Bab 36 : Sentap

10.4K 443 27
                                    

"Cuti kita boleh tahan best jugak tau. Aku sukalah berkawan dengan geng kau dari Johor tu. Best! Lepaastu otak masuk air pula." ujar Marissa sebaik saja melabuhkan duduk di sebelah aku. Best tu memanglah best, sehinggakan aku terlupa untuk siapkan homeworks Biologi yang bertimbun ni ha. Apalah yang aku nak jawab dengan Cik Hayati nanti?! Matilah aku kena jemur tengah padang kejap lagi ni ha!

"Wei, aku cakap dengan kau ni, kau boleh abaikan macam tu je? Sentap hati aku tau. Merajuk dengan kau 5 saat." Aku masih lagi buat bodoh pada dia. Dia merengus kasar lalu mencuit pinggang aku.

"Kau ni, kejam betul. Ooo.. Kalau Rayqal merajuk, laju aje kau pujuk. Kalau aku merajuk, haram kau pujuk yea. Oh okay fine." diam lagi.

"Kau buat homework apa tu?"

"Biologi. Kau tau tak aku tak sentuh apa-apa pun lagi and kelas kita lagi beberapa minit je nak mula. R.I.P Elissa Damia." Marissa menampar lengan aku kuat-kuat dengan riak muka yang macam nak kerat aku 15.

"Merepek nak R.I.P pula. Good news to you, Miss Hayati tak datang, so cikgu Kartina akan masuk kelas kita kejap lagi. Relax lah." aku melepaskan keluhan kecil lalu meletakkan pen di atas meja.

"Eh beb, tahu tak.. Tadi aku pergi office tau jumpa cikgu Maths kita, dan aku nampak ada seorang pelajar lelaki tengah tunggu bapa dia, buat pendaftaran. Kemungkinan dia budak baru kot. Kau tahu tak, dia tu pergh hensem gila weh! Sumpah kalah Dylan O'Brien kau. Di.." dia terus berhenti bercakap, matanya menghala ke arah pintu hadapan kelas kami, mulutnya ternganga luas.

"Tumpang tanya, kelas 5 Sains 1 kat mana yea?" aku melopong seketika, melihat gerangan yang muncul di muka pintu kelas aku ini.

Tak mungkin! Adakah ini suratan atau kebetulan?

Marissa, sebagai wakil exco pengawas tertinggi di sekolah ini, terus bangun menapak ke muka pintu, mendapatkan lelaki yang segak itu dengan sengihan panjang di bibir.

"Inilah kelas 5 Sains 1. Awak ni siapa ya?" Marissa laju menyoal seraya menunding jari ke arah lelaki itu. Memandangkan meja aku agak dekat dengan pintu hadapan kelas, jadi aku dapat mendengar perbualan di antara mereka berdua dengan begitu jelas sekali.

"Saya Zahrul. Zahrul Adzeem dari Negeri Sembilan. Saya boleh kot dikatakan sebagai pelajar baru di sini." katanya sambil ketawa kecil. Marissa menganguk faham.

Dia kemudiannya menjemput Zahrul masuk ke dalam kelas sebelum menepuk tangan dua tiga kali untuk meraih perhatian para pelajar di dalam kelas ini.

"Attention please. Class, this is Zahrul, dia adalah pelajar baru di sekolah ini memerangkap classmate baru kita. Hafiz, could you please do me a favor and show him around during our one hour break?" Hafiz mengangguk perlahan, tanda setuju. Marissa kemudiannya menunjukkan tempat kosong untuk Zahrul, di mana ianya terletak di belakang meja kami berdua.

Ketika dia menapak ke mejanya, aku cepat-cepat mengeluarkan nota pendidikan Islam, untuk menutupi muka aku daripada dicam olehnya. Dia mematikan langkah di hujung meja aku sebelum berdehem kecil, seperti mahu meraih perhatian aku.

Aku dengan slo-mo nya mengangkat muka, memandang dia sambil tersenyum hambar. Aku menjatuhkan mata pada luka di hujung bibir nipisnya itu. Nasib baiklah lukanya itu tak berapa panjang sangat tetapi ianya masih lagi bengkak sedikit, hasil penangan kepala batu aku ini ha.

"Hi, pretty girl. Tak sangka ya, jodoh kita kuat and I got to see you again for the second time? It's like a miracle really." aku cuma mengangguk saja, mengiyakan kata-katanya itu.

Haha miracle abah dia!

Marissa memandang aku dan dia bersilih ganti. "Korang kenal antara satu sama lain?" Zahrul mengangkat bahu sebelum mengangguk perlahan. Marissa melongo seketika sebelum menghantarkan pandangan yang sukar untuk aku tafsir kepada aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now