Siasat! : Misteri Lembaga Hitam II

304 41 0
                                    

"Wei, apasal kita pulak yang kena siasat malam-malam buta ni? Dahlah kat tempat  ni ada banyak nyamuk." rungut Hayoung tidak berpuas hati. Dia menampar lengannya yang pedih digigit dengan nyamuk buas yang daripada tadi menyerangnya. Dalam hati terbit sedikit rasa sesal kerana menolak tawaran losyen penghalau nyamuk yang Chorong tawarkan pada petang tadi.

"Nak buat macam mana? Chorong yang suruh kita tengokkan tempat kejadian dulu. Kau nak kena belasah dengan dia ke?" Namjoo mengerling ke arah Hayoung yang daripada tadi menggaru-garu kedua-dua lengannya. "Haish, harap ramai je ahli lelaki tapi semua tak guna. Penakut mengalahkan perempuan."

Namjoo mendongak, memerhatikan bilik-bilik di tingkat tiga blok bangunan di hadapannya. Tiba-tiba dia terdengar irama lagu yang sayup-sayup muncul di kawasan sekitarnya.

"Eh, kenapa aku terdengar lagu kpop ni? Kau pasang lagu ke Hayoung?" tanya Namjoo. Dia pelik dari mana datangnya lagu itu. Kalau tidak silap, lagu itu lagu Iyah kerana dia selalu mendengar Chorong menyanyikannya ketika di dalam kelas.

"Hah? Mana ada! Kau jangan takutkan aku, Namjoo." Hayoung terus memeluk lengan Namjoo sambil matanya melilau-lilau.

Namjoo menyelak dedaun yang menghadang penglihatannya perlahan-perlahan dan mendongak melihatkan blok bangunan di hadapannya. Nampaknya ada lampu yang terpasang di salah sebuah bilik dari tingkat tiga. Padahal awal tadi langsung tiada satu pun bilik yang menyala terang.

Dengan pantas, Namjoo menarik lengan Hayoung lalu mengambl langkah seribu merentasi dataran perhimpunan yang memisahkan antara blok bangunan dengan tempat persembunyian mereka tadi. Dia bimbang mereka tidak sempat untuk menyiasat bilik mana yang menyala lampunya tadi. Namjoo sempat melihat lampu di bilik itu masih bernyala dan berpendapat mereka sempat bertemu dengan gerangan yang menyalakan lampu itu.

Sebaik sahaja mereka berdua sampai di tingkat tiga, Namjoo menyedari yang keseluruhan tingkat itu sangat gelap. Padahal baru sahaja tadi ada bilik yang lampunya menyala terang Dalam keadaan tercungap-cungap akibat kekurangan oksigean setelah penat berlari tadi, dia menoleh ke belakang, melihat Hayoung yang turut sama menghela nafas sambil membongkok dengan tangan di atas lutut.

"Hayoung, lampu suluh."

Cepat-cepat Hayoung menyerahkan lampu suluh kecil yang sejak tadi berada di dalam genggaman tangannya. Dalam masa yang sama, tapak kaki Namjoo perlahan-lahan menapak menuju ke bilik muzik yang berada selang dua bilik daripada tempat dia berada. Lampu suluh yang digunakan menyala terang menyinari langkahnya. Hayoung di belakang pula semakin kuat menggenggam lengan baju Namjoo.

Apabila mereka tiba sahaja di hadapan pintu bilik muzik, Namjoo menolaknya perlahan-lahan. Dia sangat yakin bahawa bilik inilah yang lampunya menyala tadi. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu menyuluh lampunya ke seluruh ruang. Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik itu setelah dia langsung tidak nampak apa-apa yang mencurigakan di dalam bilik itu. Lagipun tadi dia berasa seram sejuk dan tidak mahu berada di dalam bilik itu lebih lama.

Ting!

"Bunyi apa tu?" tanya Hayoung sebelum mereka menapak menuruni anak tangga. Namjoo membeliakkan mata.

"LARI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


"Jadi memang ada hantu lah kat situ?" Chorong mengurut dagunya. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Namjoo dan Hayoung, hantu yang mereka jumpa bukanlah lembaga hitam seperti yang ditemukan oleh kembar Jo.

"Biar betul korang ni? Tak percaya lah aku." kata Chanyeol sambil berpeluk tubuh.

"Kalau kau tak percaya kenapa kau tak pergi sendiri?!" ujar Hayoung menahan geram.

"Aku kan pembantu Chorong. So, aku kenalah setia dengan dia." Chanyeol bersandar pada sofa empuk yang dia dan Chorong duduk bersama.

"Korang betul ke tak salah dengar? Mula-mula lagu kpop then bunyi piano?" Chorong mengangkat kening tidak pasti.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon