Siasat: Curiga Cinta III

370 50 0
                                    

Pagi itu, Chorong sengaja lambat masuk ke kelas setelah sengaja menjenguk keadaan di pejabat Persatuan Pelajar Aster High tadi. Macam biasa, Kyungsoo terperuk di dalam ofis, Namjoo sibuk mengunyah biskut dan Kai sedang melakukan push up di tengah-tengah lorong. Lupakan saja kerenah ahli AHSC. Sekarang Chorong sedang berada dalam misi penting. Ya, dia memang sengaja lambat masuk ke kelas. Bukanlah niat dia untuk ponteng kelas. Namun, kelibat cikgu Eunhyuk daripada kafeteria lebih menarik perhatiannya. Pelik! Menurut cikgu Ga In, kebiasaannya, cikgu Eunhyuk akan membawa dua gelas kopi daripada kafeteria. Tapi hari ini hanya segelas kopi ada di tangannya.

"Aik? Beli untuk diri sendiri je? Mana untuk cikgu Ga In?" Bisik Chorong sendiri. "Tak kan dah jatuh miskin?" Dia berpura-pura menggunakan telefon awam. Matanya melirik ke arah cikgu Eunhyuk yang sedang menuju ke blok pejabat.

"Hei, kau tak bawak phone ke? Sampai nak kena guna telefon awam?" suara garau Chanyeol betul-betul mengejutkan Chorong. Hampir-hampir sahaja gagang telefon itu terlepas daripada genggamannya. Chorong menoleh, didapati Chanyeol tersengih semacam, meletakkan sikunya di atas telefon awam. Mentang-mentanglah tinggi lelaki itu 185cm, Chorong terasa kerdil pula dan memang Chorong nampak kecil saja disisi Chanyeol.

"Aku tengah spy ni." kata Chorong dalam nada berbisik.

"Time kelas?" soal Chanyeol. Dia menjongket kening. Ditolak kaca mata yang hendak menuruni batang hidungnya.

"Aku tengah curiouslah. Curious."

"Apa-apa je lah. Aku nak masuk kelas dulu. Bye-bye."

Baru sahaja Chanyeol hendak melangkah pergi, Chorong terlebih dahulu menarik lengannya.

"Kau buat apa kat sini hah?" Chorong bertanya dengan rasa curiga. Bola mata Chanyeol tertuju kepada tangan Chorong yang memeluk lengannya. Nampak sangat Chorong tidak mahu melepaskan Chanyeol di mana pegangannya dirasakan begitu ketat.

"Kau memang tak nak aku pergi ke?" usik Chanyeol, tersenyum nakal, sengaja menuding lengannya yang dipeluk kemas. Chorong terus tersedar lalu melepaskan lengan Chanyeol. Pipinya sedikit merah.

"Okay, aku pergi dulu." Cepat-cepat Chorong mengatur langkah, meninggalkan Chanyeol yang semakin lebar senyumnya.

Tiba-tiba iphone milik Chorong memainkan lagu menandakan mesej masuk. Terus saja jarinya menyentuh skrin, membuka aplikasi mesej. Nama 'Creepy Chanyeol' muncul di atas ikon sampul surat berwarna kuning.

'Jumpa kat ofis nanti. Hari ni aku belanja minum.' baca Chorong sendiri. Serentak dia menoleh ke belakang, terlihat kelibat Chanyeol yang membelakanginya, dengan telefon bimbit di genggamannya, berjalan menuju ke kelasnya di tingkat atas. Chorong tiba-tiba senyum sendiri.

Chorong mencerun matanya, menjadi juri bagi penampilan Bomi. Bomi tampil dengan jaket 'hoodie'nya lengkap dengan cermin mata hitam dan penutup mulut menyerupai mulut beruang.

"Kau macam baru lepas hisap gam tau tak. Kecuali penutup mulut tu." ujar Chorong selamba, sambil memeluk tubuh.

"Well penampilan aku lebih kepada artis terkenal yang mengelakkan dirinya daripada diambil gambar." Bomi melakukan aksi seperti orang menolak kamera, tapi tangannya hampir-hampir menolak kepala Chorong. "No camera, please."

Chorong menggeleng kepalanya. Bomi pula mengusap kepalanya yang pedih setelah diketuk oleh Chorong dengan penumbuk buku limanya. Lalu Chorong terus masuk ke dalam kereta, diikuti Bomi ditempat duduk belakang. Tawa Chanyeol masih kedengaran saat kereta yang dipandu mula memasuki lebuhraya, apabila Chorong dan Bomi bergaduh mengenai watak lelaki yang memegang watak utama dalam sebuah drama korea.

"Argh!!! Aku tak boleh sabar lagi!" Chorong meramas rambutnya. Habis serabai rambut lurus itu.

"Baru dua jam kot. Rilekslah unnie ni." Bomi menyampuk. Chanyeol melirik ke cermin sisi, dilihatnya wajah Bomi seakan mengejek Chorong. Chanyeol cuba menutup mulut, cuba menahan gelak.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKOnde as histórias ganham vida. Descobre agora