Bab 26 : Hina

12.1K 577 45
                                    

"Sorry to ask this, but do we know each other?" sinis aku menyoal. Ya, soalan yang sama aku utarakan kepada Rayqal ketika di Johor sewaktu dulu. Wajah mereka aku pandang silih ganti. Marissa dan Taufiq saling berpandangan. Terdapat kerutan kecil di dahi Marissa.

"Literally.. Yes?" soalan aku turut dijawab dengan soalan.

"Ah I see.." aku mengusap dagu. Baru aku tahu yang kami saling mengenali.

"Hmmm.. Terkadang aku terfikir jugalah kan, jika aku tak jadi pindah tahun lepas, dan fizikal aku masih lagi gemuk mengalahkan apa eh Rayqal? Badak air?" Rayqal diam. Aku memetik jari.

"Betullah, badak air.. Agak-agaklah kan, ada ke korang akan datang macam ni, jumpa aku semata-mata untuk minta maaf dan layan aku baik-baik?" senyap lagi. Tiada suara yang keluar dari mulut mereka bertiga.

"Tak kan?" aku menjawab soalan yang aku utarakan tadi sambil tersenyum sinis. Mereka bertiga hanya tunduk memandang rumput.

"Kau Rayqal." Jari aku tuju tepat ke arahnya. Dia mengangkat muka dan pandangan kami berlaga. Alamak, masa inilah juga jantung aku ni nak buat hal! Jantung, kau sabar jap. Aku ada benda sikit nak settle dengan mamat ni. Jangan buat aku jadi gila please? Aku cuba lagak biasa.

"Selepas kau hina aku di depan budak kelas tahun lepas, ada ke kau buat sesuatu untuk tunjukkan yang kau betul-betul bersalah? Ada? Kes Johor tu belakang cerita dan kau tak payah nak ungkit dah pasal tu sebab aku tak berminat pun nak tahu apa tujuan kau bayar group aku untuk perform sekali dengan kau." air muka lelaki itu berubah. Dia membuka mulut,

"El, I..." aku mengangkat tangan, mengisyaratkan suruh dia berhenti bercakap.

"Just keep it to yourself Rayqal, I don't want to hear it. Jujur aku cakap, aku tak boleh maafkan korang. Korang layan aku teruk gila tau, tak ubah macam sampah! Korang seksa emosi aku, korang hina fizikal aku dan korang seksa mental aku." aku jadi sebak. Marissa memegang bahu aku dan dengan pantas aku menepis tangannya daripada menyentuh aku.

"Jangan.Sentuh.Aku." aku memberi amaran.

"Just so you know, I was so near to end my life back then. AKU TERLAMPAU TERTEKAN SEHINGGAKAN AKU HAMPIR KELAR URAT NADI AKU KORANG TAHU TAK?!" luahku. Mereka terkejut, barangkali kerana aku meninggikan suara secara tiba-tiba.

"El we're so.." aku menggeleng perlahan. Kata-kata Marissa terhenti di situ saja dan aku agak mereka tahu bahawa aku tidak sudi mendengar apa-apa penjelasan dari mereka lagi.

"Go. Leave my life alone! This is MY life and I don't want any of you in it." pintaku, tegas. Mereka masih tidak beranjak walau seinci pun.

Okay, kalau korang tak mahu pergi, biar aku saja pergi dari sini! Aku sudah mengangkat pungung, bersedia untuk pergi dari sini.

"Elissa, listen up. Diana is a BAD news." kata Marissa, mematikan gerak-geri aku. Aku kembali duduk manakala mata memandang wajahnya dengan kening sebelah terjongket.

Perempuan ni patut pergi cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain macam tu. Dia fikir dia tu baik sangat ke? Bagus sangat? Hahaha mengarut!

"A bad news?" aku ketawa sinis.

"Sekurang-kurangnya dia jauh lebih baik dari kau." balasku, sinis. Riak wajah Marissa bertukar cemberut.

"Kau tak kenal dia Elissa. Sumpah aku cakap, Diana tu lain macam sikit. Marissa is way better than her." kata Taufiq pula.

Eleh.. Dah Marissa tu kawan kau, mestilah la kau sebelahkan dia kan? Tak kiralah sama ada dia betul ataupun tidak!

"Sudahlah, aku tak peduli langsung apa yang korang nak cakap tentang dia. It's up to you guys nak kata apa pun. I'm not going to buy it. And.. Don't tell me how to live my life." tegasku.

Aku lihat Rayqal diam tak berkutik. Dia memandang wajah aku dengan pandangan yang sayu. Timbul rasa bersalah pula aku pada dia sebab tak benarkan dia memberikan penjelasannya tadi. Ah lantaklah! Tak perlu kot aku nak kesiankan orang-orang yang tak berjenis macam mereka ni El. Buang masa aku saja.

Lantas, aku bangun dari bangku itu dan terus berjalan mendapatkan Diana yang sedang beratur di hadapan kaunter pembayaran. Malas aku nak berlama-lama disitu, berdebat dengan mereka tentang baik buruk Diana. Bercakap dan mengumpat tentang orang lain buat apa? Bukannya berfaedah pun. 

Buat tambah dosa lagi adalah. Dosa apa? Dosa mengata orang lain.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now