Hari Valentine III

273 36 10
                                    

"Kau bagi benda ni je?" Soal Chanyeol dengan muka berlagak, jari memegang bungkusan coklat bagai memegang benda jijik. Tanpa mengetuk pintu, dia melangkah masuk ke dalam bilik Chorong untuk melihat Luhan ada bersama. Makin berapi hati Chanyeol.

Mereka berdua dalam posisi yang sangat intim bagi Chanyeol meskipun pada dasarnya Chorong dan Luhan cuma lah duduk bersebelahan disebabkan Luhan sedang menunjukkan sesuatu pada iPad miliknya kepada Chorong. Hayoung juga berada di situ tapi dia duduk di celah-celah Chorong dan Luhan, memisahkan mereka berdua dengan kepala yang terjojol di depan skrin tablet. Ini kerana hanya Hayoung seorang sahaja yang memilih untuk duduk bersila di atas karpet sedangkan Chorong dan Luhan melabuhkan punggung di atas sofa empuk.

Pada masa yang sama, Chorong mendongak lalu mencerunkan mata. Dia sangat kenal dengan bungkusan tersebut. Memang dia kenal pun sebab coklat itu adalah hadiahnya kepada semua ahli AHSC tanpa mengira pangkat, jantina dan hubungan.

"So?" Chorong mula naik angin. Tak patut betul Chanyeol pegang hadiah berharga itu macam sampah yang jijik. Luhan di sebelah meletakkan tablet di atas meja kopi sementara mata Hayoung terkebil-kebil melihat Chanyeol alih-alih menyerbu masuk. Mentang-mentanglah pintu bilik ofis Chorong terbuka luas.

Chanyeol mula merasakan kemenangan berpihak kepadanya saat melihat wajah Chorong mulai merah menahan berang. Gadis itu nampak comel pula apabila marah.

"You should give me more special present than this cheap chocolate!" Ujar Chanyeol tapi mata sempat melirik kepada Luhan yang hanya menggeleng kepala. Sengaja dia mahu melihat reaksi Luhan.

Pantas Chorong berdiri, tidak mengira perhatian Luhan dan Hayoung kepada mereka berdua. Kemudian dia membentak, kaki melangkah laju ke arah Chanyeol yang berdiri memeluk tubuh di tengah-tengah bilik. "Aku dah bagi tu tolonglah bersyukur!"

"Setakat coklat macam ni je?" Chanyeol tidak menafikan yang Chorong memang benar-benar marah. Tak pernah sekalipun gadis itu menjegilkan matanya sehingga nampak kapilari saluran darah pada bebola matanya. Memang menyeramkan. Tapi 'cute.'

"Kalau kau tak nak, bak sini!" Chorong cuba mencapai coklat itu tapi dihalang oleh tangan Chanyeol. Dia mula mengepal-ngepal penumbuk di sisi setelah Chanyeol dengan kening terangkat dan senyum sinis seumpama mengkeji dirinya.

"Kau ikhlas ke tak ni?"

Dalam hati, Chorong mula bersumpah seranah. Chanyeol ini sudah macam Belanda minta tanah gamaknya. Chorong tahu lelaki ini memang cuba mempermainkan dia. Dia takkan sesekali mengalah. "Kalau aku tak ikhlas aku tak kan bagi. Now, give me back since you didn't want it."

Bibir Chanyeol mengukir senyum herot. Ego Chorong yang tinggi memang sukar untuk diruntuhkan. Sama lah seperti tembok keegoan nya sendiri. "Siapa cakap aku tak nak coklat ni? Aku cuma mempersoalkan kenapa aku tak dapat hadiah yang lebih special."

Chorong menggigit bibir. Nafasnya turun naik. Penumbuk memang telah bersedia untuk dilancarkan. Menanti masa sahaja menghentam target. Chanyeol memang nak kena!

Pada masa yang sama, Hayoung dan Luhan bergegas mendapatkannya. Saat Hayoung hendak memegang bahu Chorong untuk menenangkannya, Chorong terlebih dahulu menendang kelangkang Chanyeol. Chanyeol pun menjerit kesakitan lalu terjelepok ke lantai. Berguling-guling dia menahan ngilu di bahagian sensitif itu. Hayoung dan Luhan hanya melihat Chanyeol dengan muka kaget bercampur kasihan.

"Get Out!!!"

Terpaksalah Hayoung dan Luhan memapah Chanyeol keluar daripada bilik Chorong. Mereka mendudukkan jejaka tinggi lampai itu pada kerusi dalam kubikel milik nya. Mujurlah kubikel Chanyeol hanya di depan pintu bilik Chorong.

"Bapak ah, sakit macam nak mati!" Gerutu Chanyeol. Tangan meletakkan bungkusan coklat tadi di atas meja.

"Padan muka kau. Sengaja cari pasal dengan Chorong." Ejek Hayoung yang duduk pada kerusi Kai. Kai tidak berada di kubikel mereka. Entah ke mana pula dia.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now