Black Out

253 42 8
                                    

"Panasnya! Aku rasa macam kat dalam oven je!" Teriak Naeun. Tangan ligat mengipas diri yang sudah berpeluh-peluh. Dia berjalan menuju ke arah Chorong yang sedang menekan butang pada mesin pencetak. Satu demi satu kertas memuntah keluar.

"Tu lah kau, banyak sangat buat dosa. Tengok aku ni. Cool je." Balas Chorong sambil menaikkan kening. Muka berlagak.

"Chai! Sudah lah kau. Habis orang yang duduk dekat Kutub Utara tu tak banyak dosa lah? Kau buat apa tu?" Naeun bertanya sambil mata sempat melirik ke lantai. Apabila melihat keadaan di lantai, dahinya berkerut. "Kenapa Chen dengan Sehun baring kat situ?"

Pada masa yang sama, Bomi yang sedang berkipas menggunakan surat khabar, mencelah daripada kubikel nya. "Diorang dah tak tahan dah tu. Chen kata suhu kat lantai lebih rendah. Sebab tu lah diorang baring kat situ. Aku nak join tapi unnie tak bagi! Unnie jahat!"

Kerlingan Chorong membuatkan Naeun tergelak kecil sebab Bomi buat-buat takut lalu menyorokkan muka di sebalik akhbar yang dipegang.

"Aku rasa macam nak terbakar dah ni!!!!" Pekik Chen sekuat-kuatnya. Suara dia yang sememangnya 'high-pitched' membingitkan seluruh pejabat. Sehun di sebelah cuma menutup telinga dengan menyumbatkan jari telunjuk pada kedua-dua telinga. Mata sudah tertutup, langsung tidak menyedari pandangan 'serong' ahli-ahli lain.

"Naeun! Saya nak-" Kata-kata Kris terus terbantut dek terpijakkan perut Chen. Apa lagi meraung Chen sehingga hampir pecah gegendang telinga mereka semua. Terus dia terduduk sambil memegang perut.

"Kau nak bunuh aku ke Kris?! Kau tu dah la besar gedabak macam Titan! Adoi!" Chen terus meraung kesakitan setelah Kris menempeleng kepalanya. Naeun nampak 'excited' sebab Titan merupakan satu karakter dalam anime kegemarannya, Shingeki No Kyojin.

"Sayang, kenapa hari ni panas sangat? Suhu hari ni hampir 40 darjah selsius!" Maklum Kris kepada Naeun. Terus terlupa niat asal yang sepatutnya mahu mengajak Naeun keluar ke kafe. Gadis itu buat-buat tak endah, sebaliknya Chorong pula yang memberi respon.

"Biar betul? Dah macam kat gurun Sahara dah."

"Tau tak pe. Baik kita bercuti kat Gurun Sahara je." Sampuk Luhan yang tiba-tiba tercongok di depan pintu bilik Suho. Nampak sahaja Chen berguling-guling di samping Sehun yang macam sudah mati, Luhan masuk semula ke dalam bilik Suho untuk memanggil presiden agar melihat situasi yang sedang berlaku. Ngeri melihat keadaan sebegitu dan pada masa yang sama, bimbang pula dia menjadi yang seterusnya.

"Daripada bercuti kat Gurun Sahara, baik pergi Antartika." Omel Chorong yang kini menyusun dokumen yang telah dicetak. Naeun dan Kris saling berpandangan lalu mengangguk setuju. Daripada kulit terbakar, baik jadi beku.

Sesaat kemudian, Suho muncul sambil bercekak pinggang. Dahi berkerut dengan bibir berbentuk segaris. "Kenapa korang tak bawak kipas je? Air cond ni lusa baru dapat repair. Technician dia cuti."

"Kan bagus kalau kau cakap awal-awal. Tak payah kitorang semua sengsara kat sini." Ucap Chen lalu dia mengubah posisi duduk berlunjur kepada duduk bersila. "Wei!!! Baekhyun!!! Come here!!!"

"Boleh tak kau jangan terpekik terlolong kat sini?" Marah Chorong. Sudahlah dia baharu sahaja buat rawatan telinga minggu lepas. Pendengaran memang jelas sehingga dia boleh mendengar Hayoung dan Bomi berbisik-bisik di kubikel mereka.

Tapi Chen tetap Chen. Dia peduli apa.

"What?" Baekhyun muncul dengan muka masam. Pasti tidak suka akibat diganggu ketika sedang membuat kerja.

"Kau still buat kerja dalam keadaan berbahang macam ni? Gila kerja betul kau ni." Sindir Kris. Baekhyun hanya mendongak melihat Kris dengan ekspresi yang tidak dapat dibaca. Macam marah, macam 'annoying' pun ada.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now