Percutian Musim Panas III

133 21 0
                                    

Rahangnya diketap rapat-rapat, dahinya berkerut seribu sementara tangannya terkepal-kepal geram. Bukan main mesra lagi Chorong bersama Kai. Bergelak ketawa riang sambil menunggang kuda. Kai pula dengan senyuman sinis nakal ala-ala playboy cap ayam memang mudah mencairkan hati setiap gadis yang memandangnya. Termasuk Chorong.

Hati Chanyeol berasa panas setiap kali dia teringat perbualan antara Chorong dan Bomi beberapa bulan lepas. Dia sangkakan rasa suka Chorong terhadap Kai cumalah sekadar sebagai seorang peminat. Rupanya lebih dari itu. Ada rahsia yang Chanyeol perlu tahu dan ada cerita yang Chanyeol mahu tahu tentang mereka berdua.

Walaupun Chanyeol dan Chorong merupakan teman rapat sehingga kawan-kawan menggelarkan mereka sebagai teman tapi mesra, namun, Chanyeol dapat rasakan hubungan mereka makin renggang. Lebih-lebih lagi sejak Luhan meluahkan perasaan kepada Chorong; dan juga keintiman Kai dan Chorong yang lebih ketara baru-baru ini selepas kes Kai berjaya diselesaikan.

Rasa cemburu akan bertandang setiap kali kedua-dua lelaki itu cuba mendekati Chorong. Memandangkan Chorong seorang yang agak dungu dalam soal percintaan, dia tidak sedar tindakan-tindakan halus mereka demi memenangi hatinya. Bukannya Chanyeol tidak tahu yang semua hubungan Chorong sebelum ini putus di tengah jalan punya sebab tersendiri. Setiap kali Chanyeol bertanya tentang itu kepada Chorong, jawapannya tetap sama total.

"I haven't found the right one."

Dan dalam hati Chanyeol akan menjawab. "I'll be the right one."

Usaha Chanyeol membuahkan hasil apabila Chorong mulai rapat dengannya. Mereka berdua pun sudah terlalu mesra seperti belangkas. Ke mana-mana mesti berdua. Kadang-kadang pemikiran mereka pun boleh sama.

Tapi tidak sejak munculnya Luhan dan Kai dalam perhubungan mereka.

Oleh itu Chanyeol harus cari jalan untuk memenangi dan menakluki hati gadis idamannya.

Di benak fikiran mula teringat kata-kata Kai ketika dia mula dapat tahu mengenai perasaan Kai terhadap Chorong beberapa hari lepas. Mereka berdua bersemuka dan Chanyeol memberikan amaran untuk tidak mendekati Chorong. Siapa tahu Kai melirikkan senyuman sinis seakan mentertawakannya sebelum dia berkata, "Dalam permainan ni, siapa yang mulakan dulu barulah dia yang menang."

Yang Chanyeol pun satu, pergi bagi 'silent treatment' kepada Chorong sebagai tanda protes dan merajuk tu buat apa? Bukannya dia akan pujuk pun kalau dah asyik di bawa ke sana sini. Chanyeol takkan tegur Chorong dulu sebab Chorong yang buat hal dulu. Tapi sampai bila mereka takkan bertegur? Ah,susahlah kalau ego tinggi melangit.

Dia yang sekadar duduk bertenggek di atas pagar kayu, hanya dapat menyepak-nyepak angin untuk melepas geram. Teringat lagi perbualan dengan ibunya minggu lalu ketika cuti musim panas baru bermula.

Kafe Vivapolo nampaknya sarat dengan pelanggan malam ini. Dua orang pelayan, Amber dan Luna dari tadi mundar-mandir ke meja-meja pelanggan untuk mengambil pesanan dan menghantar makanan. Sekali-sekala anak mata Chanyeol melihat-lihat ke arah pintu masuk setiap kali loceng pintu berdenting. Mana tahu kalau Amber dan Luna tak cukup tangan. Boleh juga dia bantu sikit-sikit. Lagipun Amber nampaknya tak menang tangan melayan pelanggan sehingga tali leher plaid di leher sekadar di ikat longgar bagi mengurangkan kepanasan. Luna masih lagi tampak kemas dengan apron plaid terlilit dipinggang meskipun di dahinya berbintat-bintat peluh sudah terlihat.

"Band kamu tak buat show ke malam ni?" Ibu Chanyeol, pemilik Kafe Vivapolo bertanya sambil menyusun gambar-gambar untuk hiasan di papan gabus. Wanita separuh abad itu masih kelihatan muda walaupun di hujung matanya sudah menampakkan garis kerutan halus. Apron plaid turut terikat di pinggang sementara rambut yang masih hitam kelihatan terurus dan kemas di paras bahu.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now