Siasat! : The Innocent Stealer I

165 24 1
                                    

Semacam tak percaya pula tika dia tiba-tiba dikejutkan oleh Sehun. Dia sedang nyenyak tidur dalam perpustakaan apabila Sehun menggoncang bahunya. Jaket hitam yang menutup mata turut dikalihkan. Selama ini dia tidak pernah diganggu sesiapapun. Baik Luhan atau Hayoung yang merupakan ahli kelab perpustakaan. Sekarang Sehun pula datang mengganggu tidur. Rasa mamai dan mengantuk masih melekat di hujung mata walaupun dia berjaya mencelikkan mata.

"Pengetua nak jumpa kau." Kata-kata Sehun itu berjaya mengaktifkan semua deria Kai. Mata digosok tak percaya. Mungkin semua ini mimpi. Sebab apa pula pengetua nak berjumpa dengannya? Hairan juga Sehun datang mengejutkannya daripada tidur. Namun setelah beberapa kali mata digosok, Sehun masih ada di hadapannya. Dahi berkerut bersungguh-sungguh. Wajah panik dan risau.

"Bro, kau jangan nak main-main dengan aku. Aku tengah sedap-sedap tidur ni." Kata Kai sedikit marah. Biasalah. Tidur diganggu. Sehun pun begitu juga.

Dengan lemah longlai, Sehun melabuhkan punggung di bangku bertentangan sementara Kai bangkit lalu duduk. Sambil memfokuskan semula pandangan yang sedikit silau akibat panahan lampu yang tegak atas kepala, Kai menoleh kepada Sehun. Sahabatnya itu langsung tidak mengangkat muka. Sorotan mata terus menala ke lantai mozek. Sugul.

"Oi." Tegur Kai sebaik sahaja dia membetulkan posisi duduk agar dia berdepan dengan Sehun.

Sehun mendongak lambat-lambat. Bibir membentuk garis lurus. Jaket bercorak military dibetulkan agar menutupi bahu. Kai sendiri merapikan rambutnya yang berkemungkinan besar telah tercacak di sana-sini.

Kelihatan Sehun menelan liur. Terlihat halkumnya yang turun naik. Usai meraih nafas dalam-dalam, Sehun cuba memberitahu. "You're in a very big problem, bro."

Kening Kai terangkat sebelah. Apa yang dia sudah buat sehingga terjerumus ke dalam masalah besar? Apa yang dia ingat, sejak dua menjak ini dia cuma berlatih menari, bertugas sebagai ahli Persatuan Pelajar, meluangkan masa bersama-sama ahli Persatuan Pelajar, dan tidur di perpustakaan. Kalau tidak pun dia melelapkan mata dalam bilik loker gimnasium. Tidak ingat pula kalau rutinnya ada yang berubah.

"What problem?" Kai bertanya. Dia benar-benar bingung. Sehun tak terus menjawab. Dia berdiri lalu menghulurkan tangannya. Kai menangkap tangan itu dan Sehun membantunya berdiri.

"Aku tak boleh nak beritahu. Tapi kau kena pergi pejabat pengetua sekarang. Jom."

Tiada apa yang boleh dipertikaikan lagi. Ditambah dengan sikap Kai yang tidak mahu ambil tahu. Dia hanya mengekori Sehun sehingga mereka tiba di hadapan bilik pengetua. Ada Lay dan Chorong di situ. Mereka duduk di bangku biru luar bilik pengetua. Diam membisu sehinggalah Kai dan Sehun muncul. Wajah Chorong benar-benar nampak gelisah dan Kai sendiri menjadi gugup. Tidak pasti dengan apa yang menantinya di dalam.

Lay memberikan senyuman nipis, ikhlas memberikan keyakinan. Kai mengangguk pendek sebelum tangan menjangkau tombol. Serentak bahunya dipegang. Sehun berbisik. "Be strong."

Kai masih terpinga-pinga. Namun dia memberanikan diri. Baginya kalau tak ada salah apa-apa, buat apa nak takut.

Walau bagaimanapun, keberanian itu susut sedikit demi sedikit saat pandangan bersua dengan pengetua Lee. Lelaki berusia lebih separuh abad itu merenungnya dengan pandangan menikam. Duduk di kerusinya bagai maharaja yang berkuasa mutlak. Di hadapannya ada dua orang pelajar berdiri memandang lantai. Seorang pelajar menoleh sekilas ke belakang dan Kai berasa agak lega kerana dia adalah presiden Suho. Setelah berbalas senyuman nipis, kelihatan pengetua berdiri daripada duduknya. Tangan di belakang. Kai berjalan terus dan berdiri bersebelahan dengan Suho.

"Awak Kim Jongin?" Soal pengetua Lee. Suara tenang tapi tegas. Kai mengangguk perlahan. Jarang sekali orang memanggilnya menggunakan nama sebenar kecuali dalam urusan rasmi. Terbiasa dengan panggilan Kai dalam kalangan kawan-kawan membuatkan dia berasa janggal jika dipanggil menggunakan nama penuh.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now