Siasat!: Misteri Lembaga Hitam III

290 44 7
                                    

Chorong menyedut air kotak epal sambil memandang pancuran air yang berada di tengah-tangah taman. Dia sempat berfikir mengenai kes yang sedang diselesaikan oleh mereka.

Dia cuba mengingat semula bagaimana karakter-karakter suspek yang telah mereka soal siasat. Bagaikan ada projektor yang memancar di dalam benaknya, memorinya bermain perlahan-lahan bermula dengan Eunkwang yang nampak ragu-ragu ketika menjawab soalan yang dilontarkan kepadanya. Walaupun Eunkwang berkelakuan pelik iaitu menggoyang-goyangkan tangan macam sotong, Chorong kira kelakuan itu sebagai cara untuk dia menghilangkan rasa bersalahnya.

Bagi Chorong, Hyoyeon mungkin tidak bersalah. Tetapi kenyataannya agak meragukan juga. Dia kata dia berlatih seoraang memandangkan rakannya Min tidak datang. Jadi, dia mungkin juga menceroboh pada malam sebelumnya.

Minwoo. Lelaki ini juga agak mencurigakan. Tuala hitam itu bagai ada kaitan dengan kes ini. Apabila Chorong teringatkan bagaimana ekspresi Minwoo ketika disoal siasat, Chorong tersenyum sendiri. Hmm... Nampaknya dia sudah dapat mengenal pasti suspek dalam kes ini. Tapi dia masih tidak mempunyai bukti kukuh. Kes seperti ini boleh di bawa kepada kes berat kerana kesalahan menceroboh kawasan sekolah dan menakutkan orang ramai.

Chorong termenung seketika,memikirkan patutkah suspek itu menerima hukuman daripada pihak sekolah? Dia mengeluh seketika sebelum melepaskan kotak minuman yang kosong ke lantai lalu memijaknya dan membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan tempat dia berdiri.

Chorong menolak perlahan pintu bilik muzik itu, petang itu dia sengaja pulang lambat untuk mengumpul bukti agar suspek yang dia syaki dapat ditangkap. Matanya melilau-lilau memerhatikan sekeliling bilik yang nampak suram dengan langsir kelabu yang menutupi tirai tingkap.

Dia menapak menuju ke arah piano yang bersaiz besar di sudut bilik itu. Ketika dia memerhatikan piano itu, dia ternampak satu kesan yang sangat ganjil. Chorong mencangkung. Benar kata Eunkwang, melihatkan bagaimana lantai parket itu tergores pada hujung kaki piano, memang piano itu berganjak daripada posisi asalnya. Kemudian dia bangun dan tersedar ada suatu kesan berwarna coklat di hujung piano. Chorong mengecilkan mata. "Inikan..."

Chorong tersenyum sendirian. Dia sudah tahu siapa yang menyamar menjadi lembaga hitam yang mendiami bilik muzik.

                                                 



"Are you sure?" tanya Luhan kedengaran ragu-ragu. Dia tidak percaya yang Chorong sudah dapat menyelesaikan kes lembaga hitam ini. Kebiasaannya, kes yang mereka siasat mengambil masa lebih kurang seminggu untuk selesai. Tetapi kes ini tidak sampai seminggu pun Chorong sudah dapat menyelesaikannya.

Chorong mengangguk yakin sambil tersenyum. "Trust me."

Luhan menyuluh lampu flash daripada telefonnya agar dapat menerangi tangga yang mereka berdua naiki. Kwangmin dan Youngmin hanya senyap mengekori mereka dari belakang. Chanyeol tidak dapat menyertai mereka kerana berlatih gig dengan bandnya. Tapi Luhan tak percaya. Pasti Chanyeol takut untuk berdepan dengan lembaga hitam yang akan mereka buru.

Chorong memulas tombol pintu dengan berhati-hati,mengharapkan dia tidak mengganggu apa-apa. Suasana dingin tiba-tiba menyelimuti dirinya. Tapi dia tetap gagahkan diri untuk terus melangkah memandangkan dia sudah tahu kedinginan itu bukanlah daripada fenomena seram itu sebaliknya adalah udara dingin pendingin hawa yang baru sahaja ditutup. Dia sangat yakin bahawa terdapat seseorang di dalam bilik itu yang telah memasang pendingin hawa. Kemudian, dia mengambil telefon bimbit lalu menyuluh lampu flash itu tepat ke belakang piano di mana lembaga hitam itu muncul seperti yang diberitahu oleh Kwangmin dan Youngmin.

Dan, tepat seperti apa yang dijangkakan oleh gadis itu, sebuah lembaga hitam tiba-tiba menampakkan diri dan mula mengilai. Chorong berundur perlahan-lahan dan dia dapat mendengar dua lelaki di belakangnya mengeluh terkejut. Dia tahu bunyi
mengilai itu cumalah rakaman yang diulang-ulang.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें