Percutian Musim Panas V

129 19 2
                                    

Ketika Hayoung sedang menapak menuju ke chalet mereka selepas melepak dengan Kyungsoo dan Tao, dia ternampak Chanyeol termanggu seorang diri di tingkat bawah chalet yang didiami. Tersenyum dengan niat hendak mengusik, Hayoung senyap-senyap berjengket sehinggalah dia berada betul-betul di belakang Chanyeol. Hajat baru hendak menerkam bahu Chanyeol tapi ternampak pula pantulan imej Chanyeol yang tersengih di sebalik skrin telefon yang dipegangnya.

"Nice to meet you too." Sindir Chanyeol bersama senyum sinisnya.

"Aish, aku baru nak buat surprise." Keluh Hayoung yang kemudiannya mengambil tempat di sebelah Chanyeol.

"Too bad. Aku dah nampak kau dulu sebelum kau datang sini." Kata Chanyeol bersenandung ceria.

Hayoung memuncungkan bibir apabila usikannya tidak menjadi. Chanyeol ini kadang-kadang peka juga dengan sekelilingnya. "Kau buat apa kat sini? Kenapa tak tidur lagi?"

"Kau pulak kenapa masih kat luar tengah malam buta ni?" Dalih Chanyeol sengaja bertanya balik. Kemudian dia sengaja menggerak-gerakkan keningnya. "Kau dating eh?"

"M-mana ada. Aku lepak je lah. M-makan ais krim dengan Kyungsoo. Dan Tao." Akui Hayoung gugup. Hujung kaki tanpa sedar menguis-nguis tanah. Menyibuklah Chanyeol ni. Mengalahkan Luhan.

Chanyeol senyum puas apabila mendengarkan jawapan Hayoung. Tebakannya tepat mengena. "Kalau macam tu kau lupakan jelah yang aku mintak tolong dengan kau."

"Eh? Apasal pulak?" Sebelah kening Hayoung terangkat. Hari itu dia yang beria-ia sangat minta tolong suruh beritahu keberadaan Chorong kalau gadis itu tampak mencurigakan.

"Nanti ada orang jeles." Usik Chanyeol lagi. Senyum nakalnya terus terbit.

"Ish, kau ni kan. Sama je macam Xiumin. Tak habis-habis sakat orang." Kata Hayoung lalu menolak kasar bahu Chanyeol.

Chanyeol ketawa. Puas hati dapat mengusik Hayoung. "Saja je lah kau ni. Sensitif sangat apahal?"

"Yelah. Aku sensitif. Kau tak." Hayoung mengalah dulu.

"Sebenarnya aku tengah panas hati ni. Chorong dengan Luhan baring-baring kat sini tadi dengan bestnya. Tak ajak aku pun. Sebab tu aku lepak sini sorang-sorang. Pekena angin laut sedap jugak. Sejuk."

"Heh, ye ke? Aku tak tanya pun." Balas Hayoung. Apabila Chanyeol sekadar senyum kepadanya, dia tahu dia sudah menang.

"Kau dengan Hoya macam mana?" Pertanyaan Chanyeol itu membuatkan Hayoung terdiam. Bagaimana Chanyeol boleh tahu tentang Hoya? Adakah perasaan Hayoung pada Hoya mudah dibaca? Atau Hayoung pernah menceritakan tentang jirannya itu kepada Chanyeol? Entahlah. Dia sendiri tidak ingat.

"Well, dia dah ada girlfriend. So, melepaslah aku." Beritahu Hayoung. Senyumnya ketat. Perit juga menelan kenyataan itu. Disebabkan Hayoung selalu sibuk dengan hal persatuan pelajar dan pelajaran, masa yang diluangkan untuk bersama Hoya semakin berkurangan sekaligus menjarakkan hubungan persahabatan mereka.

Dahi Chanyeol mula berkerut. Dia menggaru belakang telinga. "Dia dah ada girlfriend? Setahu aku setiap hari kau cuba nak pikat dia and tetiba dia dah ada girlfriend?"

"Bila masa pulak aku pikat dia!" Gelabah Hayoung dibuatnya. Macam tu rupanya pandangan Chanyeol terhadapnya. "Aku cuma nak berkawan dengan dia ajelah."

"Hari-hari buatkan bento untuk dia tak kira pikat ke?"

"Aku nak balas balik la. Dia selalu hantar makanan kalau parents aku tak ada kat rumah." Balas Hayoung cuba mempertahankan sebab sebenar. Walhal memang niat Hayoung mahu memikat Hoya melalui hasil air tangannya yang tidak seberapa.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now