Siasat! : Misteri Lembaga Hitam I

346 36 1
                                    

"Lepas tu kan," Luhan membeliakkan mata bagi menambahkan saspens. Telefon bimbitnya yang mengeluarkan cahaya kelam di dekatkan ke muka agar wajahnya menampakkan efek seram. Chorong dan Bomi sudah saling berpelukan, manakala Chanyeol menggenggam kuat baju Baekhyun dengan tangannya yang terketar-ketar.

"Wei, Chanyeol! Lepaskanlah tangan kau tu! Koyak baju aku!" Baekhyun sempat menjentik tangan Chanyeol.

"Tak nak!" Chanyeol menggeleng berulang kali. Tidak mungkin dia hendak melepaskan tangannya saat cerita ini hendak sampai ke kemuncaknya!

Baekhyun menepuk dahi apabila melihatkan Chanyeol yang berbadan besar itu sangat penakut rupanya. Ini belum lagi Tao yang mendengar cerita hantu sebegini. Pasti Tao sudah melalak-lalak sebelum cerita dimulakan lagi.

"Lembaga hitam tu terus ikut perempuan tu."

"Unnie! Aku takut!" Bomi menutup matanya. Dia memeluk Chorong kuat-kuat sehingga hendak patah belulang Chorong dibuatnya.

"Lepas tu, WARGHHH!!!!!"

"AAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!"

"HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!"

Mata Luhan terkebil-kebil,"Eh, kenapa korang tak jerit?" Dia merasa pelik apabila cubaannya untuk menakutkan mereka berempat langsung tidak berjaya. Sebaliknya mereka nampak terkedu dan saling berpandangan.

"Lagi satu, siapa pulak yang jerit tu?" Luhan memandang wajah mereka satu persatu bermula daripada Chorong hingga Chanyeol. Pada ketika matanya tertancap kepada Chanyeol, tidak semena-mena dia dan Chanyeol menjerit serentak diikuti oleh Baekhyun, Chorong dan Bomi.

"Wei, bingitlah!" Naeun menutup telinganya dengan telapak tangan. Sebelah tangannya menyelak selimut berwarna hitam yang menutup kubikel Luhan. "Chorong, budak kembar ni nak jumpa kau, Unit siasatan."

"Hah?" Chorong nampak terpinga-pinga. Nampaknya dia masih belum 'pulih' sepenuhnya daripada 'histeria' tadi. Bomi terus bangun dan menyepak punggungnya sebelum Chorong terus bangun untuk 'membalas dendam'.

"Kau apsal sepak 'ass' aku hah?!"

"Aku sepak sebab nak sedarkan kau lah! Tu, ada orang nak jumpa kau!"

Chorong menoleh. Tiba-tiba dia menudingkan jarinya bersungguh-sungguh kepada pasangan kembar yang berdiri di belakang Naeun. Mulutnya ternganga.

"Korang ke yang jerit tadi?" Luhan turut berdiri, sama-sama membuat aksi yang serupa dengan Chorong. Kecuali Luhan tidak mengangakan mulut luas-luas seperti Chorong.

"Memang diorang pun yang jerit. Diorang main rempuh je ofis. Pastu tiba-tiba jerit kuat-kuat." ucap Naeun. Dia sendiri tidak faham kenapa pejabat Persatuan Pelajar hari ini sangat bingit dengan jeritan suara jantan.

"Sudahlah. Merepek je cerita kau, Luhan. Baik aku masuk bilik aku." kata Baekhyun dengan berlagaknya. Padahal, dia sendiri seorang penakut. Sama sahaja seperti Chanyeol. Dia melangkah keluar daripada kubikel Luhan lalu menuju ke  biliknya.

"Hei, hei, kau pun jerit jugak kan tadi?!" pekik Luhan tidak puas hati. Baekhyun yang baru hendak memulas tombol pintu biliknya menoleh ke belakang lalu membuat wajah hodoh sambil menjelirkan lidah.

Mahu saja Luhan membelasah wajah hodoh Baekhyun tapi di tahankan sahaja niatnya memandangkan ada pelanggan yang perlu dilayan. Walhal, tadi sebenarnya Baekhyun yang paling kuat menjerit diantara mereka berlima.

"A-aku nak ikut Baekhyun lah. Bye-bye!" Chanyeol cepat-cepat berdiri dan hendak melangkah keluar tetapi belakang kolar  bajunya sempat ditangkap oleh Chorong.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now