Bab 22 : Pindah KL

14.6K 691 18
                                    

Lapan bulan sudahpun berlalu, terlampau banyak perubahan yang telah terjadi pada diri aku. Aku sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam jangka masa 5 bulan!

Mula-mula nak diet tu tak dinafikan memanglah sakit, makan kena jaga dan tak boleh makan sembarangan makanan. Tapi, lama kelamaan sudah jadi terbiasa dengan cara hidup macam itu dan aku agak berpuas hati dengan bentuk badan yang aku miliki sekarang.

Jika zaman dulu-dulu, baju saiz XL je yang banyak memenuhi almari baju aku, kini tidak lagi. Nenek pun bukan main terkejutnya melihat perubahan saiz aku sewaktu dia datang ke sini melawat aku beberapa minggu lepas. Ada ke patut dia cakap aku ni bukan cucu dia? Siap tak mengaku dia tu nenek aku lagi. Merepek betul!

Seperti yang aku telah rancang semasa aku mula-mula sampai ke sini, aku mahu mengembangkan bakat aku dalam bidang tarian dan mama telahpun memenuhi impian aku. Setakat ini, kebanyakkan kawasan Johor  telah selamat aku jelajahi bersama lima orang kawan rapat aku, memenuhi undangan tarian di beberapa majlis kecil juga yang besar. Nama kami berenam agak popular jugalah di negeri Johor ini disebabkan kelainan dari segi tarian yang kami bawa.

Apa yang paling menyedihkan sekali adalah, aku dan mama bakal pulang ke KL hari ini. Dalam erti kata lain, aku dan mama akan berpindah ke KL semula dan tinggal di sana buat selama-lamanya. Maksudnya, aku kena tinggalkan 5 orang kawan baik aku di sini. Jujur aku cakap, aku tak teruja langsung untuk semua ini. Aku tak bersedia lagi untuk tinggalkan kehidupan aku yang cukup selesa di sini dan mulakan kehidupan baru di KL. No no no!!

Dari sudut yang lain pula, di KL nanti, aku akan mendaftar masuk ke kelas tarian milik Edina Malik. Kiranya nama Edina ini agak besar jugalah dalam seni tarian di Malaysia. Katanya dia pernah menonton video aku menari bersama kawan-kawan aku di Youtube dan dia memuji gerak tari aku. Katanya aku memang berbakat dalam bidang ini. Dia juga beritahu aku yang dia mahu mengambil aku menjadi penari untuk seorang artis baru yang bakal membuat persembahan di satu majlis berprestij.

Bila ditanya siapakah gerangan artis itu, katanya rahsia. Dia mahu aku datang ke studionya dan berjumpa dengan artis itu dengan mata kepala aku sendiri.

Aku bersandar di dinding manakala mereka yang lain sedang menyusun beg aku ke dalam bonet kereta.

"Oi El, kau dah nak blah pun masih nak mengelamun lagi ke? Kau tak sedih ke yang kau bakal tinggalkan kitaorang nanti?" Yana mencuit pinggang aku. Sesekali dia mengeluh.

Di antara mereka berlima ini, dia lah yang paling beremosi sejak aku beritahu mereka bahawa aku akan berpindah ke KL semula. Katanya dia mahu aku terus tinggal di Johor dan tinggal serumah bersamanya. Habis kalau aku tinggal di Johor, siapa nak teman mama di KL? Memang tak lah aku terima pelawaannya itu.

Sebenarnya, mereka berlima telah berkampung di rumah aku sejak malam semalam lagi, membantu aku kemas apa yang yang patut. Kini, segala bagasi sudah elok tersusun di dalam bonet. Tak dinafikan, aku sebenarnya sedih juga kerana perlu meninggalkan mereka semua, akan tetapi aku sorokkan saja perasaan ini. Kalau aku sedih, mereka berkali ganda akan sedih jadi lebih baik aku berpura-pura gembira sebelum Johor dilanda banjir nanti. Banjir dengan air mata aku!

