Bab 24 : Not RM50

14.6K 712 23
                                    

Aku mengeliat kecil, meluruskan badan sebelum bangun duduk. Tahulah hari Ahad, boleh pula aku bantai tidur sampai pukul 11 pagi! Mujurlah mama tak bising tadi. Mana taknya, tidur selepas subuh kan boleh tutup pintu rezeki?

Turun bawah, berhasrat untuk mencari kelibat mama di dapur. Di biliknya kosong. Ruang tamu pun tak ada dan dapur juga senyap sunyi. Haih, mana mama pergi ni? Jangan kata mama keluar tanpa beritahu aku? Mesej pun tidak, call apatah lagi.

Mama ni.. Buat aku risaulah.

Aku berjalan ke arah peti ais untuk mengambil air sejuk. Mataku tertancap pada nota kuning yang ditindih dengan magnet di pintu peti ais.

El, mama keluar kejap pergi ziarah kawan mama sakit di hospital. Mama tak sempat nak sediakan sarapan. El pandai-pandailah order Pizza ke apa ke untuk isi perut yea? Duit ada atas meja depan tv tu. Belilah apa-apa kat kedai depan tu. Malam nanti kita keluar pergi beli barang dapur. Be safe okay, I love you.

"Love you more." Kataku perlahan.
Selepas meneguk air, aku terus mengatur langkah ke bilikku untuk membersihkan diri.

Mujurlah KFC terletak tak jauh dengan taman perumahan aku jadi aku boleh mengayuh basikal saja untuk ke sana. Usai sampai, aku meletakkan basikal di koridor, betul-betul di hadapan premis KFC ini. Pergh, gaya aku ni macam KFC ini bapa aku yang punya!

" Selamat datang. Cik nak makan sini atau bungkus?" soal pelayan yang memakai tag nama Sarah itu ramah.

Taklah, makan di mejalah, takkan nak makan di kaunter ni pula kot? Macam mana orang lain nak buat pesanan nanti? Huhuhu. Eh terloyar buruk pula aku ni!

" Ermm bungkus. Saya nak 2 snack plate, air pula nak... pepsi " balasku.

Gadis itu menekan-nekan pada skrin komputer dihadapannya dan seterusnya membungkus makananku dengan segera. Bagus betul servis di sini. Pantas, pelayan pun peramah!

iPhone milikku berdering. Id si pemanggil aku pandang sekilas sebelum menjawab pangilannya sementara menunggu makanan aku siap dibungkus.

"Woi mak cik, kau buat apa?" Hana menyergah kasar. Pekak telinga aku dibuatnya. Ei nasib baik kau duduk jauh dari aku Hana, kalau dekat dah lama aku sekeh kepala besar kau tu sampai naik benjol tiga empat tingkat!

"Kau ni, dah tak reti-reti ke nak bagi salam dulu selepas aku angkat call kau ni? Adab mana adab?" sengaja aku 'membasuh' dia. Dia tahu aku Cuma bergurau saja dengannya.

"WOW YOU SASSED ME! WOW! I CAN'T BELIEVE IT!" jeritnya, terkejut. Aku menjulingkan mata ke atas. Dia ni dah mula lah tu nak buat perangai terencat dia tu.

"Semuanya RM25.85." kata pelayan tadi sambil menyerahkan plastik yang berisi makanan yang aku pesan tadi kepadaku.

"Beb kejap. Simpan perangai hegeh-hegeh kau tu kejap. Aku ada benda nak buat ni." Aku mengepit iPhoneku diantara telinga dan bahu.

Jariku terkial-kial mencari duit not RM 50 yang aku simpan di dalam dompet tadi.

Ish, mana pulak peginya duit ni? Time ni jugalah nak hilang pun!

"It's okay miss. I'll pay for your food" tangan sasa milik siapa entah menghulurkan not RM50 kepada pelayan tadi. Kejap.. Suara tu macam.. Macam biasa aku dengar! Jangan kata..

Entah kenapa, badanku begitu mahu berpaling ke belakang untuk melihat tuan empunya suara yang bermurah hati gila bayarkan harga makanan aku itu biarpun hati berpuluh kali kata jangan. Kalau aku tau ada orang nak belanja tadi, bukan setakat snack plate saja aku order, mau semua ayam kat KFC ni aku balun tahu!

