Spot Check II

328 39 3
                                    

Saat memeriksa Chorong yang masih tidak sedarkan diri, Namjoo menyedari Sehun daripada tadi memerhatikannya tanpa sebarang kata-kata. Namjoo memang tidak suka menjadi pusat perhatian seseorang kerana baginya keadaan itu sangat janggal. Memang sudah lama dia perasan tabiat Sehun yang satu itu. Ketika mereka semua bergelak ketawa dan riang gembira, Sehun pasti akan merenung Namjoo bagai harimau mahu menerkam mangsanya walaupun gelakan mereka semua masih belum mati. Kadangkala Namjoo dapati perbuatan Sehun itu agak menyeramkan tapi setakat ini Sehun belum 'menyerangnya' lagi. Jadi Namjoo buat selamba saja.

Namun tidak pada hari ini. Daripada tadi Sehun asyik membuka mulut bagai mahu mengucapkan sesuatu tapi bibir terkatup semula sebelum pantas mengeluh.

"What's wrong?" Tanya Namjoo. Tidak pernah Sehun kehilangan kata-kata sebegini. Selalunya kalau suasana jadi janggal, Sehun akan tersenyum dan akhirnya membuat lawak, membuatkan suasana jadi selesa semula.

"I need to know something." Nada suara Sehun kedengaran serius dan membuatkan Namjoo agak gementar. Dia berharap Sehun tidak bertanya perkara bukan-bukan.

Namjoo menarik gebar pada Chorong hingga separas dada sebelum dia duduk memandang Sehun yang berada bertentangan di sebelah katil. "About what?"

"Baekhyun." Perkataan itu dia sebut tenang namun jelas kegetikan daripada gerak bibirnya.

Namjoo mengerutkan dahi. Persoalan mula bermain di fikiran. "Kenapa dengan Baekhyun?"

"Aku tahu kau suka Baekhyun." Luah Sehun tenang.

Bulat mata Namjoo memandang Sehun. Langsung dia tidak menjangka Sehun akan mengetahui nya. Walhal hanya Chorong, Tao dan Hayoung sahaja yang tahu. Namjoo menggigit bibir. Kalau dia suka Baekhyun pun apa kaitan nya dengan Sehun? Namjoo mahu mengatakan itu tapi lidahnya kelu.

Sehun mengambil peluang untuk meneruskan kata. "Kau tak tau perangai sebenar Baekhyun. Namjoo. Baekhyun tu playboy! Takkan kau suka kat playboy macam dia?!"

Lagi sekali mata Namjoo terbeliak. "Apa kau cakap ni?!"

"Please, Namjoo. Percaya cakap aku. Aku tak nak kau terluka." Pinta Sehun bersungguh-sungguh. Tangannya mengelus lembut jemari Namjoo yang memegang tangan Chorong.

Namjoo terdiam sebelum dia renggut tangan nya daripada Sehun. Bagai terpempan dengan tindakan drastik Namjoo, Sehun kembali duduk bersandar.

"Apa kena-mengena dengan kau?" Soal Namjoo. Nada suaranya seakan berbisik. Bimbang dia kalau Chorong terbangun nanti.

"Apa?" Sehun bertanya kembali kerana fikirannya melayang sekejap tadi.

"Kalau aku suka Baekhyun pun apa kena mengena dengan kau?"

Sehun menarik nafas dalam-dalam. Dia kembali duduk tegak. "You don't understand. I-"

Bang!

Pintu hadapan bilik rawatan terbuka luas, Luhan dan Chanyeol sama-sama tercungap-cungap di hadapan pintu. Pada masa yang
sama, Namjoo dan Sehun saling berpandangan. Kemudian Sehun tiba-tiba berdiri, sambil tangan berada di dalam kedua-dua saku, Sehun berjalan dekat dengan Namjoo yang langsung tidak berganjak.

"Aku pergi dulu." Sehun meminta diri. Langsung dia tidak memandang wajah Namjoo seperti selalunya. Terdetik rasa bersalah dan terselit rasa kecewa dalam diri Namjoo. Yang peliknya dadanya berdebar bukan kepalang.

Setelah Sehun pergi, Chanyeol dan Luhan bergegas ke arah Namjoo.

"Namjoo, Chorong dah sedar ke?" Tanya Chanyeol kedengaran panik.

"Kau ada nampak dia bangun ke?" Balas Namjoo selamba.

"Tak." Jawab Luhan kemudian dia mendengus. "Aku dah agak Chen tipu kita!"

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now