Interlude : Lukisan

315 40 6
                                    

a/n: sila skip chapter ni kalau korang rasa tak selesa baca adegan yg pg-15. faham-faham je la ye. XD

Langit biru terbentang luas disertai dengan cahaya mentari melimpahi ufuk langit menyerlahkan warna jingga yang menjadi senada dengan warna biru muda. Tompok-tompok hijau dibawahnya menampakkan kontra yang begitu harmoni.

Lemah gemalai tangannya mencanting kanvas putih dengan warna-warna yang sama seperti dilihatnya. Cat biru sebagai latar belakang, jingga kekuningan mencantikkan pemandangan langit serta hijau menggantikan tanah.

Naeun rasa bahagia. Inilah kebahagiaannya selain berdozen-dozen komik yang dibaca setiap hari olehnya. Melukis membuatkan dia lebih gembira kerana dia dapat mengekspresikan rasa hatinya di atas kanvas. Biarlah tiada orang yang dapat merungkai makna disebalik semua lukisannya asalkan mereka semua dapat menyaksikan karya yang indah daripada hasil tangannya.

Klik! Snap! Kachik!

Walaubagaimanapun, Naeun rasa terganggu. Dia memejam matanya rapat-rapat berfikir patutkah dia menghalau manusia yang sibuk menangkap gambar di atas bumbung bangunan ofis itu. Dia menggenggam berus yang dipegangnya, menghela nafas dalam-dalam sebelum dia menjeling kepada Chorong dan Chanyeol di hujung bumbung.

"Wei! Pemandangan tu cantik!"

Snap!

"Chorong, cepatlah posing!"

Snap!

Baiklah, sampai di sini saja. Chorong dan Chanyeol sangat bising dan kini dia tidak lagi dapat menumpukan perhatian terhadap karya lukisannya. Dia sangka dengan mengajak mereka berdua , mereka boleh menemaninya di situ dengan suasana yang tenang dan damai. Tapi jangkaannya jauh meleset. Menyesal pula dia mengajak pasangan anjing dan kucing ini.

"Woi! Chanyeol! Kau nak kena belasah ke? Apsal kau tangkap gambar lubang hidung aku? "

Dan tawa Chanyeol sangat mengganggunya. Bingit sekali suaranya disertai dengan tabiat Chanyeol yang membongkok sambil menepuk-nepuk lutut. Chorong pula tidak berputus asa hendak merampas kamera DSLR yang sengaja Chanyeol angkat tinggi-tinggi melepasi kepalanya.

"Hei, Chorong!" Naeun memanggil Chorong yang memerhatikan Chanyeol bercakap dengan pemanggil dihujung talian telefonnya.

"Apa?" Chorong bertanya. Chanyeol pula sudah keluar daripada pintu bumbung apabila seseorang menelefonnya.

"Kau dengan Chanyeol tak boleh senyap ke?" Naeun menggigit bibir. Bimbang kalau kata-katanya menyakiti mereka berdua. Tapi wajah Chorong nampak selamba saja. Kemudian, baru Naeun teringat yang kawan baiknya seorang itu tidak makan hati.

"Erm, kalau kau nak, kitorang boleh turun." Chorong mendekati Naeun dari belakang. Tanpa Naeun sedari, Chorogn mengeluarkan iphone daripada poket blazernya dan terus menaip nombor seseorang.

"Hello? Kris! Tolong kitorang! Naeun! Cepat Kris!"

Naeun mengerut kening. Dia mencelupkan berus kecil ke dalam segelas air dan membiarkan cat pada berus itu melarut di dalam air sebelum dia menoleh, memandang wajah Chorong. Kenapa pula Chorong memintabantuan daripada Kris padahal mereka berdua jelas sekali tidak berada didalam kesusahahan sekaligus memerlukan sebarang bantuan.

"Kitorang dekat bumbung ni. Cepat sikit."

Chorong tersenyum nakal selepas dia menamatkan panggilan. Kemudian dia mengenyit mata sambil melangkah ke arah pintu, meninggalakan Naeun yang terpinga-pinga.

"Chorong, Kau nak pergi mana?" tanya Naeun. Kelakuan Chorong tadi benar-benar membuatkan dia bingung. Apa sajalah kerenah naib presiden kali ini.

Chorong memegang tombol pintu sebelum berkata, " Jangan pergi ke mana-mana." dan terus meninggalkan Naeun keseorangan di atas bumbung yang boleh dikatakan agak sunyi itu.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now