Prolog

45.8K 1.1K 67
                                    

Aku cepat-cepat membuang pandangan ke luar tingkap setelah mendapati seorang pelajar lelaki bernama Rayyan ..Rashid.. Rafiq ke apa entah mengatur langkah ke arah meja aku. Dia baru saja mendaftar masuk ke sekolah ini beberapa hari yang lepas. Sehingga ke hari ini, aku masih lagi belum bercakap dengannya. Bertegur sapa memang jauh sekali lah.. Dia pernah juga cuba memulakan perbualan dengan aku tapi aku mengelak sebab aku rasa peliklah bila ada lelaki yang elok rupanya mendekati aku yang comot ini. Sudahlah comot.. Gemuk pula tu. Tapi aku gengster dalam kelas ini.. Sebab itulah tiada siapa yang berani nak dekat dengan aku.

Sekelip mata saja, dia sudahpun mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah aku. Memang taklah aku nak pandang dia. Aku terus memusingkan badan menghadap tingkap sepenuhnya, membelakangi dia supaya mata kami tidak bertembung. Kalau dia berani nak apa-apa kan aku, siap. Apa dia ingat aku ni tak kuat ke untuk pukul dia? Minta sorrylah awal-awal.

"Hai... Dah banyak hari saya duduk dalam kelas ni tapi awak tak pernah pun kenalkan diri awak kepada saya. Nama saya Tengku Rayqal. Awak boleh panggil saya Rayqal. Nama awak siapa ya?" kembang tekak aku ni weh setelah mendengar suara dia memperkenalkan diri. Dia ingat aku ni berminat sangat ke nak buat sesi kenal mengenal, bertemu ramah bagai dengan dia? Ew please lah!

Lengan aku ditepuk perlahan dan aku tahu dia yang buat. Lantas aku menoleh dengan wajah yang tak beriak. Kening aku angkat tinggi-tinggi mengalahkan kening Ziana Zain. Dia senyum, tersipu malu.

Dah kenapa makhluk ni dok senyum malu-malu macam tu? Menyampahnya!

Dia mengeluarkan satu sampul bewarna merah jambu dari dalam kocek seluar lalu diberikan kepada aku. Siap ada bentuk hati besar-besaran lagi di dada sampul itu. Dahi aku berkerut. "Apa benda ni?"

"Awak.. Uh.. A..Awak ambil lah." Katanya, gagap dan sampul surat itu bertukar tangan.

To- BuDaX PeReMpUaN SeMaNiSz BiDaDaRiE

Aku syak budak lelaki ni gagal bahasa Melayu. Tengoklah kejap-kejap huruf kecil kejap-kejap huruf besar, ejaan pun kelaut. Tak reti ke nak tulis elok-elok?

Sampul itu aku buka dan ada sekeping surat di dalamnya. Aku menoleh ke arahnya seketika sebelum mengeluarkan surat itu. Pergh! Wangi dia sampai satu kelas ni boleh bau tau.

Buka saja lipatan surat itu, nah.. Berkati-kati bedak tumpah ke atas peha aku. Aku memandang budak baru itu bengang. Sudahlah aku ni pakai seluar track berwarna hitam, tengok kan dah bertukar warna dek kerana penangan bedak Johnson's Baby dia ni! Dia ingat kelakar ke buat benda macam ni?

"Saya minta maaf. Saya terlupa nak bagitahu awak tentang bedak tu. S..saya betul-betul minta maaf." Tangannya sudah kelam kabut, tak tahu nak buat apa. Mukanya jelas nampak serba salah.

"Tak apa... Tak apa.. Kau chill ok." Kataku, pendek. Dia kelihatan rileks sedikit.

Okay tak apa. Biar dulu bedak tu kat atas peha kau tu. Apa-apa pun, baca isi kandungan surat itu dulu. Manalah tahu kot-kot penting ke..

Kehadapan budak perempuan yang manis,

Awak comel lah dan saya rasa saya sukakan awak. Love at the first sight.. Awak tak ada kekasih kan? Awak nak tak couple dengan saya? Saya baik dan kacak tau. Semua orang cakap cam tu. Awak mesti sukakan saya juga kan? Sila balas sekarang. Saya tunggu jawapan dari awak.

p/s: Cinta saya terhadap awak jujur, ikhlas dan suci tau.

Yang benar,

Pencari cinta.

Di hujung surat itu ada disertakan sebentuk cincin tikam yang berharga 20 sen dilekatkan dengan pita pelekat. Umur baru 12 tahun, UPSR pun tak lepas lagi.. Ada hati nak jadi pencari cinta konon. Aku alihkan surat itu daripada muka dan perlahan, dia mencuri-curi pandang aku seperti berharap benar aku menerima cinta dia.

"Betul ke cinta kau pada aku jujur, ikhlas dan suci?" aku mengejek ayatnya kembali dan dia laju mengangguk. Senyum melebar di bibirnya.

"B-Betul awak. Kalau awak tak percaya aaa-" matanya melilau seperti sedang mencari sesuatu dan tak lama kemudian, dia mengambil pembaris siapa entah yang terjatuh di lantai lalu dihulurkan kepada aku. 

"Awak belahlah dada saya ni untuk dapatkan kepastian." Sambungnya lagi sambil menepuk dadanya.

Selepas saja pengakuan yang dibuatnya tamat, terus aku mengoyak surat itu kepada dua bahagian kemudian kepada empat, lapan, dua belas sehinggalah ianya menjadi cebisan yang paling kecil. Kertas-kertas kecil itu kemudiannya aku campak tepat mengenai wajahnya. Amboi.. Kecil-kecil lagi sudah pandai nak mengayat anak dara orang. Ha.. Itu makannya!

Kebetulan, loceng pun berbunyi dan aku terus menggalas beg keluar dari kelas meninggalkan dia yang masih duduk keras di kerusi itu..

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now