Bab 8 : Menangis Tak Berlagu

17.6K 842 40
  • Dedicated to Sopiyatun Gomez
                                    

Hujung minggu begini, aku menghabiskan masa aku dengan menonton kartun di tv. Semalam mama janji konon nak bawa aku balik kampung, jumpa opah tetapi janji itu dibatalkan last minute dek kerana mama ada mensyuarat dengan klien dari Perlis.

Klien tu pun satu, dalam banyak-banyak hari untuk untuk bermensyuarat, kenapa hari Ahad juga yang dia pilih? Dia tak tahu ke hari Ahad macam ni sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga dan bukannya dengan kerja! Huh emosi pula aku.

Cerita Spongebob yang bermain di tv tidak lagi menarik perhatianku. Buat masa sekarang aku rasa teramatlah bosan sehingga tahap infiniti. Makan sudah, mandi pun sudah. Apa aku nak buat untuk hilangkan kebosanan ini? Tidur sampai lebam?Tak kuasa aku!

iPhone di atas meja bergetar seketika, tanda ada mesej masuk. Ha, ni mesti mama mesej aku, suruh aku bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Ataupun pergi makan ais krim. Senyum aku sudah melebar. Pelbagai andaian indah mula bermain di minda.

El mok, homework kita apa eh? –Unknown number.

Senyum aku mati secara drastik. Yang panggil El mok ni hanya Rayqal seorang saja dan dari mana dia dapat nombor telefon aku yang ini? Nombor ni aku baru saja tukar kot beberapa minggu lepas? Wuish pelik bin ajaib betul dia ni!

Aku merenung kosong ke arah skrin, masih berdebat dengan diri sendiri sama ada mahu membalas mesej lelaki ini ataupun tidak. Nombornya aku simpan ke dalam rekod kenalan.

Aku tahu kau dah read! Balaslah. Sampai hati kau abaikan aku? Kalau beginilah caranya kau layan aku, lebih baik kita bercerai saja. Buat apa lagi kita bersama jika tiada persefahaman di antara kita berdua?AKU MAHU CERAI!!! CERAIKAN AKU!! – Rayqal.

Aku mencebik. Dalam banyak-banyak kawan yang dia ada? Kenapa dia tanya aku juga? Tanyalah orang lain! Sudahlah tu, siap berdrama bagai. Dia tak sedar ke bahawa aku ini perempuan dan tiada kuasa langsung untuk menceraikan lelaki?

Apa homework kita. Apa homework kita. Apa homework kita. Apa homework kita. Apa homework kita. Apa homework kita. Apa homework kita. Apa homework kita. Apa homework kita. –Rayqal.

Ya Allah, menjengkilkannya perangai dia ni! Sakit pula hati aku ni. Lebih baik aku balas sajalah. Lagipun dia tanya tentang kerja sekolah saja, bukannya benda-benda yang merapu pun.

Kim n BM. – Aku.

Aku balas sependek yang boleh. Hey, nak menaip pun memerlukan tenaga tau dan buat apa aku nak bazirkan tenaga aku untuk dia?

K. Idk that you're a lazy texter!!! – Rayqal.

Eh, kira baik tau aku nak balas mesej dia! Itupun masih nak mengata aku. Dasar tak kenang dek untung betul lelaki sorang ni!

Aku bosan. Entertain me? Ish kalaulah aku kat sekolah, mesti aku cari kau El mok, kenakan kau. Buli kau best apa, boleh dapat kepuasan yang hakiki.. – Rayqal.

Kurang asam! Dengan berbesar hatinya, aku terus sekat nombor dia sebelum dia terus menerus merepek nanti. Bunyi enjin kereta dimatikan di porch membuatkan aku melompat suka. Mama dah balik! Boleh ajak pergi jalan-jalan. Aku menapak dekat ke pintu pemandu sementara menanti mama keluar dari perut kereta. Amboi lebarnya senyuman mama tu! Ada apa-apa ke?

"Mama belikan El basikal baru! Ada kat seat belakang. Tengoklah."

"Oh." Itu saja perkataan yang mampu keluar dari mulutku. Mama ni perli ke apa? Tak pancit tayar ke tu kalau aku naik basikal tu nanti?

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now