"Dah sampai KL nanti jangan lupakan aku, jangan lupakan The Crew. Aku harap hubungan kita semua kekal sampai bila-bila. Kalau ikutkan hati, nak saja aku ikut kau pindah ke KL tapi jika difikirkan kembali, mak aku mesti tak izinkan aku pergi punya. Mak aku tu overprotective sikit. Itu tak boleh, ini tak boleh. Padahal abang aku ada saja belajar kat KL tu, dia nak risaukan apa entah?" Hana menjulingkan mata ke atas.

"Kau tu dahlah anak bongsu. Nak cuci baju sendiri pun tak pandai, manalah aunty Da tak risau? Jaga diri sendiri pun tak lepas ada hati nak tinggalkan mak dia konon.." kutukku membuatkan Hana tak teragak-agak menumbuk lengan aku.

Sopie dan Sya menuruni tangga bersama beberapa lagi beg milik mama di tangan. Banyak betullah barang mama ni. Macamlah kita ni tak boleh datang ke sini lagi untuk mengambil barang-barang itu lagi.

TEPAT pada pukul 5 petang, aku dan mama bertolak pulang ke KL. Puas jugalah aku buat drama air mata tadi dengan mereka semua tadi. Tak sanggup pula aku nak tinggalkan mereka, tapi nak buat macam mana? Nak tak nak terpaksalah aku pergi.

Sudah menjadi adat, setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan. Aku perlu akur dengan semua ini. Lagipun, siapalah aku untuk melawan takdir?

Aku mengiringkan badan ke kanan sedikit, menghadap mama yang sedang leka memandu. "Mama?" panggilku.

Mama mengerling aku sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.

"El tak sedia lagilah nak jumpa mereka semua.." luahku. Mama tahu siapa yang aku maksudkan dan dia senyum saja mendengar luahan hati aku.

Mama ni asyik senyum je. Dia tak tahu yang aku ni tengah sengsara memikirkan keadaan yang bakal aku tempuhi di KL nanti. Hmmm..

"Mama faham El. Tapi, manalah tahu sepanjang El tak ada di sekolah tu, Rayqal dah berubah? Dan mungkin juga kawan-kawan El yang lain itu pun berubah.. Siapa tahu kan?"

"Correction, they are not my friends." Betulku.

"Mama sendiri tahukan Rayqal tu dah buli El sejak El berumur 13 tahun lagi. El tak rasa yang dia akan berubah dalam masa setahun. Mengarut dan impossible"  sambungku sambil menarik muka.

Aku yakin, orang macam Rayqal tu tak akan berubah punya. Lelaki berhati kering, tak tahu nak hormat orang, ego tinggi melangit. Tak payahlah nak bersangka baik sangat pada dia tu, buang masa saja.

"Seandainya dia sudah berubah, tak salahkan kalau El beri dia peluang kedua dan berkawan dengan dia? Mama yakin dia tak akan layan El sama seperti sebelum-sebelum ini." mama mengusap kepalaku.

"Yalah tu.. Whatever. Tapi kalau boleh El tak nak langsung jumpa atau tengok batang hidung dia walau untuk 5 saat pun.. El menyampah dengan dia. El benci dia." Balasku dalam nada yang meluat. Eleh.. Ketika dia datang Johor hari tu boleh saja kau pandang dia, lebih dari lima saat pula tu? Kau okay saja.. Tak ada pula kau kena parkinson ke apa ke.. Tak ada..

"El tahu tak, dari segi pemantauan mama lah kan, mama rasa dia ada hati lah pada El." Dahi aku berkerut. Lawak antarabangsa apakah ini?

"You know.. Based on the article I've read before, some boys don't know how to express their feelings. So, they show it through bullying girls that they like. You got what I mean?"

Aku juih bibir. Suka apanya masa zaman dulu-dulu aku bukannya lawa persis model pun! Kalau lawa tu lain cerita, ini tidak. Aku dengan dia dulu macam ibarat pipit dan burung merak. Jauh beza! Mana mungkinlah dia sukakan aku?

"I don't think so."

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now