Tragedi Pembersihan

291 39 9
                                    

Semenjak Suho memberhentikan makcik cleaner, semua ahli AHSC terpaksa membersihkan sendiri pejabat mereka. Suho fikir keputusan itu akan membawa faedah dan kebaikan kepada seisi AHSC tapi lain pula yang terjadi. Dia fikir ahli AHSC akan menggunakan kerajinan mereka menjalankan tugas itu kepada persekitaran yang lebih bersih a.k.a bersihkan ofis sendiri dan jangan nak harapkan makcik cleaner saja. Sudah banyak kali Suho memberitahu mereka agar tidak terlalu bergantung makcik cleaner namun mereka tetap berdegil.

“Tugas makcik cleaner memang untuk bersihkan ofis kan? So, apa masalahnya?” Rungut Chorong ketika mereka mengadakan mesyuarat tempoh hari. Mesyuarat itu diadakan supaya Suho dapat mendengar suara majoriti yang menyokong cadangannya.

“Memanglah. Tapi niat aku nak bagi korang semua rajin. Aku dah tak nampak korang bersihkan ofis sendiri sejak aku ambil makcik cleaner tu berkerja.”

“Betul tu. Aku sokong dengan cadangan Suho. Ahli Aster High School Student patut pandai jaga kebersihan.” Sokong Xiumin sambil tersengih sendirian. Melihatkan reaksi lelaki berpipi tembam itu nampak beriya-iya, Suho tahu bagai ada sesuatu yang telah dirancangnya tapi Suho tak ambil kisah. Asalkan dia sudah ada penyokong.

“Ini tak adil. Kau patut panggil semua ahli masuk mesyuarat.” Sampuk Chanyeol pula. Dia curiga dengan Suho yang hanya memanggil ahli tertinggi sahaja yang masuk mesyuarat. Bagaimana pula dengan yang lain?

Chorong di hadapannya memberikan cap jempol tanda setuju. Pelik, Chanyeol dan Chorong bersatu hati pula dalam nak menbangkang ni. Biasanya asyik bertekak selalu.

Suho dapat mengesan atmosfera di dalam bilik mesyuarat itu semakin tegang kerana dia dapat melihat Baekhyun dan Lay mengangguk setuju dengan pernyataan Chanyeol. Bilik yang sejuk dengan pendingin hawa itu Suho rasakan darjah selsiusnya semakin naik. Jadi lebih baik dia tamatkan mesyuarat sebelum pendapat majoriti menjadi pendapat minoriti.

“So, aku anggap semua dah setuju dengan cadangan aku. Meeting dismiss. Semua berambus.” Ucap Suho tanpa melayan sebarang komen. Dia keluar daripada bilik mesyuarat sebelum diikuti ahli yang lain. Kedengaran omelan dan bisikan daripada ahli lain tapi dia tidak peduli. Asalkan dia dapat menjalankan niatnya.

                                                 

“Apasal kau nak berhentikan makcik cleaner tu? Kesian dia jadi penganggur.” Protes Chen.

Kertas-kertas daripada buku latihannya itu digumpal dengan perasaan penuh geram lalu dilempar tepat mengenai dahi Suho. Dia tidak peduli kalau tindakan itu biadab atau kurang ajar, Suho tidak sepatutnya memberhentikan makcik cleaner yang baik hati itu. Bukan itu sahaja, keputusan itu dibuat secara tiba-tiba dan dia langsung tidak tahu. Menurut Baekhyun, hanya ahli tertinggi sahaja yang dipanggil berbincang mengenai hal itu. Ini tidak adil!

Bagaikan patung, Suho langsung tidak memberikan reaksi, sebaliknya membiarkan dirinya dikelilingi gumpalan kertas yang berterabur di sekelilingnya. Suho faham Chen cuma mahu menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Jadi dia membiarkan saja apa yang dilakukan oleh Chen walaupun sekarang dia sudah tidak nampak lagi skrin komputernya yang diselubungi dengan gumpalan kertas.

“Wei, jangan buat kotor dalam bilik mesyuarat la!” Marah Kyungsoo yang baru saja masuk ke dalam bilik mesyuarat sambil membawakan beberapa buah folder untuk Suho. Dia paling pantang kalau orang membuat kotor. Lagipun sebagai exco unit cleanliness and hygiene, dia patut peka dengan kebersihan.

“Ni semua salah presiden!” Tegas Chen dalam nada berang lalu membentak keluar daripada bilik itu. Sempat lagi dia berlanggar bahu dengan Kyungsoo sehingga folder-folder itu hampir terjatuh. Mujurlah Kyungsoo dapat mengimbanginya.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now