Why Not?

311 38 5
                                    

Sebagai seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan Pelajar Aster High, Suho bersikap serius dalam menjalankan tugasnya. Seboleh-bolehnya dia mahu menjadi seorang ketua yang komited, bertanggungjawab dan amanah. Kadangkala disebabkan terlalu banyak perkara dan tugas yang perlu diselesaikan, dia sampai lupa untuk menguruskan diri sendiri.

Seringkali juga Luhan yang merupakan pembantunya menasihatinya agar menjaga diri dan tidak mengabaikan kesihatan dirinya. Ini kerana, dia kerap tertidur di dalam bilik pejabatnya sehingga Luhan jadi bosan akibat kerapkali terpaksa mengejutkannya.

Pernah juga Suho hadir ke sekolah dalam keadaan demam panas kerana perlu menghadiri satu mesyuarat penting. Akhirnya dia jatuh pengsan sebelum mesyuarat dimulakan dan mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga Suho sembuh. Lebih malang lagi, Suho terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Xiumin yang merawatnya. Tapi, dia rasa terharu apabila semua ahli persatuan pelajar melawatnya di hospital. Ya, di hospital. Kata Chorong, hanya itu saja cara untuk Suho dapat berehat sepenuhnya kerana menurut Luhan, Suho memang pantang kalau kerjanya masih belum disiapkan. Jadi untuk menghalang Suho daripada terus membuat kerja, hospital lah tempat yang sesuai untuk dia berehat.

Jika Suho terlepas waktu makan ketika di kelas dan tidak sempat untuk ke kafe bagi menjamah makan tengah hari ketika di pejabat, Luhan dengan baik hatinya (Suho tahu kadang-kadang Luhan hanya hendak membodek) akan membawakan makanan yang berkhasiat untuknya. Suho tahu di sebalik perangai Luhan yang gila itu, dia sebenarnya seorang yang prihatin.




Suho masih ingat lagi pada hari dia hadir ke sekolah selepas dua hari dia di hospital. Ketika itu dia sedang menyiapkan kertas kerja sebelum tiba-tiba Luhan meluru masuk ke dalam pejabatnya dengan memakai topeng Iron Man. Di tangannya terdapat sebuah kotak makanan dan flask minuman.

"Untuk aku?" Suho mengangkat muka dengan wajah yang ceria. Dia langsung tidak hairan dengan Luhan yang hendak menjadi Iron Man kerana dia sudah terbiasa melayan kerenah pembantu itu. "Wah! Terharunya!"

"Tak payah nak terharu sangatlah. Orang sakit macam kau kena makan ubat. Aku Iron Man, tak kan jatuh sakit macam kau dan tak perlu makan ubat yang pahit belaka tu."

Suho memuncungkan bibir. Sempat lagi Luhan mengejek dirinya yang baru sahaja sembuh. Apabila menyedari Suho seakan merajuk, Luhan meletakkan kotak makanan dan flask minuman itu di atas meja dengan wajah simpati.

"Lay buatkan teh herba khas dari China. Nasi goreng ni Bomi yang buatkan."

"Terima kasih." Suho senyum semula. Sayang juga ahli persatuan pelajar kepadanya.

"Kau patut utamakan kesihatan kau dulu sebelum perkara lain. Chorong dengan Chanyeol kan boleh tolong kau. Tengok keadaan kau. Teruk giler." leter Luhan lalu melabuhkan punggung di kerusi yang menghadap Suho.

"Well, shit happens. They occur unexpectedly."

Luhan mengerling sebelum mengejek,"Yeah,yeah. You look like a fresh godzilla poop coming out from his butthole. You asshole."

"Godzilla does not exist. And at least its still fresh. The shit."

Suho menghirup teh suam itu dengan perlahan-lahan. Aroma herba jasmin yang dihidu sangat menenangkan. Dia juga sempat melihat wajah Luhan yang mencebik selepas dia membuka topeng Iron Man nya.




Walaupun begitu, Suho sebenarnya rindu. Dia rindu untuk bergurau senda, bermain-main dan membuat bising. Semenjak dia berada di posisi presiden, dia mengingatkan dirinya supaya menjaga kelakuan dan mengawal diri. Dia mengingatkan diri bahawa dia merupakan contoh kepada pelajar lain. Oleh itu, dia perlu menjadi seorang yang matang dan berdisiplin.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now