Siasat! : The Innocent Stealer II

140 19 3
                                    

"Aku dah buat rayuan semula kepada pengetua untuk kita siasat sendiri kes ni." Maklum Suho cuba berlagak tenang walaupun sebenarnya dia sedang resah gelisah dengan kejadian yang menimpa anak buah sendiri. Bukan kecil kes yang Kai terlibat. Apatah lagi kes kecurian seperti ini. Silap-silap boleh masuk penjara. Namun begitu, Suho tetap dapat menarik nafas lega. Mujurlah pengetua tidak mahu membawakan kes ini kepada pihak polis. Kalau tidak, entah apa akan jadi dengan masa depan Kai nanti.

"Apa kata pengetua?" Chanyeol bertanya, ingin mengetahui reaksi pengetua terhadap permintaan Suho selaku presiden Persatuan Pelajar Aster High. Pasti tebal muka Suho ketika dia buat rayuan untuk siasat semula kes.

"Dia nak unit siasatan kita yang lakukan siasatan. Dia dah tengok rekod kes yang kita kendalikan sebelum ni. Dia cukup percayakan unit ni untuk lakukan siasatan lagi." Balas Suho yakin.

Ketawa Chorong tertahan. Mana taknya, unit siasatan kendaliannya selama ini cuma mengendalikan beberapa kes low-profile seperti cari barang hilang, bantu pelajar dan guru. Dalam tahun ini sahaja kes yang berjaya diselesaikan boleh dikira menggunakan jari. Kini, alih-alih saja pengetua boleh beri kes besar macam ni. Mampukah mereka melakukannya?

Apa pun, Chorong takkan lepaskan peluang keemasan ini. Hanya inilah masanya untuk dia cari evidens untuk membuktikan Kai tak bersalah. Kai yang menjadi pujaan hati.

Suho menyambung kata-katanya, "Kai takkan digantung sehingga dia dibuktikan bersalah. Buat masa ni dia akan datang sekolah macam biasa tapi dia tak boleh sertai aktiviti Persatuan Pelajar. Dia kena lakukan community service bersama kelab kaunseling sehingga dia dibuktikan tak bersalah."

"Apa?" Sampuk Chanyeol tak percaya. Sudahlah Kai tidak diizinkan bertugas bersama Persatuan Pelajar, diberi pula kerja untuk kelab kaunseling. Bukannya Chanyeol tak tahu, program khidmat masyarakat itu merupakan salah satu aktiviti atau hukuman bagi budak-budak degil yang langgar peraturan sekolah. Setiap petang mereka akan diberikan pelbagai tugas sama ada kutip sampah atau cuci tandas. Rasanya belum pernah lagi dia dengar ahli Persatuan Pelajar yang buat begitu.

Kemudian, terlintas di ingatan bahawa ada seseorang yang pernah didenda sebegitu. Chorong. Chanyeol tersengih mengingatinya. Matanya sengaja melirik nakal ke arah Chorong di sebelah.

"I trust you guys." Kata Suho. Sebuah senyuman dilemparkan sebelum dia melangkah keluar daripada bilik mesyuarat. Meninggalkan seisi unit siasatan dengan tanggungjawab yang berat.

Selepas Suho beredar, Chanyeol memandang Chorong. Serius mukanya. "Dia tak suruh kita berambus pun."

Air muka Chorong nampak macam meluat dengan Chanyeol. "Diamlah, Chanyeol."

Suho tak suruh berambus sebab dalam bilik mesyuarat itu cuma ada tiga orang sahaja termasuk dirinya.







Kalau hendak dianggarkan, sudah hampir 24 kali video CCTV itu diulang tayang. Walaupun retina telah penat menahan silau monitor, dia tidak boleh putus asa selagi dia tidak mendapat petunjuk jelas. Sambil keluhan lemah terlepas, dia meneliti semula coretan pada buku nota kecil.

Perbezaan Suspek dgn Kai <3

1. Warna kulit.

2. Warna rambut.

3. Ketinggian?

Namun begitu, klu yang dia temui terlalu lemah. Kalau dibuat bukti, boleh dipersoalkan semula oleh si suspek. Oleh itu, dia perlukan bukti kukuh demi membuktikan Kai tidak bersalah sama sekali.

Sekali lagi Chorong mendengus. Dicampak buku nota itu ke atas meja. Kedua-dua tangan diregangkan ke udara, meleraikan segala urat-belirat yang terasa kaku. Setelah tangannya sudah tidak rasa lenguh-lenguh, barulah Chorong rasa macam boleh bernafas sikit. Sekurang-kurangnya tidak rasa terlalu terbeban.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now