Siapa Suka Siapa I

415 37 2
                                    

Chorong mencerun matanya, mencuba sedaya upaya untuk fokus kepada leteran guru di hadapan kelas. Mengantuk dan letih sekali dia hari ini. Dia menggosok matanya. Berharap kelopak matanya tidak terus tertutup dan terlena.

Naeun yang duduk disebelahnya menyedari kepala Chorong tersengguk-sengguk hingga hampir mengenai meja. Lekas-lekas Naeun mencuit lengan Chorong.

"Hei, kau mengantuk ke?" bisik Naeun. Matanya liar memerhati sekeliling, memastikan guru tidak menyedari mereka. Perlahan-lahan Chorong menoleh lalu mengangguk. Matanya kuyu, mulutnya menjuih.

"Kau kenal Myungsoo?" Naeun cuba membantu Chorong kekal sedar dengan membuka sebuah cerita. Chorong menopang dagunya di atas meja, mengangguk lemah.

"Dia," Naeun tunduk, sambil bermain dengan jemarinya. "mintak couple."

Mata Chorong terbeliak. Ditolehnya dengan ekspresi terkejut beruk. Tanpa disedari, perkataan 'WHAT!' keluar daripada bibirnya.

"Chorong? Ada masalah ke?" suara cikgu Uee menegurnya. Dia menoleh sekilas sebelum menyambung kembali tulisannya di papan putih.

Chorong mengusap lehernya. Tersengih-sengih menahan malu apabila semua mata tertumpu ke arahnya. Apabila semua pelajar kembali menumpukan perhatian, Chorong terus memandang Naeun, dengan mulut terlongo dan mata terbeliak.

"Budak yang hensem giler tu?" Chorong memang pantang bila terdengar nama pelajar kacak. Mulalah dirinya yang bergelar 'fangirl' itu menjerit sekuat hati. Tapi dalam hati sahaja. Tak mungkin dia hendak menjerit betul-betul, nanti dikata sakit jiwa pula.

"Yup. Budak tahun 3-2 yang kau kata 'cool' giler tu." Naeun mengangguk. Lengannya direhatkan di atas meja. Mata Chorong kelihatan bersinar-sinar.

"Budak 'cool' tu? Kelas 3-2? Satu kelas dengan Kris dan.. Ilhoon?"

Saat mendengar kedua-dua nama itu, hati Naeun mula berdebar. Tapi dia sendiri tidak pasti degupan itu untuk nama pertama atau kedua. Dia sendiri bingung dengan dirinya.

"Bila dia mintak couple?" tanya Chorong dengan rasa ingin tahu.

"Minggu lepas." jawab Naeun ringkas. Matanya fokus ke hadapan.

"So, kau terima?"

"Aku mintak dia beri masa seminggu."

"Dan, hari ini hari ke berapa?"

"Minggu lepas, masa dia mintak couple, hari Jumaat. Hari ni hari Rabu," Naeun membilang jarinya. "Oh no," Naeun memandang Chorong, matanya membulat.

"Yep, tinggal tiga hari lagi." sambung Chorong.

"Chorong.. tolong aku." Naeun memegang lengan Chorong, digoncangnya hingga Chorong setuju, kerana dia tahu Chorong memang tidak berminat langsung dalam soal cinta.

"Okay, okay. Aku nak buat apa?" Akhirnya Chorong mengalah. Bukannya dia tidak berminat dalam soal cinta, namun peristiwa yang pernah melukakan hatinya dulu membuatkan dia lebih berhati-hati.

Dan disebabkan itu jugalah,hampir separuh jejaka-jejaka di Aster High pernah kena 'reject' oleh Chorong. Dan dia juga tahu ada makhluk-makhluk dalam Persatuan Pelajar yang menaruh hati padanya.

"Siapa patut aku pilih?" Naeun memaut bahu Chorong. Kepalanya disandar ke bahu kawan baiknya.

"Kalau aku jadi kau, aku pilih Myungsoo. Muahahaha!!!" gelak Chorong. Bergegar kepala Naeundibuatnya apabila Chorong ketawa. Naeun mengangkat kepalanya, merenung Chorong tajam-tajam. Chorong sedar sekarang bukan masanya untuk buat lawak. Segera dia membuat ekspresi serius, daripada ekspresi gembira tadi.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now