Percutian Musim Panas I

142 18 0
                                    

Sudah naik bosan Kai menanti keputusan akhir mesyuarat tergempar Persatuan Pelajar sempena cuti musim panas. Masing-masing hendakkan cadangan mereka diterima, namun, satu pun tak boleh pakai. Lay misalnya mahu mereka semua bercuti ke New York. Ingat pergi Amerika tak pakai duit ke? Kalau semua ahli kaya-raya tak apa juga. Kalau kaya pun mak bapak punya duit, bukannya duit sendiri. Hayoung pula asyik sebut pasal Busan. Katanya dia pernah bercuti di Busan dan pantai di sana sangat cantik. Baekhyun lagi best. Dia kata, "Belakang rumah nenek aku ada air terjun! Aku gerenti kalau korang semua pergi sana, bukan setakat korang dilimpahi semburan air terjun, malah dilimpahi dengan kasih sayang!"

Yang peliknya Lay nampak macam berminat. Pelipis yang mula rasa berpinar Kai pijit perlahan. Kalau macam ini lah keadaannya, baik dia pergi perpustakaan dan cari spot untuk lelapkan mata. Rimas betul kalau terlampau riuh begini. Tambahan pula, kini mesyuarat ini dah jadi macam dalam pasar. Bising sangat dengan suara-suara yang tak berhenti-henti mencadang, menyokong, mengkomen, menyampuk dan membantah.

"Kalau macam ni lah gayanya, sampai tahun depan pun kita takkan dapat bercuti sama-sama." Omel Kyungsoo. Dia juga turut mengurut pangkal hidung. Keningnya yang tebal tampak hampir bercantum.

"Baik aku bercuti sorang-sorang kat rumah pak cik aku nanti." Balas Kai. Dia angkat topi cap Stussy hitam di kepala untuk menggaru kepalanya yang sedikit gatal. Apabila dia letakkan semula topinya itu di kepala, terasa macam dirinya di perhatikan pula. Spontan dia menoleh ke arah aura gerangan manusia yang memandangnya.

Ketika itulah dia menyaksikan pandangan Suho yang tampak teruja melihatnya. Agak takut juga perasaan Kai saat itu kerana Suho macam hendak membahamnya. Senyuman di bibir lelaki itu tampak menakutkan pulak dengan gigi taring yang kelihatan menyeringai.

"Guys! Kita akan bercuti ke Jeju!" Umum Suho kuat-kuat lantas mematikan semua keriuhan dan kebisingan di dalam bilik mesyuarat itu. Semuanya terdiam.

'Krik~ Krik~ Krik~' Notifikasi telefon Hayoung berbunyi dan spontan semua mata memandangnya. Hayoung telan air liur lalu berundur jauh ke belakang.

Kemudian barulah Chen berteriak teruja, menyalakan suasana riang dalam bilik mesyuarat yang kelam itu. "Yay! Jeju!"

Akhirnya suasana bising semula macam dekat parti. Kai tepuk dahi. Alamatnya nanti pak ciknya akan punya ramai tetamu cuti panas ini.



Suho telah menyewa sebuah bas pelancong memandangkan bapanya punya kenalan yang menguruskan perkhidmatan pelancongan. Jadi, secara tak langsung kos perjalanan dapat dikurangkan dan lebih banyak bajet untuk digunakan ketika di Jeju nanti.

Bas itu luas dengan tempat duduk untuk 30 orang serta berhawa dingin. Memandangkan mereka cuma ada tujuh belas orang di dalam bas yang boleh memuatkan sehingga 30 orang, masing-masing menakluki dua tempat duduk sementara Kris pilih bahagian belakang sekali dengan alasan untuk merehatkan kakinya yang panjang. Sanggup dia bergaduh dengan Naeun semata-mata hendakkan kerusi di situ. Tapi akhirnya dia mengalah juga. Naeun dengan gembira mengalas kepala Kris di riba sambil lelaki itu berbaring di atas kerusi. Padahal, Kris pun nampak macam gembira sangat-sangat.

Pendingin hawa pantas dihalakan ke wajah sebaik sahaja Chorong melabuhkan punggung di kerusi di bahagian tengah. Sebelah tangan menarik buka langsir biru gelap yang menutup tingkap. Seorang demi seorang naik ke dalam bas, bunyi bising bualan tenggelam timbul dek radio yang dipasang kuat. Kedengaran gelak tawa Chen dan Baekhyun yang masing-masing menggendong beg galas dan papan skate di bawah ketiak. Mereka berdua berjalan perlahan-lahan di antara tempat duduk sambil mata meliar mencari tempat duduk yang kosong. Lebih tepat lagi yang selesa.

"Apasal tak letak kat bonet?" Tanya Bomi kepada Baekhyun apabila teman lelakinya itu berjalan untuk mengambil tempat di belakangnya.

"No way. Skate ni lagi mahal daripada sebuah kapal terbang. Limited edition dan siap ada sign daripada Bro Jun.K. lagi. Cool tak?"

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now