Siasat! : The Innocent Stealer III

133 22 0
                                    

Kepala pili dipulas dengan gopoh sebelum air jernih yang kuat berbau klorin mencurah turun daripada bibir pili. Terdapat palitan noda pada hujung baju disebabkan oleh kepingan kimchi yang terjatuh daripada penyepit ketika dia sedang makan tadi. Oleh itu, sesudah makan, Chorong terus bergegas ke deretan paip di belakang blok kafe, meninggalkan Tao dan Hayoung yang masih menjamu selera, sempat menyuruh mereka masuk ke pejabat dulu sebelum dia menyusul kemudian. Lengan blazer dia singsing hingga ke siku lalu dia bawakan hujung baju yang kotor tadi kepada air yang masih mengalir laju. Pantas dia gosok sehingga kotoran itu semakin lama semakin pudar.

Pili ditutup dan Chorong ramas bahagian yang basah tadi hingga kering. Habis berkedut fabrik itu dibuatnya.

Apa-apa sajalah. Lagipun, tinggal lebih kurang dua jam saja lagi menjelang masa untuk pulang ke rumah.

"Hei," Chorong menengadah ke hadapan, ke arah suara yang menegurnya. Kelihatan Kai berjalan menuju ke arahnya dari taman bunga. Pakaiannya tidak nampak kemas seperti biasa. Maksud Chorong, kalau biasanya Kai akan pakai T-shirt yang bersarungkan blazer di luar dan kepalanya wajib ada topi cap. Tak kiralah warna apa atau corak apa sekalipun.

Tapi hari ini Kai tak pakai topi. Hari ini juga Kai tak sarungkan blazer. Sebaliknya pemuda itu sekadar mengenakan T-shirt maroon polos yang ditarik kedua-dua lengan hingga menampakkan otot triseps. Rambutnya serabai macam tidak bersikat dari pagi.

"Hei," Tegur Chorong kembali, senyum lebar ditahan agar tidak kelihatan ketara. Dia tidak mahu Kai tahu yang dia sangat gembira dapat lihat Kai hari ini. Sudah dua hari tidak bersua muka. Rindu pun ada.

"What are you doing?" Kai bertanya. Dia kemudiannya berdiri di bahagian deretan pili bertentangan dengan Chorong. Tangannya memulas pili.

"Bersihkan sisa kotoran." Hujung nada suara Chorong tenggelam saat Kai membongkok bagi membasuh sebahagian kepalanya. Air pili yang jernih itu terus membasahi rambut.

Chorong melongo sekejap. Oh, Tuhan. Rasanya macam tak cukup oksigen. Berkesempatan juga dia mengagumi saat-saat di mana Kai mengangkat kembali kepalanya, air menitis dari hujung rambut. Setitik demi setitik.

Alamak, adakah dia sudah terlalu fanatik? Obses mungkin?

"Kau masih tak balik lagi? Setahu aku community service dah tamat sejam lalu." Chorong sengaja ubah topik sebelum angan-angannya memakan diri. Moga-moga Kai tak perasan yang dia merenungnya!

"Baru je habis. Aku tak faham kenapa aku seorang je kena tahan dan buat kerja ekstra." Adu Kai yang kedengaran letih. Bawah mata tampak lebih gelap berbanding biasa. Pasti dia kurang tidur.

"Mesti memenatkan. Trust me. Aku pernah kena jugak." Balas Chorong spontan.

"Atas kes apa?"

"Hahahahaha..." Takkan Chorong nak cakap sebab terbelasah teman lelaki? Eh, bekas teman lelaki. Buat malu saja. Nasib baik si Minhyun itu pun sudah memaafkannya.

"Do you have time?" Tanya Kai. Rambutnya di lap dengan sapu tangan. Chorong rasa macam nak hentak saja kepala dekat pengadang batu yang menghalang mereka. Sebabnya, Chorong lihat Kai ini dah macam supermodel. Walaupun sebenarnya dia memang model.

"I- I think so." Jawab Chorong gugup sebab semasa Kai lap bahagian belakang tengkuk, ternampak pula hamparan kulit perang menawan di bahagian klavikel!

"Jom lepak kat taman kejap," Ajak Kai. "Aku pergi beli air dulu. Kau boleh tunggu aku kat bawah pokok sana."

"Okay." Chorong setuju selepas Kai menunjuk ke arah pokok yang dia maksudkan. Pokok rimbun yang Kai maksudkan sebenarnya pernah menjadi tempat Chorong dan kawan-kawannya meluangkan masa selepas habis kelas sebelum mereka menyertai Persatuan Pelajar. Namun, sejak bergerak aktif dengan persatuan pelajar, mereka tidak lagi menjejakkan kaki ke situ.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang