Siasat! : Baju Koyak III

330 39 7
                                    

Mendadak rasa curiga Hayoung terhadap Ren. Orang lain punya lah bersabar, beratur mengikut giliran untuk membeli makanan. Dengan sewenang-wenangnya lelaki itu memotong barisan dan terus ke kaunter. Seorang lelaki berkaca mata tebal yang membuntutinya hanya mampu membongkok kesal, memohon maaf berulang kali kepada pelajar lain. Rasa bersalah jelas tercermin pada wajahnya.

Baru sahaja Hayoung hendak menyudu sup sayur ke dalam mulutnya, terdengar sedikit kecoh riuh dan kepala Hayoung terus naik, tidak jadi mahu menghirup. Dilihatnya dari kejauhan, Ren sedang memarahi lelaki berkaca mata itu. Lelaki itu hanya tunduk memandang tanah, langsung tidak menjawab balik. Tangan disisi sudah terkepal-kepal namun dia tetap senyap.

"Kesian betul." Tutur Hayoung simpati. Langsung hilang selera makannya. Pelajar-pelajar lain sudah mengerumuni mereka tapi sesaat kemudian, Baekhyun dan Kyungsoo muncul untuk meleraikan keadaan. Seorang pelajar dengan uniform judo putih menarik Ren dan lelaki berkaca mata pergi dari situ.

Naeun di hadapan sendawa kenyang dan Hayoung memandang rakannya itu dengan pandangan tidak senang. Inilah salah satu sisi hodoh Naeun yang berjaya dikaburi daripada mata umum. Naeun hanya akan tunjuk belang kalau bersama dengan kawan-kawan rapatnya sahaja. "Tak senonoh betul."

"Kenyang!" Naeun menggosok perutnya yang sedikit buncit dengan sengihan lebar.

"Aku kenyang pun tak ada sendawa macam kau." Kutuk Namjoo selamba lalu menelan bubur panas.

"Yah, apasal sejak kau couple dengan Kris, kau dah semakin berani dedahkan sisi hodoh kau?" Sampuk Bomi tiba-tiba. Jari tetap setia pada skrin tablet, melayari akaun laman sosialnya.

Naeun senyum semacam dan Chorong disebelah terasa seram sejuk tapi tak berkata apa-apa. Sebaliknya tenang menikmati bubble tea blueberry.

"Sebab Kris buatkan aku sedar. Aku tau aku cantik tapi perangai aku agak tak cantik. Tapi dia tetap terima aku walaupun itu kekurangan aku."

"Ey, jiwangnya..." Ejek Namjoo.

Naeun menoleh ke arah Namjoo dan mempamerkan muka menyampah. "Aku tahu kau jeles!"

"Tak ada pun." Balas Namjoo selamba.

"Jealous..."

"Tak."

"Ye..."

"Tak."

"Ye."

"Tak."

"Ye!"

"Tak!"

"Ugh, unnie! Boleh tak hentikan diorang berdua ni?" Rungut Bomi sambil muncung sedepa. Tak senang hendak melayan orang chatting dengannya.

Kemudian Naeun dan Namjoo mula perang mulut. Hayoung hanya mampu menggeleng. Tiba-tiba Chorong yang senyap dari tadi bangun daripada tempat duduknya, membuatkan Naeun dan Namjoo terdiam. Bomi hanya mampu mengekori Chorong dengan anak matanya.

"Unnie nak pergi mana?" Bomi berbisik kepada Hayoung.

"Aku pun tak tahu." Hayoung cuma mampu melihat Chorong berjalan keluar kafe di mana Ren dan lelaki tadi dibawa pergi.

                                                                                 

Semalam dia dapat tahu yang Ren telah membeli baju baru dan menyangkutnya di dalam loker. Dia pasti Ren tidak akan menyimpannya di dalam loker di bilik persalinan kerana di situ sudah tidak lagi selamat. Sudah habis hancur baju di dalam loker itu dia rabakkan beberapa hari lepas. Jadi loker peribadi lebih selamat.

Suasana kelam kerana guruh sudah berdentum tanda hujan akan menyembah bumi bila-bila masa saja. Laluan disitu sunyi sepi kerana kebanyakan pelajar sudah pulang ke rumah kecuali pelajar yang menghadiri kelas lewat petang. Pintu loker itu dibuka dan tangannya menyeluk saku uniform judonya untuk mengeluarkan sebilah pisau lipat.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now