Spot Check I

326 47 2
                                    

Lay menghempas kasar badannya ke kerusi empuk dalam ruang biliknya. Kerusi beroda itu mengeluarkan bunyi keriut halus, menampung berat badan Lay yang tidak seberapa. Sambil mengeluh, dia menarik kerusinya dekat dengan meja, jari kurus mula menekan tetikus, membuka laporan yang di hantar oleh Hayoung.

Lay menutup mata, menggeleng kepala dan mengeluh lagi.

'Seriously? 120 kes salah laku dalam masa sebulan? Apa nak jadi lah dengan pelajar Aster High.' Keluh Lay.

Dia rasa tertekan. Sebagai ketua unit disiplin, semua tanggungjawab mengenai salah laku pelajar jatuh di bahunya. Semakin hari, semakin ramai pula yang berani melanggar peraturan. Dia tidak mahu reputasi Aster High yang berprestij tercalar disebabkan kecuaiannya.

'Ah, esok aku nak lancarkan spot check bersepadu satu sekolah.' Tekad Lay.

Dia keluar dari bilik, menuju ruang bilik Suho yang berada di paling hadapan pejabat. Dia mengetuk daun pintu yang terdedah lalu masuk setelah Suho memandangnya.

"I need your help." Kerusi di hadapan meja Suho dia tarik. Suho terkelip-kelip melihatnya tapi terus cuba mengukir senyum.

"Apa yang aku boleh tolong?"

"Aku nak Persatuan Pelajar tolong aku buat spot check esok." Jelas Lay ringkas.

"Okay," wajah Suho nampak terkejut kerana sekarang baru bulan Februari dan Lay sudah hendak melancarkan 'perang' terhadap pelajar. Pasti terlalu banyak kes yang perlu Lay tangani. Suho juga turut simpati. "Tapi aku tak ada esok. Mesyuarat dengan Persatuan Pelajar sekolah lain."

"Abes tu, siapa je yang boleh tolong aku?"

"Kejap." Suho mencapai telefon Samsung biru di atas meja. "Hello, Luhan, datang bilik aku sekarang."

"What? Aku ada dalam tandas sekarang tau tak?!" Suara Luhan kedengaran mendengus di hujung talian. Suho menggeleng, berasa agak jijik.

"Cepatlah habiskan urusan kau. Datang sini cepat."

"Yelah, yelah. Nak membuang pun tak senang." Bebel Luhan. Terdengar pula bunyi flush tandas sebagai latar belakang membuatkan Suho menjauh daripada speaker telefon dan terus meletaknya di atas meja.

"Jadi siapa je yang boleh tolong aku?" Lay mengulang kembali soalannya.

Suho memegang dagu, mata menghadap siling. "Unit kau, Tao dan Hayoung, unit kebersihan, Kyungsoo, Bomi, Kai dan Sehun."

"Chorong dengan Chanyeol?" Sampuk Lay. Suho menggeleng, "Sorry, diorang ikut aku esok."

"Kenapa? Kau nak diorang jugak ke?" Tanya Suho lagi.

"Kalau tak boleh, tak apalah." Nada suara Lay sedikit perlahan. Kedengaran seperti dia sedikit hampa. Bukannya apa, kalau Chorong dan Chanyeol ada, sekurang-kurangnya stres dia akan melayang jikalau mereka berdua memeriahkan suasana dengan gaduh kecil mereka.

"Heiyo!" Luhan menyerbu masuk sambil tangannya mengusap perut. "Sorry, termakan makanan basi agaknya tadi."

"Eww, kaumakan apa?" Lay mengerling kepada Luhan.

"Telur rebus."

"Eww, that's stink." Lay menutup hidungnya, mengerut dahi. "Bau loji."

"Kau nak bau lagi ke?" Luhan mendekat, menghalakan punggungnya kepada Lay.

"Luhan, esok kau nak ikut aku atau Lay?" Suho terus bertanya. Lay mengambil peluang ini untuk menendang punggung Luhan ketika perhatian Luhan jatuh pada Suho.

"Apa akan aku dapat kalau aku ikut Lay?" Luhan mengusap punggungnya yang terasa ngilu.

"Fine. Bubble tea." Lay tahu sangat kegemaran Luhan. Bibir Luhan mengulum senyum lebar.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now