Bab 31 : Papa

10.9K 522 30
                                    

Terkocoh-kocoh aku menuruni tangga setelah mendengar mama melaung namaku dari tingkat bawah. Dah berkali-kali aku menyahut tapi mama masih lagi memanggil nama aku. Mama ni betul-betul memerlukan pertolongan aku ataupun saja nak test suara ya?

"El.." kali ini dalam nada berlagu pula.

"Yes madam? What can I do for you?" aku menunduk hormat seraya melangkah masuk ke ruangan dapur.  Semput jugalah aku dibuatnya dok berlari dari atas ke mari.

"Boleh tolong ke kedai kejap tak belikan rencah tom yam dan daun sup?" soal mama. Aku sudah senyum banyak makna dah. Tangan dah gatal, gian nak pegang steering..

"Ma.." panggilku meleret. Aku mengerdipkan mata dua tiga kali, konon nak bodek mama.

"No, take your bicycle not my car." Perlahan, senyumanku mati dan hanya riak sedih saja terpampang pada muka.
Aku buat muka sekupang tapi mama tak layan. "Ala ma.. Bolehlah.. Ya ma ya?"

"Tak.Boleh.. Faham.Tak.Anakku.Sayang?" kata mama satu persatu. Baru saja aku mahu buka mulut untuk memujuknya lagi, mama sudah mengangkat tangan seperti memberi amaran jangan membantah arahan dia.

"Okay." aku muncung. "Okay.." kataku lagi, dengan niat nak dapatkan simpati dari mama namun tak berjaya. Dia kelihatan leka memotong bawang dan tak berminat untuk layan aku lagi. Sedihnya rasa hati ini.

"Ma..." bodekku, buat kali terakhir.

"Pergilah cepat. Mama nak masak ni. Duit ambil kat tepi tv tu ya? Naik basikal tu hati-hati.." halaunya tanpa memandang aku walau sekali.

Mama betul-betul tak kasi aku drive kereta dia.. Sakitnya tu di sini beb!!

Di bawah pancaran matahari yang boleh tahan terik, aku mengayuh basikal untuk ke kedai. Berpeluhnya memang tak payahlah nak cerita.. Balik ni bolehlah buat ayat sedih kat mama. Tapi aku rasa dia takkan layan punya.

Selesai membeli barang, mataku menangkap  kehadiran seorang lelaki yang sangat aku kenali sedang berjalan ke arah kereta BMW 3 series berwarna hitam yang diparkir bertentangan dengan kedai ini. Aku berdiri kaku di sebelah rak roti manakala air mata sudah bertakung di tubir. Bibir aku mula bergetar dengan pantas. Aku hanya mampu memerhati kereta itu meluncur pergi saja tanpa terfikir untuk mengorak langkah walau seinci pun. Nak kejar? Tak guna.. Buang tenaga saja. Belum tentu lagi dia kenal kau El..

Aku mengelap air mata dan terus menunggang basikal pulang dengan perasaan yang kelat. Sejurus sampai ke rumah, aku memberi mama barang-barang yang dipesannya tadi sebelum berlari naik ke bilik. Aku mencampakkan dompet dan tudung ke atas lantai lantas memanjat katil. Kaki aku bawa rapat ke dada lalu meletakkan dagu di atas lutut. Aku memejam mata rapat-rapat.

"Papa.." terasa sakit hati ini ketika menyebut perkataan itu. Nafas sudah mula turun naik. Sesak dada aku dibuatnya.

Tak sangka ya, selama beberapa tahun tak melihat wajahnya, hari ini aku bertemu dia walau pada jarak yang boleh dikatakan jauh juga. Walaupun begitu, aku rasa itu sudah cukup bagus buat aku.

Mama dan papa sedang bersantai di ruang tamu, menonton hindustan di tv bersama jadi, aku mengambil kesempatan untuk membuat kejutan untuk mereka berdua. Aku menyelinap masuk ke dalam kereta baru papa bersama sekotak krayon di tangan.

Plastik yang membaluti kusyen kereta aku buka lalu mencapai sebatang krayon berwarna hijau dan mula berkarya.
Setelah beberapa minit melukis, aku tersenyum puas melihat hasil karya cetusan idea aku sendiri lalu berlari masuk, mendapatkan kedua orang tua aku.

"Papa.. Mama.. El ada sesuatu nak tunjukkan kepada papa dengan mama. Close your eyes first." Mama dan papa saling berpandangan.

"Kenapa ni sayang? Kalau papa buka mata saja tak boleh ke?" papa menyoal seraya mencuit hidung aku. Aku menggeleng laju.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now