Siasat! : The Innocent Stealer V

149 17 2
                                    

[this chapter slot might trigger some readers]

Mulutnya yang ternganga serta-merta ditutup dengan kedua-dua tapak tangan. Langsung dia tidak percaya dengan kelakuan cikgu Yoochun yang berubah tiba-tiba. Sepertinya dia tidak kenal dengan Kai dan Taemin sama sekali. Dia melihat Kai dan Taemin seperti orang asing yang tidak pernah dijumpai sebelum ini.

Patutlah Kai tidak pernah menceritakan tentang kes itu kepada sesiapa pun. Chorong rasa bertuah pula apabila mengetahui dia di antara orang yang Kai percayai kerana Kai sendiri pernah menceritakan kes itu kepadanya. Kecuali tentang perihal Cikgu Yoochun yang luar biasa. Betapa rasionalnya Kai untuk tidak menceritakannya kepada sesiapa kerana dia tidak mahu mendedahkan aib seseorang.

"Cikgu Yoochun ada masalah split personality. Diri dia sekarang ialah Micky. Seorang yang sangat berbeza dengan Yoochun yang bijak dan suka membantu orang." Kata Pengetua Lee yang duduk di hadapan Chorong. Mereka sebenarnya ada sama di dalam kafe itu, sengaja menyamar dengan duduk dua meja di belakang meja Taemin dan Cikgu Yoochun. Mereka turut disertai oleh dua orang pegawai polis yang berpakaian biasa. Seorang daripadanya mendengar dengan teliti isi percakapan Taemin dan Cikgu Yoochun.

Sebaik sahaja Cikgu Yoochun mula menghunuskan pisau kepada Taemin dan Kai, dua pegawai polis itu terus menerkamnya, Inspektor Zhoumi pantas menendang pergelangan tangan Cikgu Yoochun lalu menyebabkan pisau itu terlepas. Keadaan agak huru-hara setelah para pelanggan sekitar kafe itu menyedari apa yang telah berlaku. Inspektor Henry pula ligat memulas kedua-dua tangan Cikgu Yoochun untuk digari.

"Kenapa pengetua ambil dia bekerja kalau pengetua tahu ada penyakit tu?" Tanya Chanyeol setelah menyaksikan Cikgu Yoochun ditahan.

Pengetua Lee diam sesaat sebelum menjawab. "Dia anak tiri saya." Kemudian, dia mengekori Cikgu Yoochun yang dibawa turun oleh pegawai polis tersebut.

Pantas Chorong dan Chanyeol mendapatkan Taemin dan Kai yang tampak tergamam. Pasti mereka juga tak sangka yang Cikgu Yoochun akan menghunuskan pisau ke arah mereka.

"Siapa tadi tu?" Tanya Chanyeol. "Cikgu Yoochun atau Micky?"

Taemin memandang ke arah tingkap. Matanya memandang ke bawah, ke arah kereta polis yang bersedia menunggu Cikgu Yoochun. Pada masa yang sama, Chorong juga ikut memerhatikan situasi di tingkat bawah.

"Micky." Jawab Kai. Tangannya agak terketar-ketar. "Dia tahu yang dia tidak ditangkap dan dia nak bunuh kitorang sebab kitorang saksi dia semasa dia bunuh Yoojin."

Chanyeol meletakkan tangannya di bahu Kai. "It's over. You can relax now."





"I don't understand." Nada kesal mengulit dalam kata-katanya. Bibirnya diketap menahan emosi.

"Revenge. Manusia sanggup buat apa sahaja sehingga dia rasa puas. Tak kiralah sama ada in the process, someone will be hurt or dia sendiri yang tanggung risiko, asalkan dendam telah terbalas. Diorang ingat diorang boleh duduk senang lepas dendam terbalas. But the reality is much far from that. Guilt will haunt them forever."

"As if they can feel it in the first place." Ucap Chorong perlahan. Papan kenyataan yang berada sebuah koridor menghala ke kafe masih lagi dia perhatikan. Luhan yang telah lama bersandar pada kekisi besi sebelah kanannya cuma dilihat sesaat. Sebuah kamera DSLR tergantung di leher, jemarinya lincah menekan butang dan skrin, mengubahsuai tetapan kamera tanpa melirik langsung ke arah Chorong.

Setelah mengepal-ngepal tangannya di sisi demi menahan amarah, Chorong pantas menoleh kepada Luhan. "How come dia boleh pergunakan Jonghyun dan Kibum? Worst of all, making Taemin, Kai's best friend to do his dirty work?"

"Jonghyun and Kibum had no idea at all. Diorang ingat memang betul Kai yang mencuri." Kata Luhan, kamera diubah kepada silent mode dan dia sempat mengambil gambar gadis di sebelahnya. Wajah Chorong tampak merah padam menahan rasa marah dan kesal.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now