Interlude: I Need You Because I Love You II

162 26 1
                                    

Bonk!

Bonk!

"Bomi, stop it!" Gerutu Chorong yang matanya masih tertancap pada skrin komputer. Dia begitu fokus menekan tikus, menarik lastik permainan Angry Bird dengan hasrat untuk menghabiskan permainan itu hingga ke level terakhir bagi menewaskan Chanyeol yang juga telah hampir dengan level paling akhir.

Bonk!

Bonk!

Bonk!

GAME OVER!

Burung merah itu terlepas dan jatuh tanpa mengenai sasaran. Khinzir-khinzir hijau pula membuat bunyi bagai mengejek. Ini membuatkan Chorong marah.

"Hoi, Bomi! Boleh tak kau berhenti ketuk kepala kau kat pintu aku?"

"Sorry unnie. Aku tengah frust menonggeng ni." Balas Bomi selamba menghentak semula kepalanya ke muka pintu. Hentakan itu tidak lah sekuat mana tapi cukup untuk mengeluarkan bunyi yang mengganggu.

Ketika itu, Naeun baru sahaja mengambil setin minuman Pepsi daripada peti sejuk, melintasi bilik Chorong dan ternampak Chorong hendak membaling kasut kepada Bomi yang masih menghentakkan kepala ke pintu. Naeun yang menganggap dirinya sebagai sang perwira pun muncul demi menyelamatkan keadaan.

"Wait, Chorong! Jangan baling dulu! Aku pun nak join jugak!" Halang Naeun terus menyerbu masuk ke dalam.

"Great. Another dimwit appeared." Ejek Chorong lalu dia sarungkan semula sneakers tadi ke kaki. Sakit hati pula Bomi ada 'back up'.

"Diamlah, beng." Balas Naeun. Chorong cepat-cepat mendekati mereka berdua. Dia tahu perkataan tersebut adalah singkatan daripada kata bengong yang berbentuk hinaan dan mereka selalu menggunakannya untuk menyakat antara satu sama lain.

"What did you say?" Chorong naik angin. Mata membulat.

"Tak ada apa. Hei, Bomi, kau dah kenapa?" Tanya Naeun simpati. Dia pegang bahu Bomi yang akhirnya berhenti setelah terasa pedih di dahi. Terselit juga rasa bangga sebab kaedah Bomi itu dia juga yang perkenalkan. Kiranya Bomi ini pengikut dialah.

"Aku tertekan, kecewa, stress dan frustrated."

"GD mati ke?" Tanya Chorong spontan. G-Dragon, ahli kumpulan Big Bang telah menjadi pujaan Bomi dari dulu dan tak mustahil kalau sebab itu menjadi punca Bomi jadi sebegini.

"What? NO!" Sekali lagi Bomi hentak kepala. Kali ini lebih kuat. Membayangkan GD pengsan pun rasa macam nak mati. Apalagi kalau GD betul-betul meninggal dunia. Bomi akan pastikan dia akan melawat kubur GD pada hari itu juga.

"Wei, Chorong, look at what you've done." Jeling Naeun, sempat meneguk minumannya. Chorong pula hanya mengangkat bahu dengan muka tak bersalah.

"Lay kata, Baekhyun dengan Namjoo ada skandal."

Mendengarkan kata-kata Bomi yang mendedahkan punca rasa gundah gulana selama ini, spontan Chorong dan Naeun ketawa bersama. Bomi berhenti daripada perbuatannya dan lekas berpaling. Kelihatan Chorong sudah berbaring di lantai, ketawa bagai hendak pecah perut sementara Naeun sehingga terbongkok-bongkok dek ketawa besar. Yang peliknya, Bomi ada buat lawak bodoh ke?

"Aku ada buat lawak ke?" Tanya Bomi yang tampak keliru. Seribu garis kebingungan menghiasi dahi yang semakin memerah.

"Gila ah lawak kau. Namjoo skandal dengan Baekhyun? Kau tau tak semalam Namjoo baru –mfff-" mulut Chorong ditutup oleh Naeun tapi Chorong cubit lantas Naeun mengaduh kesakitan. "-dengan Sehun!"

"Namjoo buat apa dengan Sehun?"

Naeun buat-buat gelak. "Apalah kau ni. Kau dah salah dengarlah. Lagi satu, kau percaya cakap Lay tu? Dia kan salah seorang gossipmonger dalam ofis ni."

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now