Siasat! : Baju Koyak I

345 37 6
                                    

Satu sepakan ke kiri dan tiga tendangan padu di tengah. Sempurna bagi melemahkan target. Dengan membayangkan muka Chanyeol yang menyebalkan, beg tinju itu Chorong tendang sekuatnya. Baru puas hati!

Sebaik sahaja kelas terakhir usai, gadis itu tidak terus masuk ke ofis, sebaliknya pergi ke gimnasium untuk berlatih.  Tahun ini dia terpilih lagi untuk menyertai pertandingan Judo peringkat kebangsaan. Tahun lepas dia bergelar juara jadi tahun ini juga dia memasang impian sama. Selain mendapat piala pusingan dan sijil penyertaan, juara juga dijanjikan wang tunai sebanyak RM5000 yang mana Chorong anggap sangat lumayan. Makin bersemangat dia untuk turut serta tahun ini kerana wang hadiah tahun ini dikatakan meningkat kepada RM6000! Wah, ini tak boleh jadi! Chorong mesti dapatkannya.

"Sorry, Chanyeol sebab gunakan muka kau kat beg tinju tu. Salah kau sebab semalam kau curi kaki ayam aku." Chorong bermonolog kemudian berdekah sendiri.

Sedang gadis itu berangan-angan naik ke pentas untuk menerima hadiah, tiba-tiba dia terasa bagai ada orang lain yang sedang berjalan di luar bilik latihannya. Bunyi itu bergema kuat memandangkan dia terlupa untuk menutup pintu bilik latihannya. Chorong tidak mahu menoleh kerana hati kecilnya terselit rasa takut. Mana tahu kalau-kalau sebaik dia toleh, bukan wajah manusia tapi muka yang menakutkan ketawa menyeringai.

Bunyi tapak kaki itu datang lagi dan Chorong terus memejamkan mata, mencuba untuk mengenal pasti arah tapak kaki itu. Tapak kaki itu semakin dekat dengannya lantas menjadikan dadanya berdebar-debar. Dia cuba tenang dengan menarik nafas. Kali ini dia yakin yang sememangnya makhluk itu adalah manusia berdasarkan wangian yang terapung di udara. Itu wangian maskulin dan mustahil hantu menggunakan minyak wangi sebegitu.

Dan apabila bahunya disentuh, tanpa menoleh belakang, dia terus menarik lengan orang itu melepasi bahunya lalu terus membongkokkan badan, mengimbangi berat badan 'lawan' dengan belakang badan. Boleh tahan juga berat badan 'lawannya'. Pasti dia lelaki. Chorong membantingnya ke hadapan dan lantai parket itu berdentum.

Gedebuk!

"Adoi!!!" Suara itu menjerit kesakitan. Mungkin sakit yang amat sangat.

Chorong terus membuka mata dan tergamam sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan. "Oh my God!"

                                                 

                    

"Kuat lagi kau rupanya."

Chorong sempat menjeling sebelum membuka tab minuman soda yang diberikan oleh lelaki itu. Rasa air berkarbonat yang melimpah turun ke tekaknya amat menyegarkan. Dia sempat mengelap peluh di dahi dengan lengan baju uniform judonya. Baju itu ala-ala baju taekwondo tapi berwarna biru gelap dengan pinggangnya diikat dengan tali pinggang hitam.

Teringat pula dia kisah dulu. Semasa mereka sama-sama berlatih dulu, bukan sekali dua lelaki itu pernah dibanting. Banyak kali. Tapi dia tetap melemparkan senyuman yang sama. Senyum yang melemaskan Chorong.

"Thanks for your compliment, Minhyun." Jeling Chorong lagi kepada Minhyun yang duduk bersandar pada dinding. Lelaki itu juga memakai baju yang sama dengannya, berwarna putih dengan tali pinggang hitam. Mereka berdua duduk di salah sebuah deretan bangku panjang yang tersusun dari atas ke bawah, mengelilingi gelanggang bola keranjang yang terang benderang.

"Tadi pasukan Aster High menang." Tutur Minhyun sambil memerhatikan beberapa orang pemain bola keranjang berlatih. Tin minuman yang sama dengan Chorong dia letak disisi sebaik sahaja selesai diteguk.

"Vista High kalah?" Tanya Chorong bagai berminat. Padahal, dia terasa sesak di dada. Dia turut meneliti lelaki tinggi lampai memasukkan bola ke dalam jaring. Berdasarkan rambut blonde serta kakinya yang panjang, dia dapat meneka bahawa lelaki itu adalah Kris walaupun dia dan Minhyun duduk di kerusi paling atas.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now