Bab 5 : Pizza Untuk Kau!

18.8K 912 27
                                    

Rayqal turut mengikut kami berdua ke bilik tetamu. Pintu bilik dibuka olehnya dan menyuruh aku masuk. Aku berkeras. TAK NAK!!

"Balik nanti, jangan lupa cuci otak kau tu dengan air zamzam ya. Biar hilang semua pemikiran negetif yang ada dalam kepala kau yang besar tu. Kau ingat aku ni bernafsu sangat terhadap kau ke? Oh my god!" terangkat-angkat kening Rayqal bertanya. Okay, suasana jadi pelik seketika. Nasib baik aku tak meronta-ronta macam orang gila tadi.. Kalau tak, buat malu je kat depan kak Kina.

"Kau pergi masuk bilik ni, bersihkan badan kau. Nanti demam ke, sakit ke aku juga yang susah!" dan dengan itu, dia hilang entah kemana. Aku menarik nafas lega.

Itulah kau El. Tak fikir panjang, terus buat andaian yang bukan-bukan tentang dia. Kak Kina menghulurkan aku sehelai tuala bersih. Dia meminta baju dan seluarku untuk dikeringkan.

Dari dalam bilik mandi, aku dengar Rayqal bercakap-cakap dengan kak Kina. "Bagi dia pakai baju ni. Kalau dia tak nak, suruh juga dia pakai. Jika dia berkeras juga, beritahu dia saya kurung dia dalam bilik ni selamanya." Aku mencebik. Saiz badan aku dengan dia bukannya sama. Masalahnya, muat ke baju dia tu pada badan aku?

Ni gara-gara ugutan dialah aku berakhir di dalam bilik mandi rumah dia tau! Tak pasal-pasal merasa aku masuk ke dalam kolam di rumah dia!

Tepat pukul 6 petang, aku sampai di rumah dan aku mendapati kereta mama sudah diparkir elok di bawah porch. Tak sangka pula aku mama pulang awal pula hari ini. Aku mengucapkan terima kasih pada kak Kina sebelum keluar dari perut kereta.

Buka saja pintu, aku nampak mama sedang berehat di ruang tamu. "How's the par.." kata-kata mama mati setelah melihat baju dan seluar yang aku pakai. Aku mencabut tudung yang kak Kina pinjamkan lalu membuka ikatan rambut yang masih lagi belum kering sepenuhnya. Plastik yang berisi pakaian yang basah tadi aku campak ke atas lantai.

"Ini kenapa pakai baju yang mama tak pernah nampak pun sebelum ini. Seluar pun sama dan kenapa tu.." mama menunjuk ke arah rambut aku. "Basah?"

"Jatuh pool. This is Rayqal's shirt and pants." Jawabku acuh tak acuh.

"Ya Allah budak ni, macam mana boleh jatuh?" suara mama meninggi sedikit. Senyum terbit di bibir.

"El kenakan dia." kataku, ringkas. Muka bangga jelas terpampang di wajah.

Mana tak bangganya? Puas juga hati aku dapat kenakan dia dua kali harini. Di hari istimewanya lagi.. Pertama, tikus. Kedua, kolam. Padan muka!

"MA, El pergi dulu tau. Bye." Aku menutup pintu rumah setelah mendengar sahutan mama. Sambil berjalan, aku mengeluh perlahan.

Jumaat adalah hari yang aku perlu datang awal ke sekolah untuk membersihkan kelas. Sudahlah kena bertugas di hari terakhir setiap minggu, seorang diri pula tu. Sampah, kalau dikumpulkan di dalam kelas itu saja dah berbukit-bukit tau? Punyalah pengotor budak-budak kelas tu, tuhan saja yang tahu!

Setelah meletakkan beg di tempat sendiri, aku terus ke belakang kelas untuk mengambil penyapu dan penyodok. Hati ni terasa sakit sangat setelah melihat pelbagai plastik keropok dan bungkusan gula-gula bersepah-sepah di atas lantai. Ini tak lain dan tak bukan mesti kerja Tengku Rayqal. Kalau bukan Tengku Rayqal, mesti Tengku Rayqal punya lah.. Kerja siapa lagi kalau bukan dia? Dia memang selalu dengki dengan aku dan suka sangat menambah kerja aku!

Bunyi siulan yang datang dari luar kelas membuatkan aku terus menyapu lantai tanpa mengangkat muka walau seinci pun. Ahhh dia sudah mari! Mesti ada lagi benda yang dia nak kenakan aku tu. Tengok lah! Buat masa ini, lantai saja aku pandang walau ianya tidaklah menarik untuk dipandang pun!

"Selamat pagi sayangku... Apa khabar dirimu.." eh dia menyanyi pula tengah-tengah pagi ni! Siap bergendang-gendang pada meja pula! Patutnya bagilah salam ke apa ke, ini tidak.. Buat bising je tau!

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now