Obsesi yang Menjadi Kegilaan

424 40 4
                                    


Jarum jam menunjukkan angka dua tepat. Bomi bergegas menuju ke pejabat Persatuan Pelajar sambil menaip status dalam telefon pintarnya. 'Today's gonna be fun! Sebab kejap lagi ada perang besar! Bestlah!'

"Hantar!" sebut Bomi sendiri. Dia berjalan pantas melintasi kelas tahun 3-1 apabila tiba-tiba saja dia terdengar suara seorang lelaki memanggilnya di sebalik pintu belakang.

"Nak pergi ofis?" tanya Sehun yang menjongketkan kaki bangku ke belakang, menampakkan kepalanya di balik pintu.

Bomi mengangkat muka daripada terus memandang skrin telefonnya. "Yup. And why?"

"Kejap." Kepala Sehun hilang daripada pandangan dan tiba-tiba muncul bersama tangan yang menghulurkan sebuah fail hitam.

Bomi mencapainya lalu bertanya, "Apa ni?"

"Bagi kat Kyungsoo. Ini markah kebersihan yang aku check untuk hari ini."

"Oh, markah tahun tiga ye." Bomi menyelak kulit keras fail itu. Beberapa helai kertas berconteng pen merah terselit di dalamnya. Sehun mengangguk.

"Okay, aku pergi dulu!" Lambai Bomi. Dia perlu segera ke pejabat atau dia terlepas suatu perang besar!

                                           



Sehun menyerahkan fail hitam keras itu kepada Bomi. Dia tidak boleh datang awal ke pejabat kerana ada sedikit tugasan yang diberikan oleh cikgu Hyori. Terpaksalah dia singgah ke perpustakaan bersama dengan Kai lepas ini. Dia memang tidak suka pergi ke perpustakaan dan sebenarnya dia mahu mengajak Luhan ikut bersamanya tapi Luhan perlu menguruskan sesuatu dengan Suho. Akhirnya dia mengajak Kai kerana dia tahu Kai sangat gemar ke perpustakaan bukan untuk mencari buku tetapi untuk mencari ketenangan aka tidur.

Gadis bertubuh rendah di hadapannya sempat menyelak fail keras yang dihulurnya. "Apa ni?"

"Tolong bagi kat Kyungsoo. Ini markah kebersihan yang aku check untuk hari ni."

Penat juga Sehun meronda setiap kelas pada setiap pagi untuk mengisi markah kelas mana yang paling bersih. Biasanya kelas yang memperoleh markah tertinggi akan memenangi piala pusingan. Manakala kelas dengan markah terendah akan didenda membersihkan tandas satu sekolah. Sebenarnya kelas dia sendiri juga tidak terkecuali pernah didenda membersihkan tandas yang jumlahnya lima tandas di setiap blok! Bayangkan blok bangunan di Aster High ada lima buah dan setiap tandas itu perlu dibersihkan dalam masa lima hari.

Tapi Sehun tak pernah kisah. Kerana dia salah seorang ahli persatuan pelajar Aster High. Ahli persatuan pelajar tidak perlu ikut serta sekiranya didenda. Pernah juga ada pelajar yang cuba merasuahnya ketika dia meronda sekeliling blok. Alang-alang orang hendak memberi duit, dia ambil saja. Boleh buat modal bet atau belanja ahli persatuan pelajar minum.

Sehun akui bahawa posisi mereka sebagai ahli persatuan pelajar amat dicemburui oleh para pelajar yang lain disebabkan oleh keistimewaan mereka.

Antara keistimewaannya ialah, mereka boleh ponteng kelas tanpa dihukum, bebas menggayakan pelbagai fesyen di sekolah,  boleh keluar dari kelas sesuka hati, dan banyak lagi perkara yang mustahil boleh di lakukan pelajar di Aster High. Namun, sebenarnya bukan calang-calang orang yang dapat menyertai persatuan pelajar.

Apa yang Sehun ingat, kriteria yang diperlukan adalah yang pertama, tentulah pencapaian akademik. Kebiasaannya, Chorong bersaing dengan Tao dan Chen di tahun dua. Baekhyun dan Suho pula bersaing dengan Kyungsoo dan Xiumin di tahun tiga.

Kriteria kedua: Aktif dalam sukan. Setahunya, Bomi dan Namjoo aktif dalam sukan besbol. Kris pula dengan bola keranjang dan Luhan dengan bola sepak kegemarannya. Manakala, Tao dan Xiumin masing-masing pernah menyandang juara wushu dan taekwando peringkat nasional.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now