Mataku dengan tidak sengajanya bertemu dengan sepasang mata hazel milik lelaki itu. Mata yang sudah lama aku tak tatap, mata yang aku suka lihat suatu ketika dahulu. Reaksi muka aku berubah dengan ketara sebaik saja melihat wajahnya betul-betul di hadapan mataku.

Oh ya. Dia bertopi. Barangkali untuk tutup muka, elak dari para peminatnya menyerbu dia disini.

Tak dinafikan, Rayqal kelihatan agak terkejut selepas melihat kewujudan aku ini. Adakah dia masih mengenali aku ataupun sebaliknya? Ataupun aku ni terlampau cantik sehinggakan matanya itu tak berkerdip?

Kuat perasannya aku ni!

Dia kan pernah tengok kau versi yang kurus sebelum ini ketika di Johor dulu? Mana mungkin dia tak kenal kau pula?

"Uh.. Thanks sebab bayarkan makanan aku! I owe you one." Ujarku, cuba untuk melarikan mata daripada terus melihat matanya.

Tangan laju mengambil iPhone yang aku kepit di antara bahu dan telinga tadi lalu aku matikan talian sebelum menyumbatnya ke dalam kocek seluar. Matilah aku kena marah dengan Hana sebab mematikan talian macam tu saja nanti! Siap sedia sajalah telinga dengar bebelan dia.

"No problem." balasnya sambil mengambil baki daripada pelayan yang sama.

"Uh.." apa yang aku nak buat tadi. Aku betul-betul jelas kelihatan bingung, seperti sedang berfikir.

Oh aku nak balik. Yes, aku nak balik.

"I better go now. Bye" Aku terus membuka langkah, meninggalkan Rayqal di belakang. Dia hanya membiarkan aku pergi, langsung tak berkata apa-apa tatkala aku melangkah keluar dari restoran makanan ringan ini.

Ternyata, kata-kata aku sewaktu di Johor tempoh hari benar-benar terkesan pada dirinya. Pasti dia masih pura-pura tidak mengenali aku tadi. Hmmm baguslah tu! Tapi kenapa aku tiba-tiba terasa hati dengan tingkah dia tadi ya? Dia tak suka ke aku tinggal semula di negeri ini?

AKU menikmati ayam yang dibayar oleh Rayqal tadi di dapur, berseorangan. Jika di KL, aku perlu belajar biasakan diri makan seorang diri kembali, maklumlah selama ini aku sudah terbiasa makan beramai-ramai dengan kawan-kawan aku sewaktu di Johor dahulu.

"Tapi.. Kalau nak diikutkan, tak sangka juga eh aku boleh jumpa mamat tu secepat ini. Jodoh?" Aku geleng kepala.

"Tidak, ini bukan namanya jodoh. Semua ini cuma kebetulan saja dan tak ada kena mengena langsung dengan jodoh pun! Lagipun besok kau bakal berjumpa dia juga sebab.. Esok adalah Isnin memerangkap hari persekolahan pertama buat kau di sini." Aku mengomel sendirian.

Ya Allah happy nya aku. Yang bahagian happy tu aku tipu.

Setelah selesai mengemas dapur dan membasuh apa yang patut, aku berjalan menuju ke ruang tamu. Dengar cerita pukul satu nanti ada movie kegemaran aku iaitu Twillight Saga.

Aku merebahkan badan di atas sofa sambil menanti rancangan kegemaranku bersiaran di kaca tv. Mataku tiba-tiba tertancap pada sekeping 'kertas kecil' yang terletak elok di atas meja dihadapanku. RM50. Aku menepuk dahi.

''Laa.. Rupanya aku tak bawa duit yang mama bagi untuk beli makanan tadi.. Macam manalah aku boleh jadi pelupa gila tahap maksimum macam ni sekali?" aku mengetuk kepala perlahan.

"Nasib Rayqal ada dan tolong bayarkan tadi. Sudahlah dalam dompet aku ada 2 ringgit je. Mau malu aku setahun kat KFC tu kalau dia tak ada tadi." Aku membebel panjang. Terasa seperti nak hentukkan kepala ni pada dinding pun ada.

Itulah El, telan banyak sangat semut. Kan dah jadi pelupa tahap gaban!

ebook tengah on sale dekat shopee. link di biooo :)

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now