Bab 2 : Rayqal Jahat!

20.1K 914 35
                                    

Buat kesekian kalinya lagi aku lambat ke kelas. Setiap minggu, nama aku saja yang naik di bilik disiplin. Dari jauh, aku nampak cikgu disiplin yang paling aku geruni, iaitu cikgu Noraha sedang berdiri di pintu pagar sekolah dengan muka bengis terpamer pada wajah. Kecut perut aku dibuatnya! Habislah aku, pasti akan di denda olehnya nanti.. Tawakal sajalah yang mampu.

Rayqal turut berada di pintu pagar juga, bersama-sama dengan cikgu Noraha. Terlupa pula dia adalah pengawas yang bertugas pada hari Rabu iaitu hari ini.

Melangkah masuk ke sekolah saja,

"Kenapa lambat?" soalan diutarakan kepada aku oleh cikgu Noraha dalam nada yang tegas. Ketar lutut aku dibuatnya. Ceh Elissa, dah buat salah, baru nak tahu erti takut?!

"Erm.. Sebab..Sebab.." mata aku tiba-tiba tertancap pada Rayqal yang sedang memerhatikan aku.

"Sebab apa?" sergahnya dan aku tersentak. Cikgu ni, pagi-pagi dah nak sergah orang. Terkejut aku dibuatnya!

"Cikgu.." Rayqal mencelah. Aku sudah ucap syukur di dalam hati. Ini kes nak tolong aku ke apa?

Eh.. Macam aneh je.. Macam ada sesuatu di sebalik batu je mamat ni..

"Cikgu Sham suruh saya beritahu cikgu yang pengetua nak jumpa dengan cikgu di biliknya 10 minit lagi." Cikgu Noraha mengangguk faham. Pandangannya ditala ke arah aku semula. Jari indeksnya dituju ke arah aku.

"Lain kali jangan lambat! Mulai sekarang, saya tak nak tengok muka awak lagi sampai di sekolah ini pada pukul 7.50 pagi faham?" aku mengangguk.

Janji yang sama yang telah aku buat dengan cikgu-cikgu lain, tetapi tak pernah pun aku kotakan janji aku ini walau sekalipun. Jahat tak jahat aku ni? Amaran yang diberi tak pernah pun terkesan di hati aku, semuanya masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri.

Cikgu Noraha berlalu pergi, meninggalkan aku dan Rayqal di pintu pagar ini. Rayqal merenung aku tanpa bekerdip mata. Keningnya terjonget sebelah. Ada benda yang dia tak puas hati dengan aku ke?

"Dah.. Pergi tulis nama kau kat buku disiplin tu. Jangan menipu letak nama Peah ke Kiah ke macam kau buat sebelum-sebelum ni eh. Aku pantau ka.." kata-kata Rayqal itu tidak aku endahkan dan langkah aku atur ke pondok pengawal tanpa menanti dia untuk menghabiskan bicaranya.

"Dah habis tulis tu aku nak kau round padang sepuluh kali tanpa henti." Pen terjatuh dari genggaman tangan aku. Tenganga aku dibuatnya. Dia senyum sinis sambil memeluk tubuh.

Round padang? 10 kali? Dengan baju sekolah ni? Dahlah semalam hujan, padang mesti lecah teruk punya. Habislah kotor kasut aku yang putih bersih ni!

"Hah tengok aku macam tu kenapa? Tak puas hati? Nak bantah? Bantahlah kalau berani. Aku report kat cikgu Noraha nanti baru tahu." Ugutnya. Aku akur.

FINE!

10 pusingan aku buat di padang sekolah berseorangan sambil diperhatikan oleh Rayqal yang setia memantau aku di astaka. Tak adil betul lah dia ni! Perempuan lawa tadi tu lambat juga, tapi kenapa dia tak kena round padang macam aku pun? Oh mentang-mentanglah aku ni gemuk, tak cantik, kau boleh buli aku sesenang hati kau saja eh? Okay tak apa, aku terima!

20 minit kemudian..

"Best jogging tadi?" sindirnya sebaik saja aku menghabiskan pusingan yang kesepuluh.

Tercungap-cungkap aku jadinya. Kasut pun dah penuh dengan corak-corak abstrak berwarna coklat.

Aku menjelingnya tajam. Best kepala otak kau! Habis sakit otot-otot kaki ni tahu? Kurang asam betul pengawas seekor ni. Ada ke patut dia gunakan kuasa dia untuk kenakan aku?!

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now