Siasat! : The Innocent Stealer IV

128 19 2
                                    

[this chapter slot might trigger some readers]

"Wah, cool! Chorong, tengok ni!" Panggil Naeun. Dia dan Kris duduk bersila di dalam ofis Naeun, pintu sengaja dibuka luas agar udara kipas besar milik Baekhyun sedikit sebanyak mengenai mereka. Walaupun pendingin hawa masih dipasang, mereka masih berasa panas kerana Presiden Suho baru sahaja membuat polisi agar menjimatkan tenaga iaitu dengan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Jadi suhu pendingin hawa tidaklah sesejuk mana. Ketika Kris sedang sibuk membaca hal ehwal semasa dalam negara yang dia anggap sangat membosankan, matanya sempat melirik ke arah iklan-iklan yang terletak di bahagian tepi akhbar. Dia terus memanggil Chorong apabila dia terlihatkan sebuah iklan yang mungkin menggembirakan gadis itu.

"Apa?" Tanya Chorong curiga lalu lekas-lekas mendekati mereka berdua. Mana tahu kalau Naeun hendak tunjukkan gambar-gambar lelaki kacak. Dia turut diekori oleh Sehun kerana mereka berdua asalnya sedang berbincang sesuatu tentang dokumen yang Sehun telah tersilap taip.

"Look at this! Mamat ni handsome!" Kata Naeun seronok. Jari telunjuk berkali-kali ditunjal pada satu kolum kecil. Chorong mendekati mereka berdua lalu membongkok sedikit bagi melihat gambar yang Naeun tunjuk.

"Yeah. Tapi dia karakter anime." Balas Chorong yang terkena. Dia menahan diri daripada menggulung kertas yang ada pada tangannya untuk disepuk atas kepala Naeun. Lebih-lebih lagi apabila kertas itu mengandungi maklumat yang amat penting.

"Lelaki anime pun handsome apa." Balas Naeun selamba, sudah tekun mengamati raut wajah karakter anime yang berambut emas, mata besar dan fizikalnya yang tampak tinggi lampai.

Padanlah Naeun suka sangat. Patutlah juga Kris tersengih seorang diri walaupun matanya fokus membaca sebuah artikel di halaman sebelah. Rupa-rupanya karakter itu persis dengan Kris. Usui Takumi kalau Chorong tak silap namanya. Rambut blonde emas, kaki panjang, muka kacak yang amat. Kris ibarat realiti kepada Takumi. Wujud dalam dunia realiti dan Naeun memang untung dapat memiliki 'Takumi'.

Chorong diam sekejap sambil meneliti gambar anime yang akan ditayangkan pada musim panas nanti. Namun, dia baru perasan ada sesuatu yang tidak kena.

"Ini bukan anime tahun lepas ke?" Soal Chorong. Sedangkan anime tahun depan pun dia sudah tahu, mustahil Naeun tidak mengecam anime yang sudah ditayangkan di televisyen.

"Haah. Kebetulan terjumpa. Rindu nak tengok muka dia semula." Naeun mengiakan. Sesekali dia senyum kepada Kris yang tampak bengang setelah bertentang mata dengan Chorong.

"Kenapa korang tengok surat khabar lama ni?" Chorong bertanya kepada kedua-dua Naeun dan Kris. Dia berjalan ke arah pintu, menunjukkan semula kertas itu kepada Sehun yang sedang menantinya.

Kris buat-buat tenang lalu mendongak ke pintu. "Dapat kat stor. Cikgu Hyori mintak tolong kitorang hantar kat recycling center."

"Bukan ke ini sepatutnya kerja Kyungsoo?" Tanya Chorong, sekilas melihat Kris dan Naeun. Pada masa yang sama, Sehun mengangguk dan memberitahu dia akan membetulkan kerjanya dan terus kembali semula ke kubikelnya. Chorong kembali semula kepada Naeun dan Kris lalu turut duduk mencangkung di sisi Naeun.

"Yeah, tapi kitorang sengaja nak tolong dia. Hari tu dia tolong kitorang dengan kerja akaun dan design. Sekarang masa untuk 'bayar balik'." Jawab Kris.

"Kalau macam tu, pasti ada berita pasal Kai yang menang dalam modelling contest tahun lepas." Tutur Chorong lebih kepada dirinya sendiri. Tapi Kris dan Naeun dapat mendengarnya. Serentak mereka berdua pandang Chorong seolah-olah pertama kali mereka mendengar mengenai itu.

"Well, I've heard about that." Kata Kris. Halaman sebelah diselak. Iklan hartanah memenuhi seluruh muka surat.

"Korang pernah dengar nama Kim Yoo..." Pada masa beginilah Chorong tidak ingat namanya. Dia pejamkan mata untuk mengingat semula. Hampa, tiada apa pun yang terlintas di fikirannya.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now