Sunny Hill." Terus sahaja Chorong menutup talian. Serentak Bomi dan Luhan menampar tangan masing-masing membuat 'hi-five'.

Luhan memandu ke restoran yang dimaksudkan secepat mungkin. Perutnya yang juga lapar sudah tidak terbendung lagi. Setibanya di situ, Luhan dan Bomi mencari tempat yang sesuai untuk mereka.

Tidak lama kemudian, Chorong muncul dengan Chanyeol dan Namjoo di sisinya. Diikuti Sehun di belakang. Mereka duduk di meja bulat yang terlebih dulu Luhan dan Bomi pilih. Setelah masing-masing memesan makanan, Bomi bertanya.

"Mana Hayoung?"

"Bukan kau yang suruh dia ganti kau ke?" Chorong menyoal semula.

"Dengan Kai." potong Namjoo lalu menyuap nasi kari ke dalam mulut. Bomi dan Luhan terlihat bingung.

"Diorang pergi spy sama-sama." sampuk Chorong lagi. Bomi dan Luhan serentak mengangguk faham.

                                                   

Kai menghulurkan topi keledar berwarna hitam kepada Hayoung. Visor hitam topi keledar itu nampak bersinar dipanah mentari. Hayoung menyambutnya dengan dahi berkerut. Dia meneliti figura Kai yang berdiri di sebelah motosikal hitam berkilat itu dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Kita kena naik motor?" Hayoung memerhati Kai menyarung topi keledar ke kepala lalu duduk di atas motosikal miliknya.

"Habis tu, kau nak jalan kaki?" Kai senyum sinis, menderum motosikalnya. Jelas sekali mendesak Hayoung agar tidak membuang masa lagi. Bukannya Hayoung tidak mahu membonceng, tapi dengan berpakaian dress dan trench coat ni, sangat tidak sesuai dengan situasi sekarang.

"Okay, fine." Hayoung terpaksa bersetuju. Dia berjalan sambil memakai topi keledar.
                                               
"Cikgu Eunhyuk dah keluar." ujar Hayoung apabila cikgu Eunhyuk menuju ke keretanya, berpakaian kasual. Kai melihat jam di tangannya. Sudah pukul tujuh petang. Mungkin waktu bekerja sudah tamat. Dia menghirup semula minuman teh di hadapannya sambil matanya mengerling kepada Hayoung yang meninjau ke belakangnya.

Selepas beberapa minit kereta Mercedes itu hilang dari pandangan, barulah Hayoung masuk ke dalam restoran mewah itu, meninggalkan Kai yang masih duduk di sebuah kafe selang beberapa kedai daripada restoran mewah tadi.

Sebaik sahaja melangkah masuk, Hayoung dijamu dengan bau daging panggang yang amat menyelerakan. Mahu sahaja dia menempah tempat lalu duduk makan di situ. Akan  tetapi, tugasnya perlu dibereskan terlebih dahulu. Hayoung terus menuju ke kaunter, menegur hormat juruwang di hadapannya lalu bertanya.

"Boleh tumpang tanya, lelaki yang baru keluar tadi tu, dia bekerja kat sini ke?"

Perempuan berambut merah itu mengangguk. "Chef Eunhyuk ke? Dia chef sementara kat sini."

"Dah lama ke dia kerja kat sini?" tanya Kai pula. Tiba-tiba pula dia timbul di sebelah Hayoung.

"Lebih kurang dua tiga bulan jugak."

"Terima kasih." Hayoung dan Kai tunduk hormat dan berlalu pergi. Juruwang itu tercengang. Jadi mereka tidak mahu makan? Tapi kenapa tanya pasal Chef Eunhyuk pula?

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now