BONUS: The Worst Babysitter Ever

198 34 0
                                    

Selain subjek sejarah dan budak gedik, Luhan paling benci dipaksa. Bagi Luhan, kalau buat sesuatu kerja itu, perlukan keikhlasan dan kesungguhan. Barulah nanti hasilnya sempurna. Kalau tak, ada saja cacat celanya. Yalah, buat kerja tak ikhlas. Macam Xiumin kalau disuruh buat kerja akaun yang merupakan tugas Kris. Memang tak gerak-gerak alamatnya.

Dulu pun sewaktu Luhan disuruh untuk membuat laporan mengenai mesyuarat ahli, memang Luhan komited dalam menyiapkannya. Tapi ada sahaja yang salah. Mana taknya, Luhan mana ada pengalaman buat laporan mesyuarat!

Sebagai informasi tambahan, tugas Luhan sebagai pembantu kepada presiden amat lah ringkas. Dia cuma perlu membantu Suho menaip apa-apa yang patut. Bukannya buat laporan! Selain itu, dia hanya menguruskan jadual Suho dan melakukan tugas yang berkaitan dengan fotografi memandangkan dia punya kamera DSLR jenama Nikon yang bapanya telah hadiah kan ketika sambutan hari lahir yang ke-17.

Dia sendiri pun sudah lupa siapa gerangan yang menyuruh dia buat laporan mesyuarat tersebut. Suspek utama adalah Baekhyun. Sebab makhluk itu yang uruskan bahagian pelajar. Chorong pun boleh jadi. Sebab dia yang banyak uruskan hal ehwal pejabat.

Bak kata pujangga dahulu kala, sejarah akan berulang kembali. Macam sekarang.

"Tolong lah, Luhan. Sekali ni je. Aku janji." Pinta Sehun. Suaranya tenggelam timbul dalam kemeriahan dan keriuhan para pelajar yang berada di kawasan kafe.

Daripada tadi tangan Sehun tidak lekang daripada lengan baju kemeja Luhan. Dia tarik-tarik lengan baju Luhan hingga Luhan rimas dibuatnya. Tapi Luhan buat endah tak endah saja. Sengaja mahu menguji betapa persisten nya makhluk bernama Oh Sehun ini.

"Dengan cara ni je lah aku dapat dating dengan Namjoo dalam keadaan aman. Please, Luhan."

Luhan mengerutkan hidung sekaligus menjegilkan mata. "Kau dah kenapa? Sebab kau nak dating dengan awek kau, kau drag aku pulak."

"Kau jaga je lah budak tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau jaga je lah budak tu." Akhirnya lengan baju Luhan dilepaskan. Habis berkedut terus baju Luhan yang telah diseterika cantik-cantik pagi tadi. Sia-sia saja dia pakai Kispray bagi hilangkan kedut.

"Tak nak." Jawab Luhan. Tegas dan muktamad.

Ada satu perkara lagi yang Luhan tidak suka. Iaitu menjaga budak kecil. Bukannya Luhan suka sangat hendak mendengar tangisan melalak, tukar lampin dan suapkan makanan. Memandangkan dia adalah anak tunggal dalam keluarganya, sememangnya amat janggal kalau dia kata dia sukakan budak-budak.

Sehun tampak buntu saat dia tergaru-garu kepala. Luhan perasan rambutnya kini lebih pendek. Dibuat pacak-pacak. Kalau diperhatikan lama-lama, baru perasan gaya rambut itu macam Justin Bieber!

"Ahah!" Sehun tiba-tiba memetik jari. Pasti ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Luhan berharap tidak akan muncul idea yang aneh-aneh.

"Kejap-kejap." Luhan pantas memotong sebelum Sehun sempat berbuat apa-apa. Highlighter dia letakkan atas halaman buku sebagai penanda sementara. "Kau nak tahu something tak?"

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now