Percutian Musim Panas VI

283 17 1
                                    

Keesokan harinya Kai mengajak mereka semua memetik buah mandarin di sebuah dusun milik seorang penduduk di situ. Menurut Chen yang mendapat info dari penduduk sekitar, mereka tidak ubah seperti pengganti kepada pekerja dusun yang kebanyakannya sedang bercuti. Chorong tidak kisah. Asalkan dia dapat makan buah mandarin segar yang baru sahaja dipetik.

Pemilik dusun itu juga telah mengadakan sebuah tantangan buat mereka. Siapa yang paling cepat dan paling banyak memetik buah mandarin, dia akan mendapat hasil itu sendiri sebagai hadiahnya. Sudah tentu mereka semua berlumba-lumba untuk memenangkan hadiah itu. Pelik juga Chorong sebab Luhan berada bersamanya. Padahal Luhan pantang dicabar.

Sebuah bakul rotan digalas kemas di bahu Luhan yang tampaknya sudah mahir memetik buah mandarin walaupun hanya setengah jam mereka bermula. Chorong mengekori Luhan kerana lelaki itu tidak habis-habis mencarinya. Meskipun Chorong hanya hilang sekejap untuk duduk sekejap demi menghilangkan lenguh. Dia tidak nampak Chanyeol mahupun Kai. Mungkin mereka sudah berada jauh di hadapan. Kerana hanya Chorong, Luhan, Kyungsoo dan Minseok yang tertinggal di belakang.

"Man, aku benci buah oren." Bebel Minseok yang berbasi basa memetik buah itu dari tangkai dahan. Kyungsoo mengerling sekilas sebelum dia terus berjalan ke hadapan. Tangannya sibuk mengopek kulit limau lalu seulas demi seulas dia makan dengan berselera.

"I love mandarin!" Kata Kyungsoo yang kini mencapai sebiji lagi buah oren itu di dalam bakul yang digendong oleh Minseok.

"Kalau kau asyik ambik je sampai bila bakul kita nak penuh?" Tentang Xiumin.

Kyungsoo terus mengunyah sambil memandang kosong wajah Xiumin. "Kau tengok muka aku ni. Ada aku kisah?"

"Kesian lah Xiumin tu." Sampuk Luhan yang turut memakan seulas oren yang dia ambil daripada Chorong.

"No. Ini hukuman dia sebab dia habiskan Jelly Beans aku. Kenapalah kau roommate aku?!" Leter Kyungsoo tidak puas hati. Bekalan yang sepatutnya tahan hingga mereka balik ke Seoul semula nanti telah tinggal separuh. Harapnya sehari lagi tahan pun jadi lah.

"Sorry okay. Aku tak tahu itu kau punya."

"Obviously it's mine. Because it was in my bag."

Luhan pantas menarik tangan Chorong agar mereka berdua berjalan lebih pantas, meninggalkan Kyungsoo dan Xiumin bertelingkah sesama sendiri.

"Diorang tu tak bertumbuk ke?" Soal Chorong risau.

"Tak adanya. Mulut je lebih dua ekor tu. Mengalahkan perempuan." Kata Luhan lalu menurunkan bakul rotan yang telah penuh. "Dah full. Jom kita bagi kat Pak Cik Han. Lepas tu kita pergi main basikal. Nak?"

Dua buah basikal mereka telah sewa dengan harga yang amat berpatutan. Sudahlah murah, boleh guna sampai malam pula tu. Yang penting harus dipulangkan sebelum pukul sembilan malam. Jam tangan G-Shock hijau lumut di tangan Luhan di kerling sekilas oleh Chorong. Baru pukul 4.30 petang. Masih ada beberapa jam lagi untuk mereka meronda dengan basikal mereka. Luhan membuka kunci basikalnya dulu sebelum dia bukakan untuk Chorong. Sambil tersengih teruja, Luhan undurkan basikalnya lalu ditunggang.

"Aku lebih prefer motor daripada basikal." Sungut Chorong yang sengaja lambat-lambat memundurkan basikal berwarna krom itu.

"Come on la, Chorong. Exercise ah. Kau tu dah lah asyik lenjan kaki ayam je. Tak takut gemuk eh?" Perli Luhan selamba.

Chorong mengherotkan bibir. Amboi, mentang-mentang lah kena reject, suka hati dia je nak ejek orang.

"Aku rasa aku nak terima lah kau punya luahan perasaan tu. Sejak aku reject, bukan main lagi kau ye." Omel Chorong lalu menunggang basikalnya. Kedua-dua brek diuji selepas dia membunyikan loceng.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now