Babysitter II

227 34 4
                                    

"Ah, mengantuknya!" Kisahnya bermula dengan Chorong menguap keletihan ketika dia sedang berjalan di koridor bangunan pejabat. Menuju semula ke pejabat setelah berlangsungnya mesyuarat ringkas. Menyesal pula dia tidur lewat malam tadi. Akibatnya terasa bagai sedang berjalan dalam tidur pula. Nasib baik dia tidak tertidur ketika menghadiri mesyuarat dengan Persatuan Pelajar Vista High tadi.

"Chorong, kalau nak menguap tu, cuba bersopan sikit. Cover mulut tu." Suho di sebelah mula menegur. Dia memegang bahu Chorong. Kepala menggeleng perlahan.

Suho tak sangka pelajar perempuan seperti Chorong langsung tidak menjaga imej. Lebih-lebih lagi jawatannya sebagai naib presiden persatuan pelajar. Sepatutnya Chorong menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar lain. Tapi, entahlah. Sikap gadis ini sebenarnya sukar diramal. Sekejap okey, sekejap tidak.

"Sorry, prez. Aku mengantuk sangat. Malam tadi terlewat tidur." Kata Chorong, sempat meminta maaf. Mata digosok berkali-kali, berharap agar ia menjadi lebih segar. Alangkah bagusnya kalau ada tilam yang empuk dan selesa sekarang ini. Boleh dia tidur sampai esok pagi.

"Kau nak balik awal ke hari ni?" Suho bertanya prihatin. Bimbang pula kalau Chorong terus memaksa diri, kesihatannya akan terganggu. Remaja seperti mereka memerlukan tidur yang cukup untuk memastikan tumbesaran yang sihat. Tadi pun, ketika mesyuarat, Suho terpandangkan Chorong yang tersengguk-sengguk dek menahan mengantuk.

"Tak apalah." Tolak Chorong. "Lagipun ada banyak lagi kerja yang nak disiapkan. Kalau dah penat sangat, aku tidur je kat sofa." Gelak Chorong ketika Suho membukakan pintu buatnya. Namun, sebaik sahaja terfikir yang dia masih perlu membuat ulang kaji, Chorong hanya mampu senyum segaris.

"Kau buat apa malam tadi?"

"Nothing. Just berkumpul dengan Naeun, Bomi, Namjoo dan Hayoung. Girls stuff." Balas Chorong ringkas. Butir selanjutnya rasanya tak perlu dibongkar. Suho tak perlu tahu hal yang tidak berkaitan dengan persatuan pelajar.

Sebenarnya malam tadi mereka  berlima berkumpul untuk membincangkan isu semasa di mana Namjoo meluahkan perasaan dan Bomi membocorkan rahsia dan Chorong yang diasak dengan ugutan agar berbaik dengan Chanyeol. Antara resolusi yang dapat yang dicapai ialah, Namjoo akhirnya dapat menerima Sehun sebagai kekasihnya. Walaupun dalam ingatan asyik muncul muka Baekhyun.

Pada masa yang sama, Bomi tidak lagi rasa bersalah terhadap Namjoo dan berjanji untuk membuatkan banyak makanan sedap buat Namjoo. (Naeun dan Chorong sempat membantah dengan mengatakan Bomi pilih kasih. Dan Bomi sudah pun menutup talian 'customer service').  Dan Chorong masih berfikir bagaimana dia hendak berbaik dengan Chanyeol di mana Hayoung mencadangkan agar Chorong mengajak Chanyeol tengok wayang. (Naeun dan Namjoo sama-sama 'boo' Hayoung dan Bomi gelak tak ingat dunia sementara Chorong tak tahu hendak cakap apa. Sebab idea itu memang teruk.)

"Oh. Kalau macam tu, aku masuk ofis aku dulu." Dengan senyuman manis, Suho berjalan masuk ke dalam bilik pejabat miliknya. Chorong tunduk hormat lalu memusing tumit untuk pergi ke biliknya sendiri.

Seperti biasa, keadaan dalam pejabat sangat bising. Bukannya dengan suara tapi daripada speaker. Kuatnya bukan main. Sekelip mata sahaja ada kelibat yang hampir melanggar. Mujur Chorong sempat mengelak. Kelibat tersebut nampaknya adalah seseorang yang berlari bagai dalam pertandingan balapan 100 meter. Dalam keadaan memakai topi keledar.

Berkerut dahi Chorong. Berlari dengan kepala tersarung topi keledar?

Beberapa saat kemudian, datang pula Naeun yang turut berlari. Nampaknya dia sedang mengejar si pelari bertopi keledar.

"Woi! Bomi! Agak-agak la nak cover bengang! Tak payah la pakai helmet aku! Helmet Chorong kan ada!" Kedengaran suara Naeun sayup-sayup di luar pejabat.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now