Eyeliner

343 38 5
                                    

Baekhyun memerhatikan pantulan imejnya di hadapan cermin yang terlekat di tepi dinding loker milik Kai. Dia merapikan kolar kemejanya sebelum menyapu debu ilusi di kedua-dua bahunya. Dia mengundur ke belakang beberapa tapak, matanya menjeling ke arah jam di atas kubikel belakang. Jarum jam berdetik tepat menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Ruang pejabat masih sunyi disebabkan masing-masing suka datang lambat. Lebih-lebih lagi Chen dan Kris. Mereka berdua memang selalu lambat masuk ke kelas atau pejabat. Alasan mereka kadang-kadang memang tak masuk dek akal.

Kris selalunya akan mengatakan kakinya tidak ada mood  untuk berjalan. Hmph, mentang-mentanglah kakinya panjang. Dan apa kena mengena kaki dengan mood? Kaki pun ada perasaan ke?

Chen pula selalu memberi alasan  fangirl menghalangnya keluar daripada kelas. Alasan lapuk itu sering disangkal oleh Luhan kerana Luhan percaya dia mempunyai lebih ramai peminat daripada seluruh ahli AHSC. Pernah satu kali sebuah survey diadakan dan Luhan mempunyai peminat daripada hampir separuh populasi pelajar di Aster High. Luhan juga sangat tidak berpuas hati dengan cara halus Chen untuk menyindirnya kerana dia tahu Chen memang suka mengenakan orang.

Baekhyun mendekati semula cermin di hadapannya. Suasana pejabat pada pagi ini sangat sunyi kerana hanya ada Kyungsoo dibilikya, Chanyeol yang entah ke mana dan dirinya sendiri yang berangan di depan cermin. Ini semua salah Chanyeol. Sepatutnya dia masih berada di depan cermin di dalam bilik di rumahnya. Bukannya terperuk di dalam ofis pada awal pagi sebegini.

Selalunya mereka hanya akan bertolak ke sekolah pada pukul 7.30 pagi daripada rumah, tapi hari ini Chanyeol mahu pergi lebih awal pula. Ini menyebabkan dia menggelabah sehingga dia terlupa untuk mengenakan sesuatu yang penting pada dirinya. Dia juga terpaksa mengalah kepada Chanyeol disebabkan jejaka tinggi lampai itu yang memandu. Lagipun kereta Impreza berwarna kuning hitam itu milik Chanyeol. Kyungsoo yang turut sama menumpang juga pada mulanya mahu membangkang keputusan Chanyeol untuk tiba awal ke sekolah hari ini tapi dia hanya mampu bersabar kerana dia mahupun Baekhyun tidak mahu berjalan kaki ke sekolah yang jauhnya hampir 20km itu.

Dia meraba saku blazernya, mencapai sebatang objek menyerupai sebatang pensel. Dia menggunakan celak berwarna hitam itu untuk menggaris bawah garis matanya. Selesai sahaja dia merias matanya, dia memerhatikan semula imej dirinya. Kini wajahnya nampak lebih garang. Baginya, hanya dengan memakai celak sahaja  matanya yang sepet dan kecil itu akan nampak lebih besar. Lagipun, ramai peminat menyukai penampilannya yang memakai celak.

Baekhyun berjalan semula menuju ke bilik ofisnya sambil memutar-mutar celak pensel itu dicelah jarinya. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik ofisnya, dia meletakkan celak kesayangannya itu di atas meja lalu dia melabuhkan punggung di hadapan komputer. Kemudian, dia membuka sebuah laman web sosial  untuk memeriksa 'mention' daripada para pengikutnya.

                                                                 

Bomi memerhatikan wajahnya di hadapan cermin kecil yang dipinjam daripada Hayoung. Dia menampar pipinya beberapa kali sambil merengek sehingga mendapat perhatian daripada Chorong dan Naeun yang duduk di barisan belakang.

"Kau dah kenapa?" tegur Chorong sambil menendang belakang kerusi Bomi, menyebabkan Bomi terus berpaling ke arahnya lalu berkata,"Unnie busuk." dan terus mendapat satu lagi sepakan di kerusinya.

Naeun tergelak sebelm wajahnya kembali serius. "Kau dah kenapa, Bom?"

"Eyeliner..." Bomi menjuihkan bibirnya, kemudian, menekan kedua-dua bhagian bawah matanya dengan jari telunjuk sehingga wajahnya tampak sangat hodoh dan buruk di mata Naeun dan Chorong.

"Hilang?" tanya Chorong ringkas. Bomi memulangkan semula cermin yang dipinjamnya kepada Hayoung yang duduk di hadapan. Lalu, dia memusingkan kerusinya menghadap Chorong.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now