Siasat: Curiga Cinta I

534 45 6
                                    


"Uwah!" Bomi mengambil sehelai kertas yang berlipat daripada kotak peti cadangan di sebelah loker. "Permintaan pertama untuk tahun ni!"


"Hah? Ye ke?" Luhan mendekati Bomi setelah menyimpan beg galas MCM ke dalam lokernya. Dia meninjau daripada belakang Bomi yang lebih rendah daripadanya.


"Siapa penghantarnya?" tanya Hayoung sambil menutup pintu lokernya yang terletak di bawah loker Suho.


"Cikgu Gain?" Sebut Bomi, membuka lipatan kertas lalu membacanya seribu tanda tanya tertulis di riak wajahnya. Luhan yang berdiri di sebelah Bomi turut memegang kertas itu dengan sebelah tangannya. Mukanya berkerut. Seorang cikgu meminta bantuan Persatuan Pelajar? Tidak pernah lagi seorang guru meminta pertolongan Persatuan Pelajar selama setahun persatuan ini ditubuhkan.


"Saya nak minta tolong pada awak semua. Saya ada masalah peribadi ni. Saya cuba untuk selesaikan sendiri tapi saya terlalu sibuk. Jadi, petang ni saya akan singgah dekat ofis awak semua. Love, Ga In." Luhan memandang Bomi, Bomi memandang Luhan. Pelik! Masalah apa pula ni?


"Hei, Luhan kau tak takut ke peminat kau serang kau?" Hayoung tiba-tiba muncul di hadapan Luhan dan Bomi. Luhan hanya tersenyum, memahami maksud Hayoung. Begitulah Luhan sebagai salah seorang senior paling popular di Aster High. Para peminatnya cukup pantang jika melihat Luhan dekat dengan perempuan. Pernah satu kali seorang perempuan diugut kerana pernah rapat dengan Luhan. Tapi yang peliknya mereka tak berani pula serang ahli perempuan Persatuan Pelajar.


"Bak sini surat tu. Aku nak tunjuk kat Chorong." Hayoung menadah tangan kanannya.Luhan dan Bomi serentak menghulurkan surat itu kepada Hayoung. Hayoung terbeliak namun bibirnya mengukir senyum kecil. Kelihatan Bomi tersipu-sipu dan Luhan hanya melemparkan senyuman.


"Mana cikgu Ga In ni?" Chorong mundar-mandir di dalam ofisnya. Kedua-dua tangannya disisipkan ke dalam poket blazernya, memanaskan telapak tangan yang semakin sejuk dek suhu rendah pendingin hawa.


Chanyeol dengan hoodies bercorak military duduk di atas sofa yang terletak di sebelah pintu. Matanya fokus kepada telefon bimbit di tangan. Menyentuh skrin untuk mmbuka aplikasi mesej. Namun, tumpuannya mula hilang. Dia mengerling ke arah Chorong yang masih lagi tidak penat berulang-alik di hadapannya.

"Kau boleh duduk tak? Pening aku tengok kau pusing-pusing satu bilik."

Chorong menjeling. "Ye lah, aku duduk. Tepi sikit." Chorong mendekati Chanyeol lalu cuba untuk duduk. Memandangkan saiz badan Chanyeol yang agak besar disebabkan oleh ketinggiannya, hampir separuh sofa dua tempat duduk itu dipenuhi badannya. Chorong terpaksa menolak pahanya agar dia dapat memberikan sedikit ruang untukk Chorong.

"Chorong! Cikgu Ga In cari kau." Kepala Lay tiba-tiba timbul dari bingkai pintu. Dan, ketika itu juga tangan Chorong masih berada di atas paha Chanyeol. "Opss, sorry, ter'kacau' orang tengah dating pulak."

Tergelak Chanyeol apabila Chorong menunjukkan penumbuk kecilnya kepada Lay yang menjelir lidah. Comel pula naib presiden ini bila marah. Sebab itulah dia suka menyakat Chorong.

Cikgu Ga In masuk ke dalam ofis Chorong dengan keletak keletuk kasut tumit tinggi lima inci yang dipakainya. Serentak Chorong dan Chanyeol bangun lalu tunduk hormat. Chanyeol menjemput Cikgu Ga In untuk duduk di atas sofa di hadapan mereka.

"Jadi apa masalah cikgu?" Tanya Chanyeol sebaik sahaja Cikgu Ga In melabuhkan punggung. Chorong hanya memerhati disebelahnya.

Cikgu Ga In memandang ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada orang lain berada didalam bilik itu selain mereka bertiga. Dia menundukkan badannya ke depan. Chanyeol dan Chorong juga bertindak sama agar dapat mendengar apa yang hendak dikatakan dengan lebih jelas.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now