Be the Best, Beat the Rest! Okay, maybe not. II

143 21 0
                                    

Disebabkan Suho telah menolak permintaan Bomi, alamatnya terpaksalah Bomi mencari jalan alternatif yang lain. Iaitu dengan meminta bantuan daripada Sehun pula. Lega Bomi apabila permintaannya terus diterima. Dengan Sehun lebih mudah kerana pemuda itu tidak banyak cakap dan dia juga tidak banyak songeh. Mungkin sebab Namjoo pernah mengutarakan niat Bomi kepada teman lelakinya itu terlebih dulu. Namun, Bomi percaya salah satu sebab Sehun tidak menolak adalah kerana Sehun boleh luangkan masa lebih banyak dengan Namjoo. Yalah, yang hendak diajar bukan Bomi seorang sahaja tapi termasuk Namjoo.

Mulai hari itu, setiap hari mereka bertiga belajar bersama-sama di pejabat Persatuan Pelajar sebaik sahaja habis kelas. Sesi ulang kaji Bomi dimulakan dengan Chorong pada setiap pagi. Sejam sebelum kelas bermula, Chorong akan bantu apa-apa yang patut. Kadangkala, Kyungsoo juga akan singgah di kelas mereka, membawakan bekalan sarapan sebagai pemangkin semangat. Dia juga turut sama mengajar kalau Chorong tidak menguasai sesuatu topik.

Pada waktu petang pula, Bomi akan belajar subjek Matematik dahulu dengan Namjoo di dalam kubikel gadis itu. Sesekali Kris dan Xiumin akan datang menolong Namjoo sekiranya ada soalan yang tidak dapat diselesaikan. Kris dan Xiumin dengan gembira memberitahu formula matematik yang tidak lengkap atau soalan yang tersangkut tengah jalan dek tidak dapat jawapan. Bomi pernah juga terfikir untuk minta mereka berdua sahaja yang mengajar. Namun, agak mustahil peranan itu untuk dilaksanakan sebab mereka sendiri sangat sibuk. Kris sudah jarang masuk ke pejabat kerana selalu pergi mesyuarat audit dengan pentadbiran sekolah. Xiumin pula sentiasa berada di dalam bilik rawatan. Katanya dia buat ulang kaji di situ sambil menguruskan bilik rawatan.

Jadi, hanya bersama Namjoo sahajalah dia bisa belajar. Sementara mereka belajar, Sehun akan tidur terlebih dahulu. Apabila dia bangun, barulah dia bersedia untuk mengajar. Alasannya, belajar memerlukan otak yang segar dan sedia siaga. Barulah Bomi tahu kenapa Chorong tidur dulu setiap pagi dia sampai ke kelas. Kasihan dia tidak dapat tidur kebelakangan ini sebab hendak mengajar Bomi.



Bergegas Bomi ke pejabat dan mahu terus ke kubikelnya untuk mengulang kaji. Dia tidak mahu lagi membuang masa kerana masa sudah terlalu suntuk. Tinggal tiga hari lagi sebelum peperiksaan!

Pintu loker dia buka dengan kelam kabut, terlupa yang dia sekadar mencampakkan buku-buku rujukan semalam, apabila dia buka saja pintu itu, semua buku-buku itu jatuh bertaburan ke lantai.

"Alamak! Time aku nak cepat lah dia nak jatuh pulak." Omel Bomi sendiri seraya buku-buku itu dikutip pantas.

Bagaimanapun, selepas dia letakkan semula buku-buku itu ke dalam loker, dahinya berkerut. Terdapat sebuah buku yang sememangnya bukan miliknya dan dia pasti dia tidak meminjam buku sesiapa kerana dia telah memulangkan semua buku yang dia pinjam pagi tadi.

Muka depan buku itu berwarna hitam dan ada kertas putih tertampal di hujung bahagian tepi buku. Tertulis 'Science' dalam tulisan bersambung yang ditulis dengan marker biru.

Pintu loker dia tutup semula sementara buku itu di bawa masuk ke pejabat. Bomi berjalan menuju ke kubikelnya dengan penuh persoalan dan cuba berfikir siapakah gerangan yang meletakkan buku itu ke dalam kubikelnya. Adakah seseorang sengaja meninggalkan buku itu di dalam lokernya atau seseorang itu terlupa yang dia meletakkan buku itu di dalam loker Bomi?

Apabila disemak buku itu helai demi helai, tiada satu pun nama pemilik buku itu tercatat. Setiap halaman penuh dengan soalan dan jawapan subjek sains untuk tahun dua.

Bomi dekatkan kerusinya ke kubikel sebelah dan kelihatan kepala Kai terlentok di atas meja. Tidak mahu mengganggu Kai yang tampak sudah lena, Bomi mengalih pandangan ke arah Chanyeol. Pada masa yang sama, Chanyeol tersedar bahawa Bomi sedang memandang ke arahnya. Mulutnya sedang terkumat-kamit sambil tangan memegang sebuah buku teks. Nampaknya dia sedang menghafal sesuatu.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon