Babysitter III

218 30 5
                                    

"So," Kai yang bersandar pada sofa dengan selamba menggeliatkan tangan serta badan. Terasa seluruh knot urat yang kejang mula terurai. "Juni ni sepupu kepada Namjoo. Dan kau pulak yang kena jaga sekarang sebab Namjoo nak carikan ais krim untuk budak ni."

"Tepat dan betul." Chorong mengiyakan kesimpulan yang di utarakan. Kemudian mata dikerling sekilas pada telefon bimbit Chanyeol yang ada pada Juni. Angka 4.00 jelas kelihatan meskipun font terlalu kecil untuk dicerna mata. "Tapi mana pulak Namjoo ni. Dah dekat sejam dah ni. Tak cair pulak ais krim tu nanti."

"Aku tak rasa dia belikan ais krim." Chanyeol menambah. Lantas pemuda itu memandang Chorong yang menggigit jari sambil merenung lantai. Pasti Chorong sedang memikirkan sesuatu. "Aku rasa dia melencong."

"Aku pun rasa macam tu." Kai turut bersetuju sebelum dia bangun dan menggeliat lagi. "Aku kena pergi dulu. Aku baru teringat yang Kyungsoo ada suruh aku buat rondaan."

Chorong mendongak. Wajah jelas menunjukkan air muka hairan. "Aik? Bukan tugas rondaan ni tugas Sehun ke? I thought this is his week?"

"Memang pun." Kai menapak ke arah pintu. "Since dia pun hilang entah ke mana, aku pulak yang kena gantikan dia. Kalau aku jumpa dia nanti, memang nahas budak tu."

"Good luck!" Tempik Chanyeol lengkap dengan lambaian tangan. Namun, dia dapat merasakan Sehun yang lesap secara misteri itu sedang berdating dengan ‘romantiknya’ bersama Namjoo di supermarket. Pasti mereka sedang bergembira mencedok ais krim sambil suap-menyuap. Berfikirkan tentang itu membuatkan Chanyeol menggigil ‘ketakutan.’ Sehun tak mungkin boleh jadi romantik macam tu. Mustahil.

Chorong sempat mengetuk kepala Chanyeol kerana dia telah mengejutkan Juni yang sedang khusyuk bermain dengan telefon Chanyeol. Terbeliak mata Juni melihat Chanyeol. Bimbang pula kalau Juni melalak. Tapi nasib baik Juni tak menangis. Bagus betul Juni tak banyak ragam.

Sejurus Kai hilang daripada pandangan, telefon Chorong berdering lantang. Bagai mengetahui identiti si pemanggil, tanpa melihat nama pemanggil,  panggilan lekas di angkat.

"Hello, Namjoo! Sampai bila aku nak jaga Juni?!" Sergah Chorong tiba-tiba. Tidak mengira etiket menjawab panggilan. Lagipun wujud pula etiket menjawab panggilan.

Namun, Namjoo tetap menjawab tenang. "Ais krim tak ada lah. Sekarang ni aku tengah dekat mall."

"What?! Kau buat apa kat sana? Kau dengan siapa?" Suara Chorong seakan melenting. Tapi sebenarnya dia cuma terkejut.

"Aku nak carikan ais krim lah. Lagipun stok makanan aku dah nak habis. Alang-alang, beli lah sekali." Jawab Namjoo selamba.

"Haha. So clever." Perli Chorong. Nada suara terus mendatar.

"Anyway, aku dengan Sehun sekarang. Dan kalau kau rasa bosan jaga Juni kat dalam ofis tu, kau boleh bawak dia pergi taman permainan. Dia suka main gelongsor." Cadang Namjoo.

"Amboi. Kau ingat aku ni babysitter dia ke? Hei! Namjoo! Jangan matikan panggilan sebelum aku habis bercakap la! Argh!"

"Okay." Chanyeol teragak-agak untuk meneruskan bicara apabila Chorong nampaknya sedang menahan berang. Chorong kalau tengah marah, lagi diusik, memang makin bengis. Sudahlah hubungan mereka masih belum diperbaiki. Chanyeol tidak mahu menambah api ke dalam bara. "Now what?"

Nafas dalam diraih lalu dilepas dan Chorong beransur tenang. "Jom pergi taman permainan."

"Yay!" Sahut Juni gembira. Chanyeol terpegun. Nampaknya Chorong yang tidak pernah mahu pergi taman permainan mengalah jua.

                                                                                        
Sampai sahaja di sebuah taman rekreasi yang letaknya di tengah bandar metropolitan Aster, Chorong tidak terus berdampingan dengan Chanyeol dan Juni. Sebaliknya, dia senyap mengekori dari belakang. Membiarkan Chanyeol memimpin tangan Juni di hadapan. Dia tidak mahu di salah sangka sebagai pasangan berkahwin yang sudah mempunyai anak. Sudahlah mereka masih memakai uniform sekolah. Pasti mak cik- makcik gosip akan mengatakan bukan-bukan tentang mereka.